Bangun pagi tadi. Pagi tak pagi sangat la..sikit lagi dah nak menghala ke tengah hari. Lepas bersiap, aku capai kunci motor menghala ke pekan. Puas meronda memusing seluruh pekan. Dari satu kedai ke satu kedai. Tujuan utama mencari surat khabar. dapat?..Haghammmm....
Semua dah kehabisan. Gara gara keputusan Pilihanraya dan Deepavalli. Sebelum itu, aku nak ucapkan tahniah kepada BN kerana dapat menggalas Batu. Menyapu bersih katanya.
Tapi bersih tak bersih pun, macam mana dengan Perlis dan Kedah? Macam mana dengan mangsa banjir itu. Hal hal macam ini pun kena ingat jugak. Mereka tidak minta bencana menimpa. Sama seperti mereka dekat dekat dengan gunung Merapi Sana.
Jadi di pagi jumaat yang mulia ini (entry ini ditaip, hari jumaat, ok) Aku nak tanya perasaan anda semua. Apa perasaan bila buka sms yang kamu dapat tiba tiba di perli dan disindir di atas perkara yang kita sendiri tak tahu hujung pangkal. Dan paling dajalnya, kita di katakan Sial!...
Tersirap bandung juga darah...
*
7 comments:
Salam...
berfikir sejenak ..
mgkin ada yg tersirat di sebalik perkataan itu..
moga hari ini tetap bermula dan berakhir dengan baik..
Tersalah hantarlah tu.
Abaikan aje.
wah sms dr siapa tuh.. kalau aku.. dah call dah tanya..
kawe:
tersirat apanya....
YB:
abaikan sms dan yang hantar tu ka?..
iina:
call dah tak angkat....
Bukan ckLah hantar....ckLah tak main perli2. Kalau 'perlu' ckLah dial dan kutuk terus aje!
:D
tak kira apa pun aku sokong mu din...
CkLah:
aku dah abaikann...biarlah...
Anjang:
terima kasihh..
Post a Comment