Jom...

Tuesday, November 30, 2010

CPD...di sebalik cerita, ada cerita...

Kelmarin, gua ada cerita pasal kepala gua yang sakit memikirkan pembentangan tesis gua. Dek pening pening gitu, gua lambat-lambatkan kerja. Sengaja melengah-lengahkan kerja biar setanding dengan sikap kaum Melayu yang lain. Perangai melengah-lengahkan kerja memang tak ada kaum lain yang boleh celen kaum kita.

Tiba-tiba dapat call dari pejabat tempat gua mencari rezeki.

"cikgu...ada surat!!". Oh, ya! baba kepada anak-anak gua, seorang guru.

Degang!!...lutut terhantuk bucu meja.Terherot juga mulut menahan sakit. Dejei...Dan, dengan kelam kabut gua menerpa ke pejabat. Dalam kepala terbayang surat untuk viva. Debar di dada hanya tuhan yang tahu, selain diri aku sendiri. Tapi, bukan surat itu yang tiba.

Yang ada surat lain. Bila di buka..

Nah!...buku ni..

Buku yang gua order dari sebuah syarikat yang adapun tuan empunya syarikat itu, sering bahasakan dirinya gua dan bercakap dengan orang, guna lu-gua-lu-gua -lu-gua, sampai aku terikut sama..

Baru dapat. Belum baca sepenuhnya. Jadi aku tak dapat nak catat apa di sini. Apa isi kandungan buku ini. Apa yang dimerepekkan oleh anak muda zaman sekarang. Berbanding anak muda zaman dulu, tahun 80an, di mana internet adalah suatu yang mungkin tidak terlintas di fikiran anak anak muda zaman itu. Kalau pun ada, pasti disyak ia bukan kerja manusia. Mungkin UFO. Anak muda zaman itu, cuma yang tahu, masuk studio, jamming lagu rock n roll selepas pekena paipong sedapur dua. Tiada internet. Tiada Handphone. Ipone. Yang ada mungkin walkman.

Masih peringkat selak-selak. Tabiat aku, bila beli buku. Aku selak-selak dulu. Puas selak baru start baca.

Tapi, terjumpa benda yang potong 'stim'. Apa dia?...Aku masih di peringkat perbincangan dengan penerbitnya..Silap aku, atau silap dia?.

*

10 comments:

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Ni semua salah kilang. Esok gua pergi mengamuk kat kilang buku tu.

Cikgooden said...

jadi bukan salah gua la?..gua dah nak ke kedai spek mata..nak tambah power..

julietchun said...

buleh pinjam ka? ramai org dok cerita pasal buku ni. :D

tasekM said...

pebenda yg potong stimnya tu den...?



.

Nizam.Ariff said...

Wuiihh.. ko selak-selak trus potog stim? Gila la lu, bro...

ASH said...

Membaca amalan mulia..

aza ni said...

salam cikgoodeen

a.samad jaafar said...

dah tue ni kita mmg suka membaca yak din.. buku tu takde jual kat kedai buku ke din wo ?

a.samad jaafar said...

Salam din.. aku tengoh libang libu..komen ko tak keluar walaupun aku publish..sumpah.. err nak tanye ko betui2 ni.. ko buang balik ke komen tu.. sedih pulak aku..serius..

a.samad jaafar said...
This comment has been removed by the author.