Lain Padang lain Belalang. Lain Orang Lain Ragam. Ada macam itu, ada macam ini. Jadi lah Camtu-Camni......HITAM PUTIH KEHIDUPAN...(kekadang menjadi MERAH..)
Jom...
Wednesday, November 25, 2009
Ustaz Yunuihh,,...
Ustaz yunuih..pernah mengajar aku semasa aku bersekolah rendah. Dan dia ..Hmmm...memang rendah. Tapi Semangatnya cukup tinggi.
Maksud aku, Semangat belajar.
Satu hari, aku bersama-sama dia menaiki bas yang sama ke Kuala Lumpur. Mulanya dia tidak perasan bila aku tegur. Ustaz. Dalam keadaan dia terpelengong aku berbasa basi memperkenalkan diri. Lama juga. Panjang sekali Intro aku beri. Baru dia ingat.
"Buat apa ke Kuala Lumpur?"..Tanya aku. Ustaz duduk di kerusi belakang sehingga memaksa aku menyenget untuk berbual dengan nya. " Ya ka....Semangat lagi di...?"
Spontan soalan itu terbit daripada mulut aku. Kuat sungguh semangat belajar ustaz ni. Dalam umurnya 60 tahun lebih (subsidi umurnya panjang...) dia masih sanggup Ke UIA menyambung belajar mengaji Quran. Bukan sekadar belajar membaca. Apa kes ustaz tak tahu membaca. Cuma dia pergi menambah ilmu-ilmu tentang Al-Quran.. Itu yang dibagitahu. Dapat la jugak aku dengar sikit-sikit pasal ilmu-ilmu Al-Quran ni.....Dalam diam aku mengangguk kepala. Tanda Faham la kononnya. Walaupun sedikit Blur.
Perbualan kami menjadi semakin panjang mengiringi perjalanan Bas bercat merah bercetak Konsortium dan berhawa dingin macam celaka .
Ingatan aku pada ustaz melangkaui masa di zaman aku sekolah rendah. Zaman aku, cukup kenal dengan ustaz nan sorang ni. Manakan tidak, masa tu rajin sungguh dia menyuruh kami bawak botol kicap, atau botol apa saja yang kosong. Betul!!!...masa tu kami kena bawak botol ke sekolah untuk ustaz. Aku tak paham langsung untuk apa benda-benda tu dikumpul. Banyak jugak. Bayangkan semua budak dah bawak 4 atau 5 bijik. Ada yang mencecah sepuluh.
Dan dia bagi kami pensel atau pemadam getah sebagai balasan kepada botol-botol yang di kutip. Masa itu, aku tak pasti apa dibuatnya dengan botol-botol kosong yang kami kutip. Aku syak, dia jual. hahahaha.
Bila bersembang lama dengan ustaz. Macam-macam nasehat yang keluar dari mulutnya. Dalam banyak-banyak benda yang dia cakap, teringat kepada satu petua yang dibaginya pada aku.
Jika nak hidup tenang, katanya, perlu buat tiga perkara. Aku tertarik dengan apa yang ustaz cakap.
Pertama: Jangan tinggalkan Solat
Kedua: Rajin Baca Al-Quran
Ketiga : Berkahwin.
InsyaAllah.....hati mu akan tenang. Aku terfikir...Betul ustaz....
Cuma aku menambah. Kalau semua dah buat...Solat menepati waktu, Quran dibaca selalu dan Kahwin juga sudah, Tetapi hati tetap tak senang? Tetap runsing. Tetap Gelabah. Tetap Tension tak ketahuan punca. Macam mana ustaz?...Tanya aku..(Cuma dalam hati....)
Kena kawin lagi satu kut no?.....
Tapi aku cuma berkata dalam hati. Tak berani nak cakap depan dia...hahahahahah,.
Sambil aku membetulkan duduk. Dan tidur. Sedar-sedar aku dikejut ustaz. Hmmm...dah sampai Pudu Raya!
*
Salam.......aidil Adha.....Selamat berkorban...Lembu, kerbau, Jiwa, raga, dan...... duit juga!..
*
Sunday, November 22, 2009
Orang cuti,,, aku?...kerja, kerja ,kerja..
*
Aku bercadang hendak menulis panjang tentang buah durian ni. Menyambung kembali apa yang sudah ditulis sebelum ini...( Ya!..Kariah aku, memang banyak buah ini. Rezeki orang kampung.....)
Tapi aku penat!...Letih!....Lain kali aku sambung...(lain kali tu, maksudnya..kemungkinan musim durian tahun depan)
SALAM...HORMAT...................pada YB kapongku...(YB: Yang berpolitik..)
*
Friday, November 20, 2009
Bila badan penat, otak sukar berfikiran waras...
untuk teks n3...sila rujuk tajuk.
salam..hormat.
Tuesday, November 10, 2009
bila geng senja berlabun...
Hari Selasa.
Aku nak pergi ke rumah abah. Nak pinjam buku pasal Polis. Aku dikejami penyelia agar menulis tentang tokoh wira Malaysia. Ada 100 orang kesemuanya. Namun, Aku cuma diminta untuk menulis tentang 6 tokoh sahaja. Itu pun kalau boleh aku nak escape…tapi tak mampu nak menepis. Nak tak nak, terima jugak.
Semua lima yang lain dah setel. Cuma pasal Tun Mohamed Salleh Ismael ni ja aku blur. Bahan tak cukup. Bila mintak pada abah, dia cakap ada buku tu. Lega. Maklumlah, dia tu pencen polis. Walaupun Cuma PVR, tapi semangatnya pasal polis-polis ni ngalahkan polis regular. Peminat setia gerak khas. Bila rancangan ini ke udara, jangan siapa kacau. Kosentret.
Berbalik cerita tadi, sebelum ke rumah dia, aku singgah di pekan Batu Kurau. Jika hari selasa, pekan Batu Kurau cukup best. Ada pekan sehari. Sinonim namanya pekan selasa @ pekan lasa @ kas selasa @ kas lasa. Nama ni aku turunkan, sebab pada aku, pekan selasa ni dah cukup lama maujudnya. Sejak bila kewujudannya, tidak aku dapat pasti. Setahu aku, sejak kecik, sedar-sedar dah ada dah.
Tanya lah siapa pun dalam kalangan warga Batu Kurau. Semua kenal. Semua tahu. Jika ada yang mengaku tak tahu pekan selasa, memang jenis dia tu spesis tanggang aku syak. Jenis kacang yang lupakan kulit.
Sementara menunggu abah aku balik dari kas selasa, aku singgah minum di kedai kopi paklong moner yang cukup gah dengan kotiau sayur dan mee bandung. Ntah apa ramuan yang dia guna, aku tak pasti. Jika ditanya, aku pasti menjawab, di situ lah mee bandung yang aku boleh makan. Sedap. Boleh repeat dua pinggan.
Masa aku tiba tadi, meja dah penuh. Tak ada tempat kosong. Yang ada Cuma sebuah kerusi di meja orang. Terpaksa aku berkongsi meja dengan sorang pakcik. Dah tua dah pakcik ni. Agak-agak aku, mencecah 60 lebih. Makan subsidi dah umurnya. Ayah aku dulu selalu sebut. Umur takat 60 saja..kalau umur panjang lebih dari itu, di kira dapat subsidi . Kena beringat. Ntah la..(alahai, teringat ayah la pulak…)
Dalam hati, aku berkata-kata. Apa salah duduk makan sekali.. Bila dah siap makan, pakcik tadi mula bersuara. Bertanya. Berkenalan. Bersembang. Walaupun aku mulanya agak kurang berminat. Nak cepat pergi ke rumah abah sebenarnya.
“duk mana?”..pakcik itu mula menegur. Aku tidak terus menjawab. Aku sedut teh ais yang mula menitik-nitik airnya di luar gelas. Sambil menyedut, aku menjeling, memerhatikan karekter pakcik itu. Berambut putih, berbaju coklat pudar seakan-akan warna teh ais kedai makan Melayu yang kurang susu tapi terlebih gula.
“Saya duk di Jelai”. Aku jawab. Ringkas. “saja maghi tengok kas lasa, lama tak maghi”. Sambung aku, saja saja nak buat ramah. Aku fikir dengan jawapan yang aku bagi, pakcik tu tak bersuara dah. Aku tengok dia cuma angguk.
“Sorang ja?..tak maghi dengan orang rumah?.” . Pakcik tu dah mula nak bersembang. Aku cakap orang rumah kerja. Bermula dari situ, aku bersembang ghabung dengan pakcik nan sorang ni. Rupa-rupanya, dia ni duda. Bini dia mati 6 tahun lepas. Sekarang hanya duduk menumpang di rumah anak perempuan.
Anak ada lima orang. Yang bongsu kembar. Lelaki. Yang sulong dan nombor dua, juga lelaki. Semua anaknya dah berumahtangga, kecuali anak yang bongsu kembar itu.
Bila dah rancak bersembang, terlepas pulak satu soalan dari mulut aku. Bertanya, kenapa tak kahwin lain. Sambil masam mencuka, pakcik menjawab.”Anak tak bagi kahwin.”. tergamam dengan jawapan dia. Biar betul pakcik ni.
“sebenanya susah duk lagu ni… anak-anak tak faham. depa ingat senang duduk sorang”. Sambung pakcik tu. Kata-kata dia ini menarik minat aku untuk terus bertanya. Dari cerita pakcik ni aku dapat tahu yang anak-anaknya tak berapa suka ayah mereka berkahwin lain. Itu cakap dia. Aku tak pasti samada dia bercakap betul atau berbohong.
Tapi aku cuba juga mengusik. “Takkan pakcik takdak sapa- sapa yang bekenan?”..Tanya aku. Sekadar nak menghangatkan lagi suasana. Sementara, nak habiskan sebatang nikotin dan tar berjenama Dunhill itu.
“:payah adik woooi…Bukan takdak. Ada. Tapi kaaaa..(panjang ka nya itu)..,yang kencing manis. Yang darah tinggi. Yang Lelah. Ada yang sakit jantung. Habis!..lagu mana nak bela aku…depa pun sakit…hahahaha”. Terang pakcik ini. Disambung dengan gelak mengekek. Ketara nampak gigi dia tinggal tiga empat batang. Turus pagarnya dah rompong.
Bila sampai bab ni ada dua perkara yang aku musykil. Pertama, Betul kah anak pakcik ini tak bagi ayah dorang kawin atau pakcik itu sendiri yang tak dapat calon. Cari yang sama batch…memang la, macam2 penyakit duk ada. Cari la yang steadi skit…(aku kata dalam hati saja…)
Dan satu lagi yang aku musykil. Apasal dia panggil aku adik. Adakah dia nak tunjuk yang dia tu masih muda..atau dia nak kata yang aku ni agak-agak semacam baya baya dia?...Dia muda atau aku tua?....hahahahahahahah (dalam hati jugak…)
mmmm…aku dah tua kae?...wokpa duk ghasa macan muda jaeeeee....hahahahahha!!..
bersambung…(tahun depan!)
*
Sunday, November 8, 2009
Kelantan hilang satu...Negeri 9 terlebih satu...
Demo ade ghapo?...