Jom...

Friday, August 28, 2009

Ulang alik ulang alik, rasa macam nak terbalik...

*
Diam tak diam dah masuk hampir sembilan bulan lebih aku menginap di kariah Sg.Tangkas ini. Jika aku mengandung, sah sah..aku sekarang ni dah masuk bilik bersalin. Aku cakap jika...Apa gila aku nak mengandung?

...Sebuah daerah sementara aku. Daerah kedua, selain kariah aku di Jelai, BatuKugho. Sudah menjadi rutin aku, saban minggu terkejar-kejar jadual kuliah, jadual komuter, jadual LRT dan jadual bas ekspres Konsortium yang merah menyala warna basnya itu.

Jika aku kumpul keratan tiket bas, aku syak dah sedepa tebalnya(alang2 nak berbohong biar sampai tak logik)...Tapi tak pernah aku simpan pun.

Bulan puasa ni juga masih aku berulang alik. Terpaksa beb!...

Ada la sekali tu, sebelum bulan puasa, bas yang aku naik berenti sekejap. Tempat biasa saban minggu aku lalu. Perut lapar. Di situ cuma ada sebuah lori pesen modified bikin kedai jual jajan. Aku pun pergi nak beli apa yang patut untuk mengisi perut.

Dengan yakin aku ambik jambu dalam plastik. Ambik asam. Picit masuk. Ambik air mineral. Tak cukup aku tambah dengan sebungkus kerepek buatan bumiputera. Dalam perkiraan aku, cukup sekadar kudap2 sementara nak sampai Kuala Lumpur.

Bila nak bayar, (harga semua aku dah lupa). Aku hulur not RM50. Itu sahaja duit yang aku ada. Aku bukannya jenis kaya raya nak bawak berjuta dalam poket. Sekali adik tu cakap tak dak duit tukar. Habis..benda alah ni nak bayar macam mana?..

"abang pinjam la ngan kawan abang" adik tu bagi cadangan. Aku kata aku datang sorang. Mana nak tukar. Bas yang aku naik bukan bas rombongan sekolah yang buat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara dan KLCC. Semua penumpang kawan-kawan aku.

"pegi la cari tukar" kata aku. "Takkan saya nak cari tukar". Aku menyambung ayat tadi. Aku dah mula naik darah. Tinggal lagi nak cekik ja budak ni.

"takde la bang"

"takdak sudah...!''. Aku ringkaskan saja pertekakkan aku dengan budak itu. Lantas, aku ambik balik duit. Aku belah. Makanan tu aku tinggalkan kat situ.

Nak meniaga buat lah cara nak meniaga. Sedia la duit tukar. Pelanggan yang datang bukan nya selalu ada duit cukup-cukup dengan harga korang nak jual. Timbangrasa la sikit. Ini tidak. Cakap ala ala menyombong.

Itu cerita sebelum puasa. Dan, hari ni, bas yg aku naik tetap singgah di tempat yang sama. Dan aku tgk budak yang jual dulu masih ada disitu. tapi aku tak pegi. Betul. Jangan harap aku nak pegi beli.

sebelum terlupa, ni gambar lori pesen modified bikin kedai jual kacang.


nampak macam alim pakai songkok plus..tapi menyombong nak mampus...




*

10 comments:

anjang said...

Mungkin sebab diaorang ni tak de saingan. Satu lagi perhatikan harga barang yang dijual selalunya mahal. Ada sorang member aku yang berniaga macam ni memang dah kaya-raya

ASH said...

Dugaan orang yang selalu bermusafir ni memang cam gituuu...ada ada jer!
Pernah ko tersadai tepi jalan tak dengan bas Konsortium Merah Menyala tu?
Kadang mahu juga dia tersadai tau..
Kadang la..
Tapi bas tu bawak laju aaa..

ckLah @xiiinam said...

...Kalau beli barang dengan Cina, kedai cokia kecik macam mana pun, dia tak pernah kata tak ada duit kecik.


...peniaga Melayu yang biasa mcm ni. Pernah kena di pasar malam, dia kata "kak pi jalan-jalan dulu. Dah ada duit tukaq sat ni,mai sini bayaq dan ambik barang ni".

Lalu aku pun pergi berjalan-jalan.....terus tak kembali lagi ke situ...

YoNg said...

memang tak bermoral langsung penjul kat situ......"customer always right".....

amba kalu nek kinsortium...memang tak beysa nya beli tang penama pong kat hentian...PLUS punya jajan mahupun makanan mahal melampau....macam kat hentian Gurun...bihun goreng sepinggan sama harga ngan nasi campur kat medan selera Taman Ria Sg Petani, kita expect ada macam2 la dalam bihun tu...rupa2nya, ikan bilis pon boleh jadi 'perabah' dalam tu..kui..kui.kui....
(dalam hati ada gak la amba berkata "pandai lagi aku goreng bihun, taruk fish ball, udang la...")
amba nasihatkan..cikgu beli lei siap2 jajan di kedei parik, dak pong di kedei joseng...tobat murah

Tiniedia said...

Memang kadang2 peniaga ni ek nak mampuih..tapi ada gak hat bek...napa cikgu tak drive ja...sy dah lama tak nek bas, bulan lepas sy balik nek bas rasa nak putuih urat perut..dah la drebar tue bawak lacu, pastu bas buruk, bunyi mcm bas mini hat kuning yang lalu batu kuro dulu tue..bygkanlah..serik dah nak bas lagi..

Note: Selamat Berposa Cikgu & Family

julietchun said...

mesti lepas tu cikgu dok terbayang2 jambu ngan asamboi itu,hehehehe.

lenkali bawak bekal sendiri,:D

Unknown said...

cerita pasal bas & org jual asam boi tu tak besss sebenarnya... tu yg tersurat je

yg aku musykil ni... apasal ko sanggup berulang-alik ni.... ni mesti ada sebab ni... yg ni ko kena cerita ni.... hehehe

tasekM said...

pasai pa hang tak bagi penampaq sedas (saja nk bg panaih!)

hahaha..

:p

iina said...

hahaha pose2 takleh ngutuk nanti kurang pahala pose hehehehe.. sabar2.. lain kali bawak jek jajan siap2 beli sebelum naik bas.. lagik senang ;)

cikgooden said...

anjang:
kaya pun jgn la nyombong..betul tak?..macam ko, wp dah kaya kan, masih stedi..



ashley:
musafir lalu...terpaksa la..he he.


CkLah:
tu la pasai...malih nak sembang dah..bukan sini ja...merata pesen sama ja..

Yong:
kedei joseng tobat stei...dulu ada tikan2..

Tinie:
mapoh lae drive tiat2 mingung..mapoh keras atas keta laeeeeeeee...tak ghok deh.

Julietchun:
bawak bekai nasik bulan posa, cukup tak jais ok!..ha ha ha

Shifu:
ulang-alik tiap minggu....ni satu cara nak celeng tukar saiz sluar, aaaa..ha ha ha

Tasek:
kesiannnnn....ha ha ha.

iina:
he he..aku pesen tak bawak bekal..:)