Jom...

Thursday, April 2, 2009

Mengapa anda mesti merokok?

Cantik sungguh tajuk entri ni. Diambil sempena sebuah artikel yang aku pernah baca dulu. Aku jumpa artikel ni dalam timbunan buku koleksi aku. Saja nak share dengan kawan-kawan. Alang-alang dah petik huruf-huruf kat laptop nih, …aku taip apa yang aku rasa nak tulis. best pulak. Nyut, nyut, nyut jer rasanya…

Sakit otak sekarang nih. Rasa nak mampus. Tak siap-siap esei aku nih…apa ke jadah tak jumpa kesimpulan. Berpusing-pusing. Berbelit-belit. Lantak. Biar berbelit otak pembaca esei aku nanti.ha ha ha!

Berbalik kepada tajuk entri ni, tulisan Adi Alhadi tak silap aku. Penulis yg cukup aku segani dan respeki…tajam sindiran dia. Sama jugak macam penulis Mishar. Aku senaraikan nama-nama penulis majalah gila-gila. Bagi aku, majalah kartun gila-gila bukan sebarang majalah. Terutama angkatan dulu, penerajunya. Sungguh!.

Berbalik kepada tajuk entri ni, daripada artikel yang aku baca lama dah. Masa muda muda dulu. Kecik jer bukunya. Nipis. Ada gambar kartun hasil lukisan Jaafar Taib. Pelopor kartun jungles jokes. Aku suka lawak dia. Matang tahap cipan. Sungguh!

Berbalik kepada tajuk entri ni, mengapa anda mesti merokok?...jangan tanya aku apa jawapan.
Sila baca…

Kalau anda seorang perokok, tentu anda telah menempah satu rangkaian pengalaman yang cukup hebat jika dibandingkan dengan orang lain. Maklumlah pengalaman anda sentiasa berasap dan berapi!

Anda pun tahu kita digalakkan menanam tembakau. Tapi pada masa yang sama kita tidak pula digalakkan merokok. Dan ini sering menyebabkan kita keliru. Ya la, takkan daun-daun tembakau tu nak dijadikan bunga rampai ataupun nak bagi kambing makan?...mabuk melelong pulak kawan tu nanti.

Pun begitu, kempen anti-merokok giat dijalankan. Kekadang tu tak berkesan jugak. Masih ada lagi makhluk tuhan terjueh mulut, menyedut asap. Kekadang tu rasa sedih. Kesian kepada perokok-perokok ni. Maklumlah sejak kebelakangan ini mereka selalu menjadi mangsa kempen, tukang-tukang nasihat memberikan ceramah. Jadi artikel ini menyediakan sesuatu untuk membantu mereka. Moga moga selepas ini mereka berbangga menjadi perokok.

Katakan umur anda sekarang ni menjangkau 35 tahun dan telah bersubahat baik dengan rokok semenjak umur 16 tahun, yakni ketika masih pucat lesi bila disergah guru disiplin. Ertinya anda telah menjadi perokok selama 19 tahun.

Katakanlah semenjak tempoh itu hitung panjang anda merokok dua bungkus sehari. Oleh kerana dalam setahun ada 365 hari, maknanya anda telah merokok sebanyak 19 tahun X 365 hari X 2 bungkus. Jumlahnya 13, 870 bungkus, kan? Berdasarkan purata harga rokok sekotak sejak mula anda hisap sehingga sekarang adalah RM5. Setiap tahun harga rokok naik. Kita tolak faktor kenaikan harga rokok selepas belanjawan saban tahun. Kita kira setakat sekarang. Lagi 20 tahun mungkin harga melambung nilai sebijik banglow. Sapa tahu!.

Baik dalam tempoh 19 tahun tadi, anda telah membelanjakan RM69,350 untuk membeli rokok. Betul tak?...Maaf, aku tidak kira dalam PPSMI..

Sekarang anda bayangkan pula anda akan hidup kira-kira 25 tahun lagi dan sepanjang tempoh itu anda sanggup meredah hujan ribut apabila bekalan nikotin terputus. Ertinya anda masih bersedia untuk merokok setiap hari selama 25 tahun akan datang.

Tanpa menambah kadar yang sedia ada, masih tidak menggunakan PPSMI, anda tentu akan menghisap kira-kira 18,250 bungkus lagi (2 bungkus X 365 X 25 tahun). Dengan mengira sebungkus rokok tetap berharga RM5, anda akan membelanjakan RM91,250 bagi jumlah 18,250 bungkus rokok yang anda hisap itu.

Baiklah, kita tinggal dulu soal ni. Kita kira soal lain.

Kata pakar kesihatan, merokok boleh memendekkan umur perokoknya. Dan anda sendiri tahu, nyawa bukan boleh disambung-sambung macam kita sambung talian strimik aku yang dah kena potong sebab tiga bulan tak bayar dan mencecah RM366.70 itu. Jadi pakar kesihatan menganggap merokok akan menyebabkan kita mengalami kerugian umur. Betulkah begitu???. Satu teori yang kurang jelas juga ada mengatakan bahawa setiap batang rokok boleh memendekkan lima minit umur penghisapnya.

Oleh kerana anda telah menghisap 2 bungkus sehari, semenjak 19 tahun, Kita start balik analisis kita. Ini bermakna anda telah membakar 277, 400 batang (13, 870 X 20 batang) Kalau setiap batang rokok mengorbankan 5 minit umur anda, bermakna anda telah mengorbankan 1, 387,000 minit daripada umur anda dengan menghisap 277,400 batang rokok.

1,387,000 minit!!!!! Satu jangka masa yang lama bukan?. Maklumlah, jika dicongak menggunakan PPSMI, ianya sama dengan 23,116.6 jam atau 963.1 hari atau 2.63 tahun. Bagaimanakah dengan jangka hayat anda yang akan anda korbankan melalui rokok jika anda tidak berhenti merokok dalam tempoh 25 tahun akan datang?

Kiralah sendiri, 18,250 bungkus X 20 batang X 5 minit. Tidakkkah ianya berjumlah 1,825,000 minit atau 30,416 jam atau 1267.3 hari atau 3.47 tahun!.

Maknanya anda sudah berjimat!..Diandaikan anda berbelanja sebanyak RM30 sehari untuk membiayai segala aspek kehidupan.

Oleh kerana anda telah kerugian hayat atau umur anda kira-kira 2.63 tahun semenjak mula merokok sampai sekarang, bermakna anda telah menjimatkan perbelanjaan harian anda sebanyak RM28, 798.50 ( 2.63 tahun X 365 X RM30). Oleh sebab anda telah ‘memendekkan umur ‘ anda sendiri bermakna jumlah itu anda berjaya selamatkan!

Dengan menggunakan kadar perbelanjaan yang sama, bagi tempoh 25 tahun akan datang, yakni dalam tempoh 3.47 tahun itu anda tentu dapat menjimatkan kira-kira RM37,996.50 (3.47 X 365 X RM30).

Nah!..cuba anda bentangkan belanjawan kehidupan anda kepada penasihat anda.

Jumlah duit yang anda bakar (kerana 19 tahun merokok) = RM 69,350

Jumlah duit yang akan anda bakar ( lagi 25 tahun nak merokok)= RM91,250

Jumlah duit yang berjaya dijimatkan (kerana memendekkan umur 2.63 tahun)= RM28, 798.50

Jumlah yang akan dijimatkan (kerana nak pendekkan umur 3.47 tahun lagi)= RM37,996.50

Tanpa perlu anda masuk Universiti Utara Malaysia, Sintok untuk belajar prinsip Akaun. Guna congak saja. cuba anda cari jumlah duit yang berjaya anda jimatkan. RM66,795.00 (RM28,798.50 + RM37,996.50). Ini adalah harga jimat sebab anda tidak perlu berbelanja untuk menampung kehidupan, kerana kehidupan anda ketika itu tidak memerlukan perbelanjaan. Dalam KUBUR..! takde parkson Grand nak shoping!

Tunjukkan kepada penasihat anda. Jadi kalau tukang nasihat anda itu mengatakan “Orang hisap rokok ini semuanya bodoh” Anda berhak jawab, “sapa kata? Kami sebenarnya orang pandai, dan berjaya menjimatkan duit kami sebanyak RM66,795.00 dengan menghisap rokok.

Tapi jika ditanya tukang nasihat, “Habis macam mana dengan harga air mata isteri yang mungkin menjadi janda dan air mata anak yang menjadi anak yatim sebelum masa yang sepatutnya?”. Anda tak payah lah nak berdebat.

Angkat punggung. Perlahan-lahan bangun dan berundurlah dari tempat itu. Kalau berasa sayu dengan pertanyaan itu pun, pergilah menangis jauh-jauh.

Sekian………pada diri aku sendiri!...Dan, kawan-kawan perokok tak kira apa jenis rokok, dunhill, saat, marlboro, malah Sempoerna A menthol sekalipun, INGAT-INGATLAH DIRI!........

Cikgooden: Dah berenti………Beli.

14 comments:

KTS said...

tajuk hari ini adalah "MARI BELAJAR MATEMATIK"

hikhikhik...

ko ni bebetul dah berenti ke??
awat bau rokok lagi ni "D

tasekM said...

hang ambik master matematik ke sejarah ni cekgu? hehehehe..

tukaq cat nampak! :)


.

julietchun said...

Semua bab ada, kesihatan, matematik dan isu semasa. Sedih plak ayat akhir tu, "kalo rasa sayu pi menangis jauh2",kekekke.

AloyCaricature said...

kalu abih stok rokok..taknak kuar duit..jom kita pi pj..sana depa bagi pree je..

Brahim Nyior said...

Memang best tajuk entry kali ni. Saya antara yang bersyukur kalau Bro Cikgudeen berhenti merokok.

Dari segi kalkulasi yang dibuat, amat menarik.

p/s: Syukur saya tak merokok. Kalau tidak, rugi ooooooooooooo....

ASH said...

garuk garuk garuk kapla yang tak faham MATEMATIK..???

jane said...

salam cikgu.,
menariknya entri ini adalah pada akhir sekali berdakwat merah...berenti beli. hehe...x merokok pun mati jugak. lain la pulak cara matinya.

teringat pulak dekat arwah abah. masa dah kena stroke yg kedua, doktor kata x payah berenti rokoklah pakcik, isaplah banyak mana nak pun. tapi, kalau nak bagi panjang sikit, isap le 3 batang aje sehari. sama dengan 3 kali makan...

Unknown said...

aku beli gila-gila sejak bil 1.... bertimbun2 kat rumah... hanya berhenti membelinya selepas tahun 1988 rasanya, kerana selepas itu majalah tu macam dah tak de kik... la ni, aku tengok gila-gila ada balik kat kedai... tapi tak de hati nak beli...

macam mana citer From Taiping with love masih ada lagi, sedangkan pelukisnya dah lama arwah... (sekadar contoh)... sebab tu dah tak minat nak beli.

Dan yang paling menyedihkan aku... koleksi gila-gila yang dah aku jilid mengikut tahun.... dah tak de lagi

ada yg org/kawan pinjam... terus tak hantar2... ada yg dirosakkan anak2 masa diorang mula membesar dulu... ada yg dimakan anai-anai kerana tersimpan dlm kotak masa rumah belum siap.... huhuhu... sedihnya aku... bahan bersejarah tu dah musnah

iina said...

berhenti beli.. bkn berhenti isap heheheheh.. untng lagi sebab dpt free kan :)

ckLah @xiiinam said...

kalau dah perokok tegar...
cakaplah apa saje..
tak maunya dia berenti....



suamiaku pun dulu ....
masyaAllah


tapi Alhamdulillah...
sejak satu peristiwa tragis di Mekah
sampai sekarang tak sentuh rokok....

Safiya said...

entri anda menarik, sy tringat member aku .... bile d suruh berenti isap rokok. dia kata boleh tapi dengan syarat AKU NAK ISAP KO PUNYE BARU AKU BOLE STOP ROKOK. dia ingat kelakar dayak ke?

lupekanje said...

elokla tu cikgooden..
memula brenti beli...sok2 benti ngisap pulak...
beransur2 yer....

acik akan rasa amat bervangga klu cikgooden brenti terus merokok....
bagi contoh teladan kat anak2 ....
tpi rasanya klu jadik apa2 yg tk ok kt cikgooden sebab merokok...lagi bagus...blh jadik contoh/model realnya untuk tunjuk kat anak2 kann....errr...idak ler acik mendoakan..cuma kalau je...hehehe..
dah...gi nangis jejauh kat sudut dinding tuh.....

Cikgooden said...

kts:
ha ha ha...,matematik tahap PPSMI nih..

tasik:
ha ha ha...

Julietchun:
perokok pun ada perasaan gak..ha ha ha

wakara:
tobat stei muma...dok sedat gedik kaki dah..ha ha ha

Brahim:
anda jugak rugi , terlepas nikmat jadi perokok tegar..ha ha ha

kak hida:
ha ha ha...garu sampai botak, sila congak guna PPSMI...

Jane:
kata org rokok tu ubat, kata org la...bukan aku!

Shifu:
kena beri sokonganla semula, supaya dia balik macam dulu2...he eh eh...

IIna:
h ha ha...beli ja berenti!..ngisap lagi..

CikLah:
isk..ngeri ka?..apa tu?...


Safiya:
dia nak isap apa ko punyer?..tak faham :)

Achik:
sampainya hati............

Anonymous said...

isap rokok mmg best!
ayam berkokok atas batang,
minta rokok sebatang heheheee