Jom...

Sunday, February 8, 2009

kawan-kawan...

Hidup berkawan tak rugi. Hidup dalam keadaan hampir-hampir nak jadi gila, memang seksa. Antara dua , aku pilih yang pertama.

Dek tak mahu rugi aku 'terak' diri join maskara..Dek kerana desakan kawan-kawan, aku gagahi jugak. Memang aku tak kenal kawan-kawan kat sana. Apa kes nak jadi kera sumbang. Jadi aku ajak kak water lily n Abg razak, sepasang merpati sejoli tahap dewa..

Petang aku gi rumah dorang, petang tu jugak kami gerak. Menuju Rumah Pena. Dalam kesesatan di hujung jalan. Mujur kawan datang tunjuk jalan kebenaran. Dapat kami kembali ke pangkal jalan. Apa kes kak..dari bangi pergi K.l ambik masa dekat dua jam lebih..ha ha ha!...

Suka, bersembang dengan kartunis ujang, yg aku respek dari dulu lagi. Walaupun tak kenal aku, sembang kami macam dah berbelas tahun kenal. Enjoy. Sambil-sambil perasap halau nyamuk kat luar rumah pena..ha ha ha.

Jumpa jugak la dengan MC...dan mak dia yang sihat tu..ha ha ha.

Juga bersembang dengan geng-geng soljah, terutama jeneral naga..salute , Bro!.

Terisi masa aku..Happy. Tak reti nak tulis macam mana dah> Pala pening kerja banyak nak buat..dah boring dan tension..macam biasa la, tarik kertas, tarik pen..aku handas muka pele pangkor..ha ha ha....Sapa suka dia..tgk la.peluk cium la muka dia..nih!



Cikgooden : Rasa bertuah sebagai anak jati Perak. Cantik sungguh politik negeri kesayangan....

23 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah kalau.... "Dalam kesesatan di hujung jalan. Mujur kawan datang tunjuk jalan kebenaran. Dapat kami kembali ke pangkal jalan".... yg jadi masalah kalau org dah tunjukkan 'jln' suruh keluar, dia nak patah balik juga, pagar dah tutup pun dia suruh buka.... lepas tu mula la meroyan tak tentu hala... :)

Lily Abdullah said...

Padan muka kita,sama-sama sesat weh! hahahah!

PS: Hari ni, kak hang letih gila..nak update cerita sesat tu pun malas.

ckLah @xiiinam said...

Waaa...jelesnya ko dapat bersama waterlily.......hari tu Encik Razak call cklah, dia perkenalkan diri sbg suami Mar.... Dah pas handphone pada isterinya baru tau itu lah Waterlily....dpt dengar suara je...entah bila dpt jumpa....

ckLah teruja sangat WL sudi call ckLah...pebulis blog yg ckLah segani...

ckLah @xiiinam said...

Eh..cikgu BM nak betulkan ejaan.

'penulis' ya...bukan 'pebulis' he..he..jari sakit main bowling semalam

Anonymous said...

biasalah tu sesat kat kl. nnt dah lama² terrer aa.

lupekanje said...

tak tinggal dgn ubat alau nyamuk tu kan....

azza_irah said...

uikss...ada jumpe2 ke nih..bila nak mai BM lak..tepeng bukan jauh..

iina said...

Berkawan biar sejuta.. tapi berkasih biar satu.. jgn buat2 lupa lak dah jadi bujangan tu ;) heheheh

tasekM said...

cekgu, baitulmal tu tang mana? hahahaha...



.

tasekM said...

lupa. thanx atas gambar kartun MC tu ye cekgu. darling kata nk frame. he he.


.

Cikgooden said...

shifu:

er..er..

waterlily:
sesat tu termasuk dalam pakej trip ke maskara jugak kak..ha ha nha

cikLah:
ya la...ukhwah. yg hang tu sampai bila nak nyorok?...nak jugak jumpak bekas budak taayah yang belajaq kat sekalah aku, izzudiiin..ha ha ha.

penyubiru:
duduk lama pun, aku tetap akan sesat kalu jalan di K>L..pelupa jalan aku nih..

acik:
tak tingal la..asap tu he he he..yg acik ni bila nak buleh jumpak..gi opis tak tau nak kelui,,nama taktau..ntah ntah, kak aisyah tu acik pa...ari tu..he he he..saja tanak kenai.

azza:
tunggu pi beli bahan buat kek dulu..he he he.

iina:
tak lupa haih...selalu dok beringat..

Tasik:
taman maluri la, makan situ..tgk gaya, lapaq sungguh razak tu, ha ha ha...kartun?..hampir lupa, dalam dok kalut-kalut..
Frame?..he he he..katun ja wei..MC tgk dak?..suka pegang perut dia..ha ha ha.

ckLah @xiiinam said...

Err...aku pemalu!!!

Yunus Badawi said...

Apa kata ko aturkan satu majlis togather-gather? Saya rasa tentu ramai yg nak join. Teringin betul nak jumpa kawan2 maya ini.

Cikgooden said...

ciklah:
ha ha ha..

Yb:
Boleh...pi umah hang...ada makan makan.ahakkks.

ceri masam said...

saya suka ujang!
lama gila saya tak jumpa dia!
nasib baik saya ke rumah pena!

gila hepi sbb dia tu dah mcm abang saya :)

Unknown said...

hingga tak terkata eii.... hehehe

aku ada tengok majalah gila2 kat kedai, tapi jadi rasa macam tak seperti dulu... rasa macam tak ori jeee.... tambah bila aku tengok ada citer from taiping wait love... siapa yg lukis sekrg ni sebenarnya

Cikgooden said...

one love:
malam tu aku borak gila lama dengan dia..awat tak tegoq?

shifu:
from taiping with love..dulu rashid lukis..arwah dah..la stok lama tu..
aku sembang panjang pasal magazine nih ngan ujang....market slo...org dok tenet la..ha ha ha..tak beli mgzine dah.

AieSha said...

tak ajak pung saya lepak sekali ngan akak lily & abd razak lepas hbs maskara tu..

Cikgooden said...

aie:
sebab tgk hang sebok sangat ..ha ha ha...abg razak pun aku tgk dah lapaq gila..pusing pusing ja..keliling rumah pena..

ZulDeanz said...

Memang bercadang hendak pergi Maskara pada malam tersebut, Tambah-tambah lagi rakan opis saya Sinaga beria-ria benar pergi.... tetapi saya terlalu letih disebabkan sebelah siangnya, seharian mengambil gambar hutan di FRIM...

Anonymous said...

aku agak, kalau aku gi MASKARA, mesti aku jadi budak paling pendiam pada malam itu. kesian aku, Kak Tasik tanak bawa aku, hehe. Jeleslah korang dapat g MASKARA. Benci, netah bilalah aku dapat pergi.

Whitetulip Tales said...

yolah...'berkawan biar berjuta, kasih cuma satu...'. Ceh, ayat power gilerrr..tantek la gambor pele pangkor tuh..

hang kata politik kat perak tuh..cantek...huwa...!!!ker..perli ek?

Anonymous said...

waa... blog ni masuk dlm Sinar Harian hari ini.. segmen dari blog ke blog... makin glamer la ye...