Jom...

Wednesday, February 4, 2009

belasah jer...

Isnin lepas, Aku attend kelas Isu-isu dalam pendidikan. Topik kaunseling dalam pendidikan. Pensyarah pulak bekas kaunselor. banyak jugak isu-isu yang dibincangkan. Dalam banyak-banyak isu tu,...disentuh tentang perilaku atau karekter guru. Pada beliau, karekter dan gaya guru sebenarnya memberi kesan kepada pelajar dan anak didik. Corak pembelajaran dan pengajaran guru juga boleh menjadi penyebab lulus gagal pelajar. dari aspek motivasi, peranan guru cukup penting.


Aku terpikir...betui jugak kata dia bila kenang-kenang balik diri aku sendiri.... Ntah la.


Dan, di akhir topik disuruhnya kami mengimbas kembali, ada ke tidak insiden insiden semasa menjadi pelajar, yang bersangkut dengan guru-guru kami dulu yang memberi kesan samada negatif atau positif kepada diri. Dia suruh emailkan. Tugasan berat. he he he..ntah apa tujuan ntah..Aku ngikut jer...


Balik rumah...Semalaman merenung laptop. Apa yang aku nak taip. banyak perkara dah lupa. maklumlah, berpuluh tahun dah. Sudahnya...aku taip ja ikut sedap aku...

Aku pastekan kat bawah ni la yer...



Negatif :

Peristiwa berlaku bepuluh tahun dulu. Semasa saya di tingkatan empat. Pada masa tu, memang saya mengaku. Saya pelajar nakal waktu itu. Tinggal di asrama. Dengan kesemua pelajar sekolah adalah pelajar lelaki. Jika tak nakal, saya rasa seperti dipinggir kawan-kawan. Sejak tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, banyak kesalahan disiplin yang saya buat. Memang ‘kacip’ dengan rotan guru.

Sehinggalah saya mengambil SRP ketika itu, barangkali diiringi dengan sumpah seranah guru.. Dan, semasa hari terakhir peperiksaan SRP, saya dan beberapa kawan yang lain dihalau balik. Saya guna istilah halau. Sekolah belum cuti. Sedangkan kami sepatutnya ada program untuk pelajar tingkatan tiga. Kami tidak dibenarkan turut serta. Balik lah kami ke kampung, bersama alasan dan jawapan yang terpaksa direka jika ditanya ibubapa kenapa disuruh balik, walhal sekolah belum bercuti. Seperti dijangka, panggilan untuk ke tingkatan 4 tahun berikutnya, nama kawan-kawan saya tidak termasuk di dalam senarai. Kecuali saya. Entah di mana silap, nama saya terlepas.


Dan, semasa majlis taklimat kepada pelajar tingkatan empat, datang seorang guru. Menuding jari tepat ke muka saya. Di hadapan kawan-kawan yang lain, terpacul ayat, “ Ni..budak ni..macam mana boleh terlepas masuk balik…ni, budak ni nak kena jaga betui-betui nih…”. Saya hanya mampu tersengih malu memandang kiri dan kanan ke arah kawan-kawan yang berdekah-dekah ketawa. Saya renung muka cikgu itu. Memang dia serius dengan apa yang dia kata. Dia bukan buat lawak. Memang niat nak memalukan saya.

Pendek cerita, saya hanya mampu bertahan dua minggu saja dalam tingkatan 4 di sekolah yang sememangnya sangat saya sayang itu. Saya minta pindah sekolah…………( terfikir hingga sekarang, jahat sangat kah aku masa tu?...sehingga begitu benci sorang cikgu tu pada aku?..ntah la..)

Positif:

Terkenang seorang ustaz yang mengajar matapelajaran Syariah, semasa saya di tingkatan enam di salah sebuah sekolah di Perak. Cukup baik orangnya. Lemah lembut perwatakannya. Sebab dalam ramai-ramai guru dan cikgu malah ustaz-ustaz yang saya belajar, hanya dia seorang yang pandai memberi semangat dan memupuk rasa keyakinan diri kepada pelajar. Pendekatannya bagus. Kemesraan dengan anak didiknya memang gred A. Gaya didikan dia, membuat kan saya berubah. Hanya dia sahaja bekas guru atau ustaz yang memanggil nama saya dengan nama din…seperti panggilan daripada teman-teman yang lain. Ketika berbicara, panggilan itu yang digunakan. Tidak seperti semua guru yang lain…menggunakan nama penuh saya. Kekadang dipanggil WEI..atau Hoi!. Terasa jurangnya. Tetapi tidak dengan ustaz nan sorang ni. Apa kesannya kepada saya?...Ya, bagi saya, cukup membuatkan saya seperti amat di hargai dan di sayangi. Saya kira faktor ini yang membuatkan saya bersikap positif terhadap pelajaran. Lebih rajin dan bersemangat untuk belajar, belajar, belajar… Jika tidak mungkin saya tidak berpeluang ke Universiti. Perubahan berlaku hanya setelah saya berada di tingkatan enam!... Hanya setelah bertemu dengan ustaz ini.

( Kekadang terfikir...masa ngajaq dulu, ada ke tak aku,..secara sengaja atau tak sengaja, dah merobohkan rasa keyakinan diri pelajar...???..isk..isk..)

Cikgooden: Ok!...berpandukan contoh di atas, Anda diminta untuk menulis insiden yang telah Anda lalui di zaman sekolah dulu. Satu negatif dan satu positif...ha ha ha...(share share la...)

18 comments:

julietchun said...

Ms form 5 dulu cikgu sejarah saya msk kelas dia soh kami pakat bc dgn kuat buku teks ke, buku nota ke, penerangan tak di bagi. Dgn bangganya bergilir-gilr ler kami bc tapi satu hapak pun tak phm, tem exam ramai yg lingkup, sib baik saya dpt A gak, berkat "kacip" ngan rotan makayh,hahaha.

dugongsenyum said...

macam kena tag aje. haha

cikgooden said...

juliet:
ya ka?..kekadang teknik aku guna jugak..ha ha ha

Dug;
INI RUPA TAG YG DIGEMBAR GEMBUR TU?...

Unknown said...

aku dulu masa sekolah...baikkk.... disiplinnn.... hormat cikguuu..... tak pernah ada masalah dengan cikgu pasal aku buat jahat kat luar sekolah dan tak de kena mengena dgn sekolah..... sebab tu sepanjang aku sekolah, aku hanya kena rotan dua kali sahaja... itu pun kes yg tak menyusahkan sesiapa.... cuma diorang dengki je pasal masa tingkatan satu aku hisap rokok..... hahaha!

errr... masa kat izzuddin dulu sesekali aku paksa geng dlm dorm bayar 10sen sorang pasal aku nak minum magnolia coklat kira kes jenayah gak ke.... :)

ckLah @xiiinam said...

Lepas SRP dulu geng Taayah ckLah naik bukit Maxwell...jalan kaki. balik, tiga hari kaki krem tak boleh jalan...cikgu lelaki tak ada...jadi, cuma driver bas je (Pakcik Khir) yang jaga kami...


Ustaz apa tu...Ustaz abdullah..Ustaz Fahmi...ustaz JAWA-her ..ustaz apa lagi...entah tak ingat...yang ckLah ingat cikgu Nordin je sebab pernah panggil ckLah di biliknya...kena marah sebab ada surat dari budak lelaki Sekolah Ehya Essyarif nak berkenalan..dia baca surat tu. Cis!

Yunus Badawi said...

Masa Ting 2 cikgu BM saya tangkap saya pakai pensel 2B kontot yg merupakan satu kesalahan rupanya bagi dia. Saya cuma nak jimat duit kerana keluarga kami org susah. Diletakkan pensel tu antara 2 jari saya dan dikepitnya. Aduh sakit giler. Rasa mcm nak retak tulang jari.
Sejak tu saya pandai cari duit utk hidup.

tasekM said...

masa matrik. akibat sebuk berpersatuan. satu cekgu ni suruh aku buat soalan kat white board. aku tak dapat buat. aku kena rotan. ROTAN. dah besor2 kena rotan. mmg malu. final exam. aku tekat nk buat habis baik. dan. aku dapat A. paper maths. ha ha.

ya. aku mmg mengong. dah terasa tercabar br nk bertindak. haih~


.

ladylikeme said...

ingat msa spm dulu..
cikgu maths punyalah garang..
ader ker aku tulis nota formula maths dalam note book yang ada gambar donald duck dia marah..

terus dia amik dan koyak buku aku tue....korang pk...
ader ker patut....

sampai sekarang aku confiuss pasaiapa la dia xsuka gambar donald duck aku tuee

ASH said...

Masa form four,cikgu BM ketawakan KARANGAN aku..berdekah dekah dan ketawa stail mengejek ngejek kat depan kelas.Dia baca ayat ayat aku depan kelas sambil ketawa ketawa.. Aku rasa air muka aku 'berderai derai' jatuh ke lantai..Cikgu ni memang seorang PENGARANG yang agak dikenali.Dia banyak menulis buku cerita..tapi aku rasa dia kurang pandai mengambil hati pelajar.Cara dia mengajar suka menjatuhkan 'jiwa' pelajarnya dan aku rasa ramai kawan kawan aku juga yang agak kecewa dengan sikap dia..Mulai dari hari aku di'jatuh'kan air muka itu, aku jadi endah tak endah dengan subjek BM...(ini waktu form four la). Cikgu nilah juga berjaya MELEMPANG seorang pelajar lelaki di depan kelas hinggakan aku terkejut dan hilang rasa respect terhadapnya.Aku ni cukup tak suka cikgu MELEMPANG LEMPANG..dah beso weh...jangan jatuhkan airmuka budak.

Oleh kerana kami bersuara..maka waktu form five, kami tidak lagi diajar oleh cikgu berkenaan. Cikgu BM kami,sekaligus merangkap cikgu kelas telah berjaya memulihkan semangat kami untuk belajar BM sewaktu di tingkatan 5...Cikgu ni cukup baik, bertoleransi..pandai mengambil hati pelajar, peka dengan masalah masalah kami terutamanya mereka yang datang dari jauh seperti yang datang dari negeri PERAK..(aku belajark kat Perlis)...mak pak mai pun, dalam 5 tahun tu, ada kut 3 kali jer!!..Cikgu ni banyak menyuntik semangat kepada budak kelas aku..Ya lah..dah form five, takkan nak main main lagi!..sayang cikgu tu..Kami panggil dia Kak LIA!!

iina said...

Yang -ve masa matrik dulu ada cikgu biologi.. p letak nama saya utk attend btn sebab katanya saya tak cemerlang kat sekolah.. bengang jek dgr masa tu.. memanglah result tak ok sangat sebab ada problem peibadi.. tapi janganlah pandang rendah keupayaan seseroang pelajar tu.. skrg nie kalaulah saya jmpa cikgu tu nak jek ckp.. cikgu skrg saya tgh buat Phd kat UK..

yg +ve byk tapi cikgu yg sentiasa saya ingat cikgu kaunseling saya.. tuan hj hushim pakar motivasi tu ler yg selalu kuwa kat tv.. dia cikgu fav saya dan kawan baik ayah saya.. dialah paling byk bakar semgt saya di sekolah dulu.. setiap 2 mggu saya kena lapor diri perkembangan study saya kat dia ;)

Dulu tiap kali saya bagi lecture.. selalu saya ingatkan pelajar2 saya.. jangan mudah merendah2kan pelajar yang kurang bijak.. sebab kita tak tahu masa depan dia.. ntah2 nnti dialah student yg paling kaya atau pling berjaya.. siapa tahukan

Cikgooden said...

TERIMA KASIH..sahabat maya aku..walaupun tak kenai..hampa mmg best..Dari cerita-cerita kat komen korang ni...kesimpulan aku buat,,,setiap org mesti ada kisah dan insiden yg memang payah nak lupa. Ni baghu sikit kan..mungkin banyak lagi, aku tahu.Yang lain2..simpan la untuk renungan diri. sama la macam aku..Banyak perkara kita lalui tak semua kita boleh share...

shifu67:
sekolah aku fom 1 sampai form 3..kat izzuddin la..suasana sama ja le...pandai isap 'peng' dah walaupun baghu form 1..ha ha ha.

Ciklah:
Nama nama cikgu hang sebut mmg zaman aku..cuma hang tertinggai nama cikgu shahidan..ha ha ha..(aku ingat sampai mati)
pakcik khir?..alahai..pakcik driver bas izzuddin tu..slalu bawak kami pi lawan bola...jgn tak tahu batch aku masa form 2 champ perak piala coca cola..

sama dengan bahrain..sepupu kak hida (ashley)..
ystz abdullah?..pernah rotan aku kat belakang..berbirat siyut..sebab lambat turun maghrib..Bukan sebab lambat..training bola dengan cikgu taridi la..dia lepas lewat..ha ha ha.

(terlanjur hang sebut nama cikgu cikgu kita dulu..aku susun la..kut kut hang ingat lagi..)
bg.lokman mesti ingat depa2 nih..

En.YB:
huih!..gila punya sadis hukuman tu..sakit wei..

tasik:
Hang bijak..tapi saja buat mengong!..rock la konon..ha ha ha
(dah besaq matrik kena rotan?..biasa la..aku masa form six kena rotan jugak!)

angah:
Ya ker/..ada jugak cikgu lagu tu no?...

kak hida:
Waduh..komen terpanjang nih..he he he..Betui la..malu jugak kalu kena drop cam gitu...Kita pun ada maruah juagk kan..
sebab tu aku skang takut..bila dulu dulu masa ngajaq...terbuat jugak macam cikgu-cikgu kita dulu...
LEMPANG!...boleh kut skit2..tapi jgn depan kawan kawan kan..

(Tanya bahrain...macam mana kami dulu..he he he)

Iina:
betui cikgu...hang pun ada jugak insiden no?..:)

...kekadang kita macam nak balas balik ja kan...he he he..Kut anak didik kita ntah ntah ada yg rasa macam tu jugak ke, kat kita..Ntah la.

Cikgu Kool said...

Deen...amboi..TAG berilmiah nih! Tak dapat nak pikiaq tekejut tegempaq nih!

Unknown said...

Aku pemecah tradisi kena tangkap hisap rokok kat izzuddin.... maklumlah baru tingkatan 1.... bebudak ting 4 & 5 semuanya sakit hati (padahal diorang semua pin hisap rokok termasuk la pengawas yg tangkap aku mlm tu... hahaha)... sebulan aku kena penampar kat bilik diorang tiap-tiap mlm (yg ni tak ramai yg tau)... tapi aku tak pernah cakap kat sesiapa pun pasal tu.. dan akhirnya aku berjaya menjadi pembekal rokok kat budak2 tingkatan 5, kerana aku boleh beli dari pakcik kantin... tiap2 malam (yg ni pun ramai tak tau)

Lukman... ko tau dak pasal ni.... hehehe

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden dan Cikgu Saifu dan Cikgu CkLah

Saya budak contoh dari Darjah 1 sampai darjah 6, dari Tkt 1 hingga Tkt 5, dari UM (Asasi), ITM, USM (Pemulihan), USM (Engr), UM (Master) tak pernah buat apa-apa silap dan salah. Pasai byk IPTA tu sbb saya suka keluar-masuk IPTA (hobi mcm suka mkn-mkn tapi anak dan isteri hanya satu shj.).

Semmgnya saya budak contoh dan tiada yg tidak contoh dari kecil hingga besar.

Saya tidak pernah kena marah mahupun kena rotan atau denda/deraan dan sebagainya dari guru-guru yang mengajar saya. Guru-guru yang mengajar saya pula adalah semuanya guru-guru contoh.

Sekian dari blogger contoh yang tidak pernah marah, merunggut, memaki dan yang sewaktu dengannya.

Lukmanw
(Bermimpikah aku..................)

ceri masam said...

kena tag ke nih?
hehehe

Anonymous said...

hah ..cikgooo kena hati2 tu ... ni bila nak jamming ni?

azza_irah said...

kena penampar sulung ngn cikgu salmah kat kelas 2 kuning SK Sri Kg Tengah Kluang, Johor sebab tak hapal sifir lapan. sipir sembilan leh guna jari sipir lapan tak reti, sudahnya bengang rs tinge ni wl ditampar di pp...kesan yang cukup dlam sebab masa tu baru darjah 2 8 tahun..smpai skrg masih ingt, bukan dendam bukan geram tapi berbaloi ke begitu...jd pengajaran utk diri sndiri bila dh jadi guru..wl pun budak, ingtan tu kekal smpai kini.

warden garang giler kat SMTT Tganu, demam nak bgtau warden taknak g prep tak brani. sudahnya menyorok dlm locker waktu prep malam, esoknya masuk ward sb demam panas.
moralnya: cikgu takleh terlalu garang smpai budak takut. pelajar pun jgn pk ckgu takde hati perut demam pun suh masuk kelas...huhuu..

Whitetulip Tales said...

wah..cam sedey plak aku baca. Soalan cepu emas aku, "Ko nakal banget ker dolu2..??". Hihi...aku rasa, skang nih ko bley p jumpa balik cikgu yg benci sangat kat ko tuh..pastu, ko cakap ah kat dia balik.."Ni, camne leh terlepas balik nih, kena jaga betoi2 nih!". Amacam, aku nakal ker..jahat ah??kehkeh!