Jom...

Monday, November 24, 2008

Cuti cuti Malaysia, Jalan-Jalan… Cari Hujan…satu catatan ringkas-Part I


Cam best kan tajuk n3 nih..ha ha ha.

Aku diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan daripada beberapa orang sahabat. Tak berjalan ka cuti-cuti ni?...Sekarang kan cuti sekolah. Bila cuti sekolah, secara automatik, cikgu pun cuti jugak. Ni nak bagi tahu la…kat korang, jangan korang bagitahu kat orang lain pulak. Minggu lepas aku bawak anak bini aku jalan-jalan gi Terenganu…hi hii.

‘Apa ke jadah hang pi sana musim-musim hujan ni?.’..tanya kawan aku bila diberitahu yg aku nak ke pantai timur. Tak kira la musim hujan ka, ribut ka..dah aku kata nak pegi, aku pegi ja. Sebabnya aku dah kesuntukan masa nak bawak anak bini aku jalan-jalan. Dan dalam pala hotak aku, tadak tempat len dah…hanya Kuala terengganau saja yang terlintas. Kat sana lah nanti, aku akan berfoya-foya bersama anak bini aku.

Lepas ni, bermula minggu depan, aku dah tak berkesempatan lagi berfoya-foya. Hidup aku dah di SKIMA kan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dua minggu aku terkurung dan dipaksa mengadap kertas jawapan budak-budak sekolah tingkatan 5.

Dan, pada masa yang sama aku kena siapkan hal-hal urusan tak gi keje, tapi dapat gaji aku yg nak mula tahun depan..Perkara ni pun buat aku jadi kelam kabut jugak. Sebab tu, sebelum hidup aku jadi bertambah kelam kabut tak ketahuan, aku nak berfoya-foya dulu ngan anak bini aku..ha ha ha.

Dah lama aku plan nak pegi sana. Kebetulan kawan aku masa belajaq dulu ada kat sana. Dua orang. Sorang kurus sikit dan sorang lagi tak berapa nak kurus.. Sama kamsis suatu masa dulu. Sama-sama masuk dan sama sama keluar. Belajar sama fakulti dan sama jabatan. Sama jadual sama kelas. Sama buku dan sama meniru semasa buat esssei..ha ha ha.

Ajis gampang, nua salleh ...ada sorang lagi..tgh kontek.(takleh mai.Outstation pulak)

Semua sama, pendek kata. Dan, semasa disana aku jumpa dorang. Dan, pastinya semua cerita-cerita lama, direfresh semula. Malam tu kami sembang pung pang pung pang sampai pukul berapa aku tak ingat dah. Sedar-sedar, aney..tu dah susun kerusi.

Apasal?..kedai mau tutup la..Macam-macam cerita lama terkeluar…pasal kawan-kawan lama. Dan penuh la edisi umpat mengumpat.. ha ha ha(apa ingat orang laki tak mengumpat ka?.)Yang mana kisah dan cerita yang tak berapa nak ingat akan di restart balik, macam Komputer aku nih…asal aku YM ja ngan sahabat aku yang sorang ni,..asyik dc ja. Pastu kena restart semula dan kena sign–in lain..he he he.

Ni pasal kawan lama aku....pasal trip aku ngan family..nanti la aku boh. Bila gila rajin aku datang. Sekarang ni aku masih letih kesan daripada aktiviti berfoya-foya. Takdak mood nak tulis pasal jalan-jalan tu..ha ha ha

12 comments:

lupekanje said...

tak gi keje, tapi dapat gaji;)
Sedap jer bunyiknya kann...acik pung nak gak centuh....uwaaaaaaaaaaahh..

azza_irah said...

hekkk.....kat jari tuh tak lepas berasap..atut aney tu cas pencemaran udara kat kedai dia..

harap rajin la sokmo apdet...ambe nok bace..

KTS said...

aku dah agak, org laki klu ngumpat lagi dasat.... :P

korang tak ukur ke pinggang sapa yg cepat berkembang??? tak pun rambut sapa makin gondol??

ngeh ngeh ngeh...

julietchun said...

Aney kedai tuh musti bengang giler sebab hangpa minum teh secawan je tapi dok sembang berjam2.

ladylikeme said...

salam cikgo...
ooo nak berfoya-foya ker....i tunggu cikgu kat spital taiping bawa ayam percik tau....

Tijah said...

lawa la katun2 tu. kok sonang2 tu cer katun'an skali muko tijah nih...hahahah

tasekM said...

buruk la rupa org laki ngumpat nih.... ha ha.

Mak Su said...

best ker jalan2 cari hujan?

ckLah @xiiinam said...

ckg marking pper ape? Paper ckLah dah start dah...blum smpt 'bercuti!'....

Cikgooden said...

acik:
ya la...best...btw, nak tanya acik pasal 'perkara tu'...camna la nak kontek acik?

azza:
kalu rajing la...he he he

kutaksempurna:
dah sukat dah...aku menang!

Julietchun:
dia okey..he he he.

angah:
waaaa..mak labu mai dah!..baby sihat?

Tijah lawa:
kalu dah kartunkan tak lawa dah la...

TasikMerah:
Buruk lagi org pompuan.hi hi hi.

maksu:
Besssssssst...

CKlah:
ya..hang pun diskimakan oleh LPM jugak?....ha ha ha...

lupekanje said...

contact la penyelenggara program tuh..- untuk Mster.
cik sahida -88847588
atau pembantu lelain,
en. zuraidi - 7129
Pn. Ct Aishah Majid - err..tk ingat la nombor dia.. 7116 kot..cuba call org sebelah dia.. 7004
atau acik - 7650
tapi acik tk tau sgt pogrem tuh..sbb acik uruskan pogrem CB yg lain...

Yunus Badawi said...

Kat KT pun ada kedai aney ke? Dah lama tak ke sana dah ketinggalan zaman saya ni.
psst - tahniah kerana cikgoo berjaya menewaskan rakan2 lain dari segi ukuran pinggang he he he