Jom...

Friday, November 28, 2008

Aku dah khatam Ilmu Ghaib…

Pagi jumaat sampai satu surat. Dah lama aku nanti surat ni. Penantian ni membuatkan aku jadi serabut, kalut dan sedikit kucar kacir. Tapi bila dah dapat…lega satu hal. Hal-hal lain pulak yang menyusul. Banyak perkara nak aku buat dalam bulan ni…semua nya nak diselllllllesaikan, sedas sekali ruuuuup…

Jadi, dalam bulan ni lah aku nak praktikkan ilmu ghaib yang aku dah khatam. Nak ghaib sekejap dari blog aku ni…

Minggu depan dah aku dighaibkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Aku hilang dalam skima aku…sama la macam cklah tu…tapi dia dah habis…seronok la hang!. Edah yang diberi pada aku hanya tiga minggu…start 4/12/2008 hinggalah 29/12/2008. Dalam edah ini jugalah aku kena siap macam-macam..

Nak ke JPN pasal Cuti belajar….ke Putrajaya pasal biasiswa, ke UKM pasal pendaftaran, penginapan…..Waaaaaaaa…( keras kejung atas keta napak gayanya aku nih..ha ha ha)

Moga Tuhan bagi kekuatan tahan bijik mata daripada tidur pada aku. Dan, Aku tak boleh merungut sebenarnya. Semua ini aku yang cari sendiri. Takde siapa yang letak pisau kat tengkuk aku, paksa buat semua perkara ni. Cuma, teringat kata kawan aku dulu,..No pain No Gain…dan, sekarang aku dah tak boleh Gostan dah. Jalan aku one way. nak tak nak, kena hadapi jugak.

Moga orang sebelah aku faham dan menyokong aku….Dan, nasib baik juga aku sempat bawak dorang berfoya-foya dah. lepas ni kalu aku ghaib pun, macam tahun-tahun lepas…tak la terasa sangat…
Ni la surat yang kawe dok khoba ke deme....


34 comments:

azza_irah said...

tahniah..
tu la surat nyo deh...
kawe tengok doh dale blog azlan..
mogo demo berjayo..kuat di luar jugok kuat di dale..
kawe doa hok terbaik utk demo..
jange ketar2...

Mak Su said...

oh, masuk sekolah balik?

semoga berjaya ya :)

ASH said...

Semoga siksasss.
oooppss sukses!

Bagus la dah nak sambung lagi belajor...
Welkam to bangi, bandar ilmu!!waaahh..

ZulDeanz said...

ooOOO.... cikgu lepas belajar la pulak!!

Unknown said...

Tu laaaa...dah tumbuh uban baru nak sambung mengaji, tekoo hari tu tak seii, pah tu tepaksa la tinggal 'ibu' kat umahh!...... (huhuhu... jeritan seorang 'bapa' yg ditinggalkan oleh 'ibu' kes sambung mengaji.... pstt... mlm ni mem besor balik cuti sampai 1 hb... hehehe)

if only... said...

tahniahhhhhhhhh

julietchun said...

Minumlah kopi cap kapal api, musti takleh tutup mata. Nak skolah balik nih suma dah beli ka?

KTS said...

hahahahhaha...
kompem keras kejung cikgoo.... musim2 ujan ni, jalan sangat la jeeeemmmmm...

ckLah @xiiinam said...

Waaa...bakal sarjana Sejarah ghopenye.....tipah cemburu!!!!!

'Belajar rajin-rajin ye'

Cikgu Kool said...

Tahniah...jeles...bila borang pengambilan tahun depan nak keluaq? Aku nak jugak!

iina said...

selamat memasuki arena yang bakal menensenkan diri.. pening2 guling2 tak cukup tidur.. tidur pun asyik mimpi bukan2.. dan segala-galanya.. welkam to the klub pal.. heheheh..

selamat menjejakkan kaki ke menara gading semula.. kali nie menambah gading yang telah sedia ada.. gading yang dulu kena gilap balik tau..semua tu kena guna semula skrg nie.. hehehehe..

Yunus Badawi said...

Sunyilah kami masa cikgooden dlm edah. Cubalah tiru cara ckLah - dlm kuarantin pun masih boleh ngeblog. Nak hilangkan bosan kata dia he he he

Unknown said...

camtuhlah daku rasa masa dpt surat offer tuh dolu.. cam nak lompat2.. heheheh

Nad Eusoff said...

ihik..dighaibkan ye?
dasat sungguh..

Unknown said...

bagus nih cikgu. dah ada ilmu ghaib, lepas ni kot boleh ada ilmu lompat pucuk ke pucuk pokok nyior

lupekanje said...

baguih...n tahniah...terus maju dan bejuang hingga habih cuti bajar tuh...jgn biasiswa abih, bajar tk gak abih2....heheh..selamat berjaya.

Tokyo BLUE said...

mung hebat! hehe

Sri Diah said...

Wah cikgu, memang bagus sebab ada niat nak belajar balik... Tahniah dan selamat menyibukkan diri... Tentang orang sebelah tu, biasalah... pandai-pandailah pujuk :-)

Ungku Nor said...

saya sokong cikguuuuu!!

hehehe..tetibe jek ;p

Kaktiny said...

selamat menempuh STATISTIK yer cikgooden.. kahkahkah...

alah.. UKM jer.. sebelah jer kita..

bile free lah roger2.. tiny banjer cikgooden kat Johhny's alamanda... (john, JOHNNY, jonathan.. tara ram pam pam pam pam..) kahkahkah..

org sebelah mesti sokong punyer.. ini kan utk mereka jugak.. (cikgooden tu yang kena sentiasa ingat diorang.. sbb cikgu yang ghaib.. bukan diorang.. kehkehkeh)

ceri masam said...

sukseeeessss!!!

ladylikeme said...

saper kata oneway xbleh gostan...bleh la cikgoo..cuba try test dulu la...anyway semoga berjaya...

raiHan KauThar said...

Tahniah cikgu dan selamat ghaib....

lukmanw@gmail.com said...

Tahniah Cikgodeen

Mu lawat dah laman ni

http://s1.zetaboards.com/Batu_Kurau/

Lukman

Gee said...

elow sigu...p blog sa ye...sa ada tag utk ko jawab ne..hehe

suara said...

Salam cikgu...
Alhamdulillah...
dan InsyaAllah, moga Allah permudahkan laluan pengajian cikgu nanti.

tasekM said...

dah dok kelumpo esok bulih pegi MASKARA ye yob... :)



.

tasekM said...

cekgu, aku curik gambo MC tu bulih tak?

ha ha.

arsaili said...

salam eid ul adha..hidup ini penuh pengorbanan..semoga di permudahkan oleh Nya

arsaili said...

opss lupa..tahniah..selamat kembali ke Uni with all the best...historian rupanya cikgu ni

13may said...

salam aidiladha :)

Abang Long said...

Ini yang dikatakan - belajar sampai mati. Pandai-Bijak-Cerdik.

ALAF21FC said...

Salam hormat. Maaf, iklan sikit. Jom sertai kuiz novel. TERIMA KASIH.

Whitetulip Tales said...

Tahniah teman

Aku bangga ko semakin berjaya. Biar penat tapi, yang penting hasilnya yang dinikmati..cam pokok buah ah..nak tanam, siram, tapi bila dah berbuah...memang manissss..ko sorang jer yang tau..k, selamat berjaya ke puncak jaya.