Jom...

Friday, October 31, 2008

Minggu Letih Sampai Ternganga

Pergghhh...Jika dilihat pada tajuk, boleh pengsan. Minggu ni aku kepenatan. Keletihan. Kebengangan. Dan, rasa seperti nak bunuh orang. mana tidak, segala kerja mari sedas, sekali Rup. Semua nak suruh siap jam tu jugak.

Wey, mamalia berkaki dua yang makan nasik dengan tangan. Aku juga seperti kamu, punya tangan dua. Aku tiada kuasa superman, nak hantam semua kerja siap dalam satu masa.

Sungguh aku tak larat. Kudrat yang ada pun berbaki sedikit. Aku dah reserve kan untuk aku buat kerja malam bersama Is3 aku. Untuk program budak2 form 3, aku terlibat dengan program RIMUP (rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan). Jika di lihat pada nama program, Fuh!...murni dan mulia hasratnya.

Suatu rancangan yang diprogramkan oleh kementerian bagi mengukuhkan lagi perpaduan rakyat Malaysia. Begitulah kononnya. Sebab tu, peserta yang terpilih untuk mengikuti program ni, terdiri daripada berbilang bangsa.Baru ada integrasi. Dan, program ni pulak dibuat secara bersama dengan beberapa sekolah yang berhampiran.

Oleh kerana,kawasan sekolah aku hanya ada tiga saja yang berjiran, maka, program ni hanya untuk tiga buah sekolah saja. Ni gamba masa buat Sukaneka..



yang best masa ni..time main bola dalam guni. Aku suka betul.Tumpang gelak sama budak-budak. Game ni aku rasa kalau Ronaldo ka Rooney pun angkat tangan, serender. Bayangkan, dengan terkurung dalam guni macam mana nak sepak bola, nak lari..ha ha ha. Bukan niat nak mendera budak. Saja nak bikin fun-fun la...

Tu masa aku bawak budak program RIMUP. Tinggal sekolah lagi. Bila dah tinggal, maka kerja kerja kat sekolah dah tertangguh. Esoknya, aku berjumpa la dengan kerja2 yang mari macam2. semua nak segera. Hingga aku hampir2 terlupa birthday adik. Ni gambar masa potong kek untuk birthday dia. sebab takut dia kecik ati, kami buat jugak la walaupun terlajak tarikh dia.. Beli kek sebijik. Mak dia beli baju sorang sepasang. kakak pun dapat jugak. Aku janji nak bagi basikal. Jam tu jugak aku bawak dia pegi beli. nah kau. Suka la dia tu...[suka anak, suka la aku...]

Sebelum ni aku bawak pi tengok wayang. High School Musical. wa cakap lu...Aku tak pasti, faham ke tidak anak2 aku jalan cerita ni. Cuma yang pasti dorang suka. nak nak step nari-nari tu.


Ni lagi satu....game voleyball. latihan pusat 3 hari. latihan pusat main bola tampar tau..bukan latihan pusat aku. PSKPP. Dah lama tak joint. Tiba-tiba tahun ni rasa nak join. Mungkin tahun last aku. Tahun depan dah tak boleh nak join. habis study dah masuk era veteran pulak. jadi aku nak tinggalkan kenangan dalam tahun 2008 dengan penuh bergaya, mungkin.

Hari ni game...start jam 4. sabtu ada game...Jika menang..terus sambung ahad. Jika kalah, kau balik hari tu jugak. Dan, aku pasti, Aku akan balik hari sabtu...ha ha. Untuk Final, aku dah wakilkan daerah lain untuk main. For team, mintak maaf jika aku tulis macam ni. naluri aku berkata-kata. Itu la kesudahan team kita!

Dalam minggu ni jugak aku dah Declare!...Fuh.
Banyak lagi yang aku nak taip ni sebenaqnya...Aku letih! Memori aku dah tinggal 256...sebelum ni 4 Gig...banyak yang aku dah lupa..he he he.Nanti bila dah upgrade...aku tulis lagi...

20 comments:

azza_irah said...

hahaaa..akhirnya..setelah ternganga..siap gak entry nih..tahniah2...dlm sebuk2 duk blatih wat itu ini pun smpat gak nganga...

msti sronok adik dpt beskal kan cikgu..movie tu biar pun dia tak paham..tapi lihat senyuman dia tu kita tahu yg dia hepyy...
itu lah jiwa anak2..

Ungku Nor said...

cikgu..lenkali amek memori yang 120Gig paling kurang..hehehe

en_me said...

tulis jgn tak tulisss.. keep it up cekgu itteww

raiHan KauThar said...

perghh..tenganga punya letih cikgu deng ooo...macan2 hanDas... aktif sunggoh cikgu kita nii...
neway..epi belatad besDay kat ur lil princess tu :)

ckLah @xiiinam said...

Program Lepas PMR..
Semalam slot ckLah ialah sprt berikut:-
Perkara: Menayangkan Filem Sejarah
Masa: 7.45-10.30
Tindakan: Ketua Panitia Sejarah
Tempat: Auditorium



ckLah tayang klip temubual dengan Tunku 30 minit. (Bebudak gelisah...tapi terpaksa tengok sebab "hormat" kat cikgunya) Masa Selebihnya....layan High School Musical Camp Rock!!! Betul-betul RIMUP!Tunggu je sound dari PK kerana telah mengubah bilik audi jadi pawagam!

Cikgu Kool said...

Deen...pusat hang merah dah ka...teruk kena latihan pusat..mau lebam pusat tuh!

tasekM said...

kerja malam? amende tu cekgu?

ha ha.

ZulDeanz said...

Lari dalam guni? masa sekolah dulu aku pemenang lari dalam guni rumah merah hahhahah...

Yunus Badawi said...

cikgooden,
nasib main bola dalam guni. Lain kali bagi depa main volleyball dalam guni. Tentu ramai yg bengkak2 sbb jatuh tergolek.

Tiniedia said...

Cikgooden,

Macih lah lawat blog hambo tue..well, tak penah tgk pun en cikgu..satu kapong ka kita? And you have a nice family too..Happy Birthday to ur lovely and the cutest daughter..

Kaktiny said...

pi tambah Gig.. nak pinjam hard disk?.. otak calculate tiny kosong start ahad - lepas abis exam statistik... hahahahhahah (apa yang aku merepek ni hah?.. ni gara2 byk "baca" statistik kot.. tulun tulun...

KTS said...

uihhhh... best tu main bola dlm guni... idea sapa la tu agaknya??? :D

Nisyah said...

goodluck cikgu for this saturday game....aik takan awal2 lagi da nak kalah...semangat cikgu semangat !!! ihihih

azza_irah said...

menang ke kalah cikgu kita ni ekk..eheheh..balik ahad paham la ya..

azlishukri said...

teringat waktu sekolah dulu. salam singgah.

artsoul said...

hahhaa,ok p rest dulu,nnti smbg...

nak try la main sepak bola tu,cam fun je..hahaha

Nad Eusoff said...

hikhik
taun lepas taim sekolah pon ada menatang RIMUP nih..
huhu

Unknown said...

hardisk ko bukannye bekurang tu.... ada karat je sikit... defrag je!

ceklala said...

letih sungguh noo!!

Cikgooden said...

azza:
hah...seronok la dia..
wei..aku kalah gergaya dengan teruk sekali..ha ha ha.

ungku:
Aku cadang nak guna external punya..okey? sapa2 nak jual otak?.aku nak beli.

en_me:
ya akan tatap ku tulis aaaa.

Yong:
letih lei..aku handas macan2 lo nih..ha ha ha.

CkLah:
Program lepas PMR pun aku tak tergelut la..nasib bek ada kawan2 cover. minggu depan nak buat game apa ntah kat dorang.

daddy cool:
ya lebam pusat. Pa pa hal pun team aku hentam kinta selatan. ha ha ha.

Tasik merah:
amboih haih..hang ni buat2 tak tahu pulak dah...

zuldeanz:
enjoy pa main bola jenis tu..

enYB:
ha ha ha...tak pernah terai lagi..

tiniedia:
sama sama...yong lei dok cerita pasey mu.ha ha ha.Cikgu Azman nak jupa mu.

Kaktiny:
peghh..suka la dah habis exam...buleh lompat sapai ke langit.

kutaksempurna:
hang terai main..syokkk woo.

nen:
semangat mantap...main cam palat.

Azli:
sila sila..mai singgah..kopi buat sendiri..ha ha ha

artsoul:
bak terai main..mai sini aku ajaq hang...

Nad:
natang RIMUP start 2005..hang dok sekolah lagi ka?..

shifu:
Betui la..dah karat. nak guna external nyer..sapa ada otak lebih. nak pinjam..ha ha ha

cek lala:
sungguh haih...