Jom...

Wednesday, October 29, 2008

Harga minimum rokok akan ditetapkan
29/10/2008 3:31pm


PUTRAJAYA 29 Okt. — Harga minimum rokok di pasaran tempatan mungkin akan ditetapkan kepada RM6 sekotak, atau pada kiraan tidak kurang 30 sen bagi setiap batang rokok, menjelang akhir tahun ini, sebagai satu lagi usaha kerajaan mengawal gejala merokok terutama di kalangan remaja.

Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kementerian itu kini dalam peringkat akhir menyiapkan draf Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Kawalan Penjualan Hasil Tembakau) 2008, yang akan menyaksikan penetapan harga minimum bagi semua rokok yang dijual di pasaran tempatan, dan perkara itu telahpun dibincang dan dipersetujui oleh semua pihak termasuk pihak industri dan mesyuarat Jemaah Menteri 17 Sept lalu.

“Menurut hasil kajian Bank Dunia, cukai tembakau dan harga rokok di pasaran merupakan strategi paling utama dan amat berkesan sekali dalam usaha mengawal penggunaan tembakau, khususnya bagi generasi muda, iaitu kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.

“Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan kepada risiko penyalahgunaan dadah, kerajaan amat komited untuk melindungi generasi muda dengan mengurangkan kemudahdapatan rokok oleh golongan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

* handas gi lei kok mana pong-[kata kawan aku-seorang perokok tegar]

* Aku suka ayat nak menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja..ha ha ha. Kalu nak jaga, baik toksah jual terus.


17 comments:

Cikgu Kool said...

Yaaa....betui! aku sokong...senang aku nak berenti nanti! Ni dok juai jugak, aku pi kedai, dok tayang jugak....mana tahan!

Anonymous said...

ingatkan aku masuk utusan online tadi. hehe..

azza_irah said...

huhuu cikguu...
smlm smbil tenet smbil duk fuhh fuhh berasap tuhhh..huhuuu..

Ungku Nor said...

cikguuuuuu..
hari ni dah wasap ke belum?

*soklan takde makne je ni, saje nak mengisi masa lapang ;p*

Unknown said...

emmmm.... aku tak tau la pulak pasal ni, pasal aku hisap rokok 'hand made' + air liur sikit. Rokok je yg naik harga, tembakau dakkkkk, minggu ni beli perasa vanilla, minggu depan wildberry... ikut suka. Esok2 kalau tembakau pun naik rege aku hisap rokok daun nipah je laaa

raiHan KauThar said...

seb bek amba ni tak isat okok..kalu dak..mapuh gak lae.....kita isat exos mutu la kok pah niii dih

en_me said...

me tak isap rokok larrr fulakkks.. ahaks

blackpurple @ jowopinter said...

Maknanya kalau orang tua-tua tak apa eh...

He he he!

tasekM said...

darling aku tu ntah bila la dia nak berenti merokok... haih~




.

13may said...

pasni kita jual rokok seludup...mesti kaya :D

AL-BIMA SAKTI said...

rokok, semaksimum mana pun harganya, pasti berasap juga...

Cikgu Kool said...

Deen...my blog aku amik hadiah!

Mak Su said...

saya ikutkan saja cikgu. yang mana baik saya terima jer :) (macam kena pinang plaks haku ni)

achik said...

naik la bape mahal pun, perokok tegar tetap beli gak kan.. ;)

suara said...

Rokok tu... dugaaaaannn... cobaaaannnn... kan cikgu?

ASH said...

Taknak komen pasai rega rokok ni.

Sekadar nak menanya..apa maksud perkataan 'Handas' dalam komentar yang kawan hang bagi tu?

Kalau saya, hadas kecil, hadas besar tu, tau la..

smile

ckLah @xiiinam said...

Nak cerita ni:
Mr X tersenyum lebar memandu kereta baru yang masih berbungkus pelastik plstik kusyennya itu. Kereta itu ada tabung gas, tk payah susah2 nak isi petrol.Dalam perjalanan membawa kereta itu untuk ditunjuk kpd isteri tercinta,Mr X behenti depan kedai 7-11. Lelaki! Setelah membeli sekotak,Mr X masuk kereta semula. Mengeluarkan lighter...dan memetiknya. Tiba-tiba..."KEBABOM!"

Mr X masih di hospital. Hampir rentung.Kereta...Innalillah!

Gas bocor!

Mr X tu sedara ckLah tau.

Mesej Cerita: Ghentilah merokok!