Jom...

Wednesday, September 10, 2008

SketTot #3

maaf, ini bukan n3 SkekTot. N3 SkekTot aku saved as draft je dulu. Akan di publish seperti yang dijadualkan. Ini N3 jiwa kacau tak ketahuan. Jiwa gundah gulana tak memasal, kawan aku cakap.

Semalam, ada kawan send emey pada aku. Suruh aku senyum sorang sorang. Buat hiburan di kala menjalani ibadah puasa. Cukup skima ayat dia. Macam tahu tahu saja, aku sekarang ni dalam situasi jiwa kacau.

Aku baca apa yang dihantar tu. Tak rasa nak senyum pun. Entahlah... susah sangat nak senyum sekarang nih. Gelak ketawa jauh sekali la... rasa macam dah keras otot-otot di muka aku ni. Agak sukar nak menarik hujung bibir keatas menghala ke telinga. Dua tiga hari ni, jiwa jadi kacau. Aku terlalu memikirkan beberapa perkara yang aku sendiri tak berapa pasti, betul ke tak apa yang aku buat.

Aku tak mahu jadi hipokrit. Ada masa kita terlayan jugak Blues, tidak kira kita ni masih remaja, muda atau pun dah tua. Tidak kira kita tinggal di kampung atau pekan, di bandar atau desa, di kota kosmopolitan atau duduk dekat-dekat dengan hutan. Tak kira la Blues ka, reggae ka, Ronggeng ka...kita manusia. Pengalaman dan kisah hidup kelmarin, kekadang akan datang melintas di fikiran juga. Terkenang kisah-kisah lama yang kita lalui, suka dan duka, kekadang buat jiwa kita jadi kucar-kacir. Tak payah la nak nasihat aku menggunakan ayat-ayat klise..aku tahu semua tu. Aku tahu kita di bulan Ramadhan. Kena perbanyak-banyakkan ibadah. Tak payah nak memikirkan hal-hal merepek macam ni.

Merepek ke kerepek pisang ka, aku peduli apa. Itulah...aku kata tadi, aku manusia. Yang membezakan antara manusia dengan binatang adalah akal. Dek sebab akal lah aku jadi macam ni. Kurang pasti pulak adakah pendek atau panjang akal aku ni. Tak pernah aku ukur. Kawan aku marah sebab aku terlalu banyak memikirkan benda-benda yang tak ada kena mengena dengan aku. (Aku manusia...Akal aku kekadang pendek untuk menilai mana yang sepatutnya dan mana yang tak patut aku buat dan fikirkan... salahkah aku?...salahkah?.)

Sekian, Ayat Blues aku...Jika korang tak mahu baca..sila ke bahagian atas ruang sebelah kanan atas, sila klik di kotak kecik yang bertanda (X). Jika dah terbaca, sila abaikan arahan ini, ok!.

korang boleh tak senyum kalau baca cerita ni... Cerita daripada emey kawan aku.


Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika berada di tanah suci. Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".( bila masa Pak Arab pandai cakap melayu hah!...kita tolak tepi kesahihan cerita...layannnnz jer)

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan.

Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras. Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.

Dalam cemas, dia segera teringat pesan Pak Arab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.

Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung. Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."
Apa berlaku lepas tu?....dia tak tulis dalam emey dia. Dia suruh aku bayangkan...
(tengah bayangkan niii....)


Cikgooden: Sesekali terlayan Blues....best jugak ye. Teringat lagu dulu-dulu...Still got the Blues.
Serunai faqir, hang tolong cari lagu ni, guna serunai....kala bersua nanti ,boleh jamming lagu ni, henjut guna gendang ngan gong. agak2 masuk tak?...

30 comments:

13may said...

*tak senyum*

control control....

Ungku Nor said...

kesian kat Wak tu.

pak arab tu la punya salah. ajor unta tu dengan ayat command yang tak sepatutnya..ehehehe

KTS said...

tahukah anda, ramai kaum lelaki yg menghuni hospital sakit jiwa???

kenapa???

kerana mereka tidak mahu berkongsi masalah yg mereka ada?? mereka lebih suka memendam rasa..

berbeza dgn kaum wanita yg lebih mudah mencurah segalanya..

ANDA BAGAIMANA???

ihihihihi... :D

p/s: Still Got the Blues tu faveret song aku... huhuhuhuhu....

julietchun said...

Mungkin cikgu terlalu memikirkan permintaaan anak ari tu:D Sy tak sym tapi terbahak2 je.

Cikgooden said...

13may:
ok, kita geng!

ungku Nor:
tu la...kan. patut camna ayat command dia?

ku tak sempurna:
Aku ada masalah nak dikongsi, tapi ada kah org nak berkongsi dengan aku?

Julietchun:
tu pasal len..ni pasal len..

KTS said...

tak cuba, mana nak tau.. cuba bg tau apa masalahnya... ramai lg di luar yg baik2 spt aku ni :D

ehehehe... cita2 aku dulu nak jd pkr kaunseling, tp menyimpang ke lain.. tp naluri kaunselor tu tak subur dlm diri aku... :D

azza_irah said...

ekekkee..sengeh2 tak senyum...

kuis2 bende itam tu tak jalan gak eekk...guna clorox la cikgu...

nak tolong bg lagi kacau jiwa cikgu leh..

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum cikgooden :)

Tumpang lalu ye.

Anonymous said...

aku tengah senyum baca n3 ko ini.

tasekM said...

aku senyum... aku senyum... he he...

cekgu, aku ini teman ketawa dan duka juga.

Unknown said...

Salam....

Apa hal gundah gulana ni... 'bini pergi kursus' ke

hari ni aku berjaya dengan bersusah payahnya mengentry dlm blog menumpang line schoolnet... bukan apa... takut ranking blog kawe jatuh

Nazali Noor said...

Cikgoo

Hahahaha..hang ni..mcm2 noo..Blues ka? Layan jaaa...pedulik kat depa nak kata apa....hahahahaha

if only... said...

ada ketika Bono memikirkan ana92..begitu juga sebaliknya

Mak Su said...

wak jugaklah yang terkena

Sya said...

Senyum jugak baca citer pasal Wak tu.. tengah fikir Wak tu senyum tak masa sebut Alhamdullilah terakhir tu

Cikgooden said...

ku taksempurna:
takpe....tak payah susah2..takde kena mengena kan...

azza:
tq...aku tahu kau cuba..

puteri ezza:
lalu....buat macam blog hang jugak...

Penyubiru:
kalau boleh senyum..senyumlah dipersilakan bro!..

tasik merah:
terimakasih....hang kawan aku noo!

shifu:
schoolnet cam saka!...

nazali noor:
layanz jerrr.

if only:
ada ketika ana92 memikirkan bono....begitu juga sebaliknya.

maksu:
wak okey!...

Sya:
agak2 dia senyum tak?

ladylikeme said...

xtahu nak senyum ker nak wat per...
asyik teringat ayam percik taiping jek...huhuhuhuh

nordee said...

setuju dengan ungku nor...ajor le command lain kot ye pon..

kamar hati said...

macam2....ish ish ish...

iina said...

cikgu biasalah lumrah kena timing layan blues layan syahdu memang sapa pun xleh kata apa.. hanya diri sendiri je yg tau.. elok ler dicerita ceriti pada yg boleh memahami.. bg lepas apa yg terbuku tu.. jgn simpan pendam lama2 nanti jd dangdut idak pun heavy metal lgik payah

Unknown said...

hahaha.. serius lawak!! [eh.. over sgt ke aku gelak?]

theorangelily said...

mcm pernah bace aje...kat mastika erk..hehe

Cikgooden said...

ladylike aka angah:
hang kira makan ja noo...ayam percik kat taiping ada dekat 10 yang best2..

nordee:
tu wak mamai tu...galak sangat!

kamarhati:
tak payah nak heran...biasa la..

iina"
hanya yg tahu saja boleh memahami .

kelambu:
serius kan...layannnn ja

orangelily:
ntah...aku tak tahu mana dia klepet cerita tu...aku taip ja..

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
tak guna ada akal kalau tak 'berakal', tak gitu..?

Cikgooden said...

al-bima:
tak...

Whitetulip Tales said...

huih, first time aku p umah ko nih, aku tak senyum..aku senyum pas aku kuar dari umah ko nih, bley kan...............

ckLah @xiiinam said...

ha'ahlah...memang nampak kacau jiwamu...he...he...he...(jangan marah ye)

S.YanaZ said...

CikGooDen,
takpe...jgn rungsing...hujung September nihhh dpt ler separuh...



BONUS!
*masih tak gelak sejak dua minggu lepas*

azza_irah said...

kai kedua baca..tetap tak senyummmm....

Anonymous said...

senyum senyumlah... ahai cekmek molek hahahahaa...