Jom...

Saturday, September 13, 2008

satu ketika dulu....

Tukar kulit lagi blog aku...ha ha ha!..balei mapoh gi, kata org kariah aku!( dah jumpa balik semangat aku yang tercicir semasa merentas 'jalan kerinduan')


Masuk hari ni sudah berapa Ramadhan berlalu. Aku tak kira la. Di kala aku sedang gigih menunaikan rutin, teringat aku pada suasana berpuasa aku di zaman persekolahan. Puasa masa zaman duduk di asrama. Maklumlah, aku tinggal di asrama sejak form 1 hinggalah form 6. Jarang sangat aku dapat berpuasa di rumah, bersama-sama keluarga, terutama mak dan ayah. Kalau nak berbuka puasa dirumah, kena tunggu hari cuti. Tak pun dekat-dekat nak raya.

Pengalaman berpuasa di asrama cukup memberi kesan pada aku. Terutama masa aku form 1 hingga form 3. Sekolah aku di Ipoh. Bila dok sorang-sorang aku kerap terfikir yang diri ini dah dibuang keluarga. Memang aku tak sepatutnya berfikir macam tu. Tetapi masa tu, aku tak boleh nak berfikir macam org dewasa. Bagi aku, jika dah dihantar ke asrama, maknanya, keluarga kita tak mahu bela kita dah. Sebab tu kena duduk di asrama.

Dangkal dan bangang sungguh pemikiran aku waktu tu. Bila dikenang, rasa nak pergi ke kubur, korek dan peluk ayah . Nak mintak maaf. Namun itu cuma rasa hati aku saja. Tak mungkin dapat aku buat. Berani ke aku nak korek kubor?...

Berbuka puasa di asrama, sama saja kaedahnya berbuka kat mana-mana pun. Selalunya, jam 7 kami dah mula masuk dewan makan. Dah siap berbaju melayu. Selalunya menu berbuka posa ikut jadual . Selalunya tak sedap!...Masa tu tak kira sedap ke dak. Janji kenyang ja. Aku ada dua tiga orang geng aku, kekadang kami tak makan nasi di dewan makan. Apa kami buat?...

Kami makan kat bilik. Nasik dan lauk, kami bubuh dalam Tupperware. Masa berbuka, kami makan kuih ja. Kononnya, lepas prep malam baru la kami makan sama-sama. Ada la satu hari. Nasi dan lauk yg kami tapau tu,rasa semacam je dia punya bau. macam bau basi ja. nak makan pun dah hilang selera. Buang macam tu ja. habih!, kami nak makan apa?

Mana tahan dengan kederat kuih saja. Bila tengah malam , perut mula berbunyi. Lapar. Malam tu, sebab dah lapar sangat, aku ngan geng aku menyelinap masuk dewan makan. Oleh sebab takut orang nampak dan cam muka, kami guna samping sekolah buat tutup muka ala ala ninja. Cari apa apa yang boleh dimakan. Dah tengah malam, apa lah yang tinggal. Dah tahap kebulur, kami bedal je apa yang ada. Tahu apa yang kami makan malam tu?.

Buah tembikai cicah kicap!. Jadi la…daripada tak makan langsung. Semenjak peristiwa nasi kami basi tu, kami dah tak Tapau dah...

Teringat geng-geng lama....mana pegi korang semua hah?..manjo, Kimi, jagat, Jenggo, Botak, fathi, Kecik....Idup lagi ka korang hah!...



maaf, gambar ini takde kena mengena dengan tulisan diatas....


27 comments:

iina said...

Tembikai ngan kicap? syahdu ye.. duduk asrama mana de makan yang sedap.. semua tawar habar.. tapi pulun jelah dah lapo kan..

Nak tanya ler cikgu agak2 sok cikgu hantar anak masuk asrama tak? heheheh saje tanya

Cikgooden said...

iina
tak kut...rela aku bela depan mata sampai la depa kawin...

Abahnajwa said...

Cikgoo..

Wahh..hang dah dalam mood raya dah naa..orang dok tukaq cat rumah..hang dok tukaq design rumah ni..aku nak tengok lama mana design hak ni tahan pulak..dan tak sampai Raya Haji..kekeke..

Dok hostel kat TI okay kot no? Sebab tak sambung cerita sampai posa Tingkatan 4-5 pun?

Takpa Cikgoo..semua tu pengalaman..Kalau kawan hang hidup lagi..pi lah jenguk depa Raya ni..

Ish..sebut Raya...sedih lak aku ...

Cikgooden said...

Abahnajwa:
HA HA HA.....(aku pun tak yakin aku dapat tahan lama...)

ckLah @xiiinam said...

asrama manatu cikgu?..
ckLah pun dok asrama kat Ipoh dari f1 sampai Upper six.Sekolah perempuan kat Jalan Raja Di Hilir tu...paling adoi, waktu bersahur le..Tak boleh lupa pengat pisang becak waktu berbuka..

ASH said...

berpinau mata tengok cat baru rumah ni..nak habag bagi la cikgu deng, sekolah saya dulu makan best gak..siap ada sambal belacan lagi ngsn ulsm timun..tu waktu buka posala....

tapi

kalau waktu sahur sama jer..nak nak tme makan ikan termenung goreng yang keraih ngan kuah petrol yang cheroi meroi...tomonung gak dibuatnyer..

so time sekolah dulu aku rela skip sahur..

Cikgooden said...

ckLah:
Sekolah 'Arob'kat Tiger lane tu la...ha ha ha

Hidayah:
best kan dok asarama?..cam apa?.
Berpinau yer?..ha ha ha.

julietchun said...

Buleh cube tu resepi baru utk di hidangkan di hari ry: tembikai kicap.

nordee said...

aikh..rumah baru lagi...

pengalaman mendewasakan kita cikgooden...mcm best pulak kan tembikai ngan kicap tu

tasekM said...

budak2 asrama mmg terkenal dgn makan tembikai cicah kicap... ha ha.

lagi satu ikan jeket.

Kaktiny said...

buah tembikai cicah sambal blacan.. pehgh.. lagiii sedap tuh.. hihihihi...

amboi cikgooden.. tukar langsir, cat umah nampak... canteekk weh.. segar mata memandang...

KTS said...

suatu misteri yg belum dirungkai : Kenapa makanan di asrama tak SEDAP???

tokey kantin tolong jawab....

S.YanaZ said...

CikGooDen,
dulu gua ponn skolah E-poh dari form 1 sampai form 3...
tembikai cicah kicap campur cili terangkattt pe...

Yana Ismail said...

wah!tak pernah try..tembikai cicah kicap..hehe...

artsoul said...

hahaha...tasik merah,teringat sy masa kat asrama dulu..ikan jeket mmg famous..

rudy bluehikari said...

Ada satu malam...kawan sy lapar sgt. dlm gelap gelita selongkar dewan makan. punyalah seronok makan koko crunch...alih2 rupanya termakan makanan kucing (kat dewan makan sekolah bnyk kucing liar dibuang org jd makcik dewan makan beli makanan khas utk mereka)... tu diaa... meludah kat situ jugakkk...wakakakakakaaka....

AL-BIMA SAKTI said...

nasib baik tak cicah budu. kesian.... hehehe..

azza_irah said...

wahhh...berjaya buat sy mengimbau kenangan dedulu di asrama..masa tu ikut hati nak balik duk umah je kan...tapi skrg bila terkenang..leh senyum sensorang...indah tul zaman blaja dulu..

Ungku Nor said...

fuhhh..langsir raya..;p

Ungku Nor said...

fuhh..langsir raya ;p

ckLah @xiiinam said...

Ooooo...adik beradikle kita..Heh..he..he..,
ckLah form six kat situle...sentiasa kelaparan sebab tak pernah ke kantin. Takut kena 'urat'...budak fom 3 letak surat cinta dalam meja!!

Anonymous said...

ko nie kira kategori otai kat sekolah la masa tu.

Whitetulip Tales said...

kih!kih!itula...yang korang nak sangat tapau menapau tu apsal..hehe..skang ni kalau nampak tembikai, apa yang ada dalam kepala tu ah..........?????!!!

psstt!!tahniah ah, semangat dah pulih ka...layan blues..lagikkk..

Mak Su said...

tentu cikgooden dulu kiut ek

ladylikeme said...

tembikai ngan kicap?sedap tak(bleh cuba nie)

if only... said...

teringat pokok cili padi kat blkg hostel masa sekolah dulu..tu la pembuka selera kala lauk ala2...especially lemak cili padi..rasa lemak pun takde, rasa cili padi jauh sekali...apaaaarrraaa

Anonymous said...

pernah duduk kat asrama tak sampai 1 minggu... boring...