Jom...

Tuesday, November 25, 2008

Part II-Cuti cuti Malaysia, Jalan-Jalan… Cari Hujan…satu catatan ringkas-

Anak-anak teringin sangat nak makan angin. Kalau ikut hati, nak jugak aku bawak dorang pegi makan angin kat London. Kata orang, angin kat sana sedap dan pandai cakap omputih…kata orang la. Aku bukan orang kaya nak bawak dorang pegi sana. So, aku cakap angin kat Malaysia pun sedap jugak.

Sudahnya aku bawak dorang pegi Kuala Terengganu ja. Ha ha ha. ( angin dia sedap rupanya…sesedap kopok losong tu…). Aku start jalan pagi khamis. Ya..aku jalan dari pintu rumah aku menuju ke kereta.

Dan, aku berkereta menuju Terengganu melalui jalan Bukit Sumpitan, menuju Grik terus naik Jalan Timur barat…terejun turun sampai ke Simpang tiga last, aku lipat naik ke Kuala Terengganu dalam situasi berbasahan disimbah hujan. Haa…Ujan ja sepanjang jalan. Apa kes, pukul dua petang naik kereta kena pasang lampu?....

Dalam hati, dah terdetik sebanyak se…takkan la aku nak makan angin dalam ujan?...tak iklim la camni. Mesti rasa tak best nak berfoya-foya kalau cuaca camni. Berdoa ja supaya cuaca berubah panas skit…


Sampai, terus ja chek-in hotel…rilek kejap…malam kluar makan…Jumpa geng lama. N3 lepas aku dah bagitahu dah pasal dorang. Jadi aku skip la pasal dorang ni..Pada kawan2 lama yg terbaca n3 nih…tu la gambaq terbaru kawan2 kita ( dah berubah habis dah..yg lain aku tak tahu la camna….yg pasti…perut makin boroi dan kepala semua dah ‘bubuh’..ha ha ha.)

Jumaat tu cuaca agak best skit. Ujan dah tak berapa nak rock dah…Cuma ronggeng skit2 ja. Jadi boleh la aku bawak anak bini aku berfoya-foya..ha ha ha. Kami berfoya-foya kat Pasar kedai payang yang femes gila baban seluruh Malaysia tahu tu…

Masa tu aku fikir nak beli ja semua kain batik kat situ…lawa lawa siut. Tapi ngenangkan kalau aku beli semua, nanti dorang nak jual apa pulak kan..kan. kan.So, sebab tak nak dorang susah hati .. .(sila jangan percaya ayat takbur ni…)
aku Cuma beli beberapa helai ja baju utuk aku. Jadi la…is3 aku?...ada la beberapa yg dibelinya tu..he he he. Mak aku juga ada la beberapa yang dibeli.


Kenapa pasar payang ni cukup femes?..aku dah dengaq banyak kali dah kawan2 dok sebut..Dan, dah pergi dah beberapa kali. Benda yg dijual masih asas yang sama. Tapi kita tetap nak pergi jugak.…ntah la. Jangan tanya aku apa jawapan..Aku sendiri pun tak tahu. Asal ke K.Terengganu, situ la tempat tumpuan.

Aku suka memerhati. Gila ramai org tumpu situ. Bas rombongan banyak jugak. Masa makan pagi.. terserempak dengan grup rombongan dari Johor. Aku agak dorang dari Johor, sebab tertulis kat dinding bas tu….Kalau dorang sewa ja bas tu tak tahu la kan. Baru sampai kut…satu bas turun makan. Masing2 muka kerek ja. Pelancong la katakan..he he he.

Habis berfoya-foya kat situ, kawan aku bawak kami jalan-jalan.. Anak2 aku dah close ngan Nuar ni…Siap panggil pak ngah nua lagi..ha ha ha. Lantak korang la. Jangan panggil Hoi!.. sudah. Kemudian dibawaknya kami pusing-pusing K.Terengganu..tgk masjid Kristal..masuk muzium..gi taman tamadun islam..noor arfa…semua yg dekat2 ja dapat pegi. Jadi la…terhibur jugak dorang…




Ni mak aku. Sejak Pakwe dia arwah tahun lepas...dengan aku la selalu dia berdating...walaupun tak berapa nak larat, digagahi juga ikut aku. Aku sayang mak aku. tak gamak aku nak tinggal dia, sedangkan dalam masa yg sama aku berfoya-foya dengan family...



Selain dari suka air, kopok lekor memang feverettttttt dorang..he he he.


Suka sangat tgk laut ha...siap posing menonggeng..gaya rock metal ..ha ha ha.


dan lagi sambaq penyu dua ekoq kat bukit bunga

Tempat skima dan standard jika ikut jalan Timur Barat. Atas hentian Titiwangsa. View dari angle atas bukit. memang syahdu. masa pergi, berkabus. hujan. Masa balik, cuaca jadi kacip ngan aku. Dapat la layan dorang tgk gaung...

Sabtu aku dah balik. Kata aku pada kakak ngan adik, cukup la dua malam kita tidoq sini . Dorang ya aje…tapi dari raut muka, aku tahu dorang tak puas. Memang la, nak puas bukan senang kan. Tak semua benda yang kita buat, kita akan puas. Selagi kita ni bernama manusia, selagi tu akan ada perasaan tidak puas hati!dalam diri…Tak puas hati. Tak puas hati..tak puah..dok puah..weii aku dok puah wehh….Dok Puah…hi hi hi.

22 comments:

lupekanje said...

lenkali, ujang2 duk rumah ja...jenjalan pung dok puah la...hahah..
tapi bebalui la kang... dpt jupo saing tuh...

julietchun said...

Dari utara ke pantai timur, jauh perjalanan luas pemandangan.Poket rabak pun tak kisah kan, asal hati sng. Bulan dpn ade bunus lagik.

ladylikeme said...

amboi..cikgu..coti-coti malaysia la no....bercoti la sebelum anda dicotikan..hehehehehe

ZulDeanz said...

SEkarang dengan pesawat Air Asia dah boleh sampai London.... pesawat tambang murah....

Yunus Badawi said...

Patutlah lama tak update n3. Pegi cuti2 Msia rupanya.
N3 kali ni bestlah cikgooden pasal bagi tekanan utk saya bawak2 anak2 jalan. Tapi belum boleh jalan lagi sbb kak ngah belum habis SPM.

azza_irah said...

moga percutian ini mbawa erti yg besar sebelum langkah diteruskan utk satu fasa yg baru..
selamat maju jaya..
kuatkan semangat..mg berjaya apa yg dicitakan..

Anonymous said...

Ok bro ...tenet gua dah clear! thehehe

theorangelily said...

cikguu..bila masuk ukm?

Unknown said...

sonok la ko bercuti... aku duk keje2 je memanjang ni... huhuhu. aku baru balik ghanu minggu lepas.... hujan tak celik mata! 30 ni aku kat kuantan. 4-6 balik kg... 7 ambik mem kat usm... lepas raya kat ghanu... keje lagi... huhuhu... bila aku nak bercuti niii!

ASH said...

Amboi nu..
depa pi terengganu ghopanya...

Kaktiny said...

wah bestnyer.. kopok losong tuh..

amboi hai.. soping 'beberapa' helai... tak tahan tuh.. iyerlah sangat 'beberapa yer..'

nak jalan gak ler...

Anonymous said...

best jalan2 ganu ni banyak gak tempat menarik belh pegi...tp kalo jalan sehari tak puas kot rasenye kalau nak puas jalan la 2,3 hari..hehe

iina said...

cikgu..

wah respek ler sebab bawak awek jejalan.. malah bukan sorang je awek cikgu 4 orang lagik tu.. dari generasi tua sampailah generasi muda.. sejuk hati seorang ibu ada anak cam cikgu kan..

Teringat mak n ayah kat kg.. hajat nak bwk diorg dtg sini dah lama.. tapi saya nak dulukan mereka buat umrah.. duit dah ada hanya masa blum ada.. tapi insyallah kan kalau allah berikan peluang dan izinkan.. ;)

Brahim Nyior said...

Cikgu,

Tersentuh hati melihat keakraban ibu dan cikgu. Eloklah berbakti sementara ada. Teman ni dah tak punya mak dan ayah, menumpang pada mertua saja.

Anak-anak tak muntah di laluan Banding? Mungkin sebab dah beso, kot. Tapi kalo anak teman, huh, kena paksa tido sebab takut termun...tah.

Cikgooden said...

acik:
dok umah pong same je..ujang gok..he he he.

julietchun:
ya...rabak. Cukup rabakk..ha ha ha.

angah:
sama la...hang lagi puas. 2 bulan teruss..

Zuldeanz:
Murah pun still mahal, bro.

En YB:
Aku syor kau jgn jalan..Pegi naik keta. Minyak pun dah turun harga dah..ha ha ha.

Azza:
Terimakasih....pesanan ikhlas demo.

Serunai:
Waaa...dah setel ka/..baguhhhhh.he he he.

orangelily:
23/12 daftar...30/12 dah start kelas...(waaa...jadi student la pulak........). Aku cari kau kat sana.

shifu:
gua 4-6/12..ada kat ipoh...malam buleh mnegeteh la..

kak hida;
jalan-jalan bawak depa...tumpang seronok anak2..he he he. ( tak balik kpg ka coti2 ni?)

kaktiny:
ya la kak...'beberapa', dan 'beberabakkkk' la jugak.. ha ha ha.

Peminatjutawanmalaysia:
wau nama...nasib baik aku bkn jutawan...

iina:
laaa, baghu perasan..he he he. Aku sorang ja lelaki kan..ha ha ha...meriah dikelilingi wanita2 kesayangan..

Berahimnyior:
mak mrtua pun tak batal air sembahyang samapai akhir hayat macam mak sendiri gak..sayanglah depa...anak aku membesar dalam keta...dah biasa..ha ha ha.

ckLah @xiiinam said...

Ayahnya yang seronok lebih nampak!! He..he..he..

pssst: Soalan popular sepanjang dua minggu ni; "Aik cikgu, cuti tak jalan ke mana-mana ke?"

Ooooo...kalau cuti kena pi jalan jalan ye...best jadi cikgu kan!!

Mak Su said...

2 hari mmg tak puas :)

Tiniedia said...

wah, meriah tol cuti sekolah..gi lah London nek airasia next year..murahh tueeee..hehhehe

arsaili said...

salam...wahh bes nya ke terengganu...suka nasi dagang..selamat bercuti cuti

azza_irah said...

hoo...komen lagi lagu tuhh...nak keno sekeh..
tok payoh bahaso indah2...kawe pehe...

ceri masam said...

heheheehe!

bestnya jalan2!
tak bawak guru besar sekali lak tu!

rasa nak lempang je nunjuk gambor2 merendek!

sungguh tak iklim lah cikgu deen nih!

hummph!

(ayat2 dengki je kat atas ni yer.. :p)

nordee said...

suka saya menengokkan anak cikgooden yang posing depan laut tu..macam ahli pencak silat