Jom...

Thursday, June 30, 2011

Satu larian...

....Bikin Semua orang kelam kabut.

Korang tahu ke tak tahu ni?. Sabtu ini tanggal 2 hb Julai akan diadakan satu program besar. Sebesar cita-cita pencetusnya untuk mencatatkan diri dalam buku records of Malaysia. Penyertaan larian terbesar yang pernah diadakan.

Program 1m1s1m...atau dalam perkataan penuhnya 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..

hmmm.....korang tahu tak?. Program itu akan dilaksanakan di Taiping. Tepi tepi sekolah aku sekarang ini. Bila dah dekat, secara autonya pelajar-pelajar di sini terlibat sepenuhnya. Jangan kata pelajar, malah guru kesemuanya terlibat...

Maka, sekolah aku dan sekolah yang tepi-tepi yang lain juga akan terkena karan kelam kabut ituuuuuuuuuuuuuuuuu.......

Pandangan aku, semua ini suatu pembaziran. Bazir masa. Bazir wang. Bazir tenaga. Yang untungnya puak puak kapitalis yang hidupnya bila bangun tidur ingat duit, sampaiiiiii dia tidur balik semula.

Tiba tiba teringat semalam, seorang budak kelas peralihan datang ke meja kerja aku.
Kata ketua kelas tadi. "cikgu, kelas saya adalah yang sangat bising. Tiada boleh berdiam". Dan. Aku pulak jadi terdiam....
Dan kata kata itu, aku qoutekan dalan status FB aku..hahahhhaaa..

Kenapa jadi begini ?

Sebabnya, cikgu takdak dalam kelas. Bukan sebab cikgu tak masuk kelas. Tetapi dah kena keluar sekolah ke tempat event itu. Raptai, raptai, raptai.....persiapan, persiapan, persiapan...

Suka kah cikgu. Gembirakah cikgu-cikgu yang pergi itu?...Jamin kerat siku. Semua pergi sebab diarah. Tak pergi kena bambu...Kesannya?..Anak murid yang tiada guru.

Betul..aku dengar ada dua tiga orang yang cakap. Mesti ada guru ganti. Baik. Aku terlibat secara terus dalam hal hal ganti mengganti guru. Amat celaka rasanya, bila guru yang nak mengganti pun tidak cukup. Takkan nak ambil pekerja kantin ganti kelas guru yang keluar itu?

Apa jadi pada budak budak yang tiada guru?...Apa punya sistem la sekolah di Malaysia ini-..Dah lama dah perkara ini berlaku...Bila ada kes ponteng, salah kan guru tak masuk kelas. Tapi?....guru kena arah buat segala macam kerja yang terpaksa keluar kelas..

Macam dejei!!

.

9 comments:

ckLah @xiiinam said...

Dan ker4ana ini juga...aku terpaksa membiarkan anak daraku naik bas sendirian untuk pulang ke kampusnya di Merbok....dahlah dia balik buat pertama kali. Bertarabur segala program peribadi....


Banyaklah dia puna Guiness Record.
Hmmmmm, payah lah nak cakap. (antara sebab Dia menolak tawaran ke IPG....)

ckLah @xiiinam said...

Getik bebenor hati dgn program tu, sampai menaip pun tersalah-salah...



(kawan-kawan di Tepen lagi kesian ya....sebab jadi lokasi pilihan. Hari tu dah 'berlelah' untuk jayakan Rekod Guness TANGLUNG kat Ipoh tu!!!)

ckLah @xiiinam said...

aaa...Guness pulak (Gunesswaran?) Haha

Cikgooden said...

Alahai CkLah:

hari hari sepanjang minggu ni...lelah sungguh-sungguh....

sabo je la...(menumpang semangat kak )

Nizam.Ariff said...

hidup dia menyusah orang, cikgu dan mak bapak jugak...

aku nak balik kampung nak tengok bapak mertua kena Bell's palsy tapi anak aku dah sound awal-awal, ada larian... hah? larian apa pulak?

larian satu malaysia nak catat rekod.

Aku nak suruh dia lari-lari anak kat bilik tidur je la... bukan pak Jib nampak pun... hahahaah

tasekM said...

budak MC dah tunjuk surat dr sekolah mintak kebenaran berlari tghr tadi.
dia siap kabor.
MC tak nak lari...

Cikgooden said...

Nizam:

betul....semua kena lari sekarang..


tasek:

semua kena lari..hahha

Nizam.Ariff said...

Den, gua dapat sentap nombor giliran lu ..

030507... cantek gak tu..

gua dah publish kat blog gua.

ya, gua lanun...

Cikgooden said...

nizam:

cek email lu....