Jom...

Monday, September 15, 2008

rasa macam nak mati dah

Semalam...lepas berbuka. Macam biasa aku akan pastikan anak-anak aku mengaji dengan Tok dia. Dan sementara dorang mengaji, aku bermesej dengan kawan aku.Selesai bermesej dengan kawan aku. Sebentar.

Tiba -tiba saja aku sakit dada. Rasa sekak. Tak boleh bernafas. Itu jam aku cuba mengucap. Lega. Masih dapat membaca dengan lancar...Aku rasa macam nak terjumpa ayah di alam barzakh. Nak nak bulan posa dia pergi. Adakah aku menyusul dia di bulan ramadhan ini?. Jangan..la.

Aku sakit dada betul. Sekak. Takleh nak bernafas. Anak-anak dah mula memegang kaki. Mak aku dah kelam kabut. is3 aku datang. kawan baik aku datang. Tak leh nak buat apa. Bila aku muntah, baghu lega. Pelan-pelan sakit dada berkurangan. kata kawan aku, angin Medu. Aku ia kan jer. Tak pasti apa punca, tiba-tiba aku jadi macam tu.

Tadi aku bebual dengan kawan aku. Dia juga pernah kena sakit macam tu. Dia kata stresss. Huih!...aku stress ka?...ntah la...apa yg dia cakap tentang diri dia, semua nya ada pada aku. Terus di'konfem'nya aku kena stress. macam doktor pakar lagaknya.

korang pernah kena stress?...

aku tak tahu menahu langsung pasal stress. Sebelum ni tak pernah aku rasa tertekan ke apa ker. Manjang happy ja. mungkin faktor usia?..ha ha ha.

moga masih ada nyawa esok.

24 comments:

lupekanje said...

moga cikgooden sihat. kkdg kita tk stress, tpi org kata stress....tu yg stress tuh...
rasanya ada kaitan dengan wasaap tu kot?? heheh..
acik pnah tetiber pitam...dunia bepusing rasanya..pi jumpa doktor, doktor kata acik hyper tension..pdhal..tk de benda pun..acik buat kesimpulan sndiri, kolestrol acik tinggi, salur darah tk lancar gak ehh...tu 5 thn lepas.. sampai arini, tk kena lagi sakit camtu..

Anonymous said...

tu maknanya kena "tegur" tu. kena muhasabah diri skit. rokok tu kalu bleh, benti terus je lah..

Unknown said...

bila stres aku makan. setakat ni ok. alhamdulillah..

Ungku Nor said...

haa..tu dia dah kasik signal suh cikgu stop smoking!!

betuullll..;p

theorangelily said...

semoga sehat sokmo cikguu

Lily Abdullah said...

Aku selalu stress cikgu...tapi takde pulak rasa macam nak mati hehehe...


semoga cepat sembuh ya!

julietchun said...

Mengikut tilikan sy,mungkin pemakanan tak btl,dah overload agaknya.Kalo angin medu,senak tang perut jek.

ladylikeme said...

kolestrol tinggi la tue....

AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT....

Cikgooden said...

Acik:
Penyubiru:
Ungku Nor:

Wasap?..mungkin ada kaitan jugak. Ini lain..Ni jap2 bedebo jap bedebo..tatau pasaipa..tensyen betul.

kelambu:
orangelily:

tq

waterlily:
Ntah la....org cakap aku stress...

julietchun:
overload...ntah la. sakit ulu hati le...

angah:
kolestrol...pulak dah...

Unknown said...

Masa: Bulan lepas...
Lokasi: kantin sekolah...
Aktiviti: Sarapan + sembang
Tajuk:
"Kencing manis..... bla bla bla... umur cam kita ni.... bla bla bla.. semua org ada.... tak de ubat... boleh kawal je..... bla bla bla....
Aku: Umur 40an... lepas sarapan senyap2 aku pegi klinik jumpa doktor... buat test sikit.... kondisi semuanya masih ok.... alhamdulillah!
Pengajaran: Dah sampai masa kena buat servis selalu... walaupun kita rasa sihat2.... mana tau... tup tup... :)

jagoan said...

Kesihatan TIDAK BOLEH DIBELI.

Cikgu dinasihatkan berhenti merokok.
Luar sihat. Dalam kita tak tau. Aduyai...

nordee said...

cikgooden...Tuhan nak bagi peringatan tu...hehe..berhentilah merokok..kesiankan diri tu...emmm

apa2 pun semoga cepat sihat...

Mak Su said...

betul ler kot stress tu.... kena destress ler cikgooden

kamar hati said...

jgn stress2 ye cikgu....cool k... (",)

tasekM said...

alasan tak nak puasa la tu.... ~

tidak.. tidak... :p~~

cekgu, kata kawan hang tu ada benarnya. errr.... tanda sakit jantung pun mungkin juga... aku sarankan hang p jumpa doktor.

13may said...

kalau tak larat habiskan rokok tuh...saya bleh habiskan :D

ASH said...

amaran kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan.

amaran ulama ulamawan : merokok dah termasuk dalam perbuatan HARAM

amaran dari aku : Tinggai je ler tebiat tu...kasi masuk sama lubang kambus habis..ta ta ti ti tu tu sama dia..

smile

iina said...

cikgu.. stress kot sebelum2 nie banyak fikir.. hti syahdu2 je.. yelah kot.. maybe angin pun iye juga.. mungkin kena juga jaga pemakanan..umur bertambah pun iye juga.. apa pun mesti happy n senyum2 selalu cikgu ;)

ckLah @xiiinam said...

Kekadang kita memang stres...tapi kita nafikan yang kita sedang stress...tu yang stress tu...Kalau sakitlagi,baca ni وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

if only... said...

ada kawan kata, benda akan jadi masalah kalau kita fikir ia masalah...jangan stress2, jauh sekali berdebor2...banyak2 sabar, rehat banyak2...apapun, saranan kawan2 tu betul gak..g la check doktor...semoga sihat

if only... said...

ada kawan kata, benda akan jadi masalah kalau kita fikir ia masalah...jangan stress2, jauh sekali berdebor2...banyak2 sabar, rehat banyak2...apapun, saranan kawan2 tu betul gak..g la check doktor...semoga sihat

Anonymous said...

itu tandanya kena kerja sendiri bro ... tapi kerja sendiri pun ada stress nya gak, misalnya - stress camna nak carik duit, heh!

Ibnurashidi said...

salam..

teringat kisah paksu sy..dia tiba2 sesak nafas camtu..kejang habis urat saraf sehingga meresap ke medula oblagata..disuruh urut2 dada dgn minyak bru lega sikit..pesan doktor kepadanya "jangan isap rokok lgi" sebab berkotak Dunhill diisapnya.last skrg isap rokok daun ja..

Anonymous said...

saya pun nak menempek berkongsikan pengalaman saya tapi bukan saya yang sakit tapi orang rumah saya. Dah lama dia gastrik (lebih 30 tahun dah) tapi sejak dua dan tiga tahun kebelakangan ini semakin teruk. Segala macam ubat doktor yang dah cuba dan macam-macam petua dah guna, kadang kadang ada sedikit perubahan tapi tak lama. Satu hari tu, kawan saya bagi emel sorang sifu perubatan alternatif dari Perlis. Nama sebenarnya Dr. Shamsinar (tapi lelaki) dan sifu ni katanya dah lama jadi buruan orang korporat kerana hebatnya tuh…Segan jugak nak email kat sifu korporat ni, maklumlah kita ni golongan marhaen je tapi saya cuba gak antar email tanyakan perubatan alternatif buat isteri saya kalau adalah. Pagi saya antar, petang dia jawab. Disyorkan saya beli ramuan herbanya. Tak mahal sangatlah. Set untuk 10 hari pertama cuma RM65 (ini cerita 3 bulan lepas. Sekarang tak tahu plak). Dia bagi 2 jenis. Yang satu dalam uncang…kira teh herba le kut dan satu jenis lagi berbentuk kapsul. Tak mahu cerita panjanglah tapi syukur pada Tuhan memang orang rumah saya rasa sangat banyak perubahan. Tak sakit kepala selalu dan teruk cam dulu, tak sesak nafas dan tak pedih perut teruk macam dulu. Sekarang ni sifu tu cuma bekalkan uncang teh herba dia saja untuk diamalkan. Kalau nak cuba, email je pada dia……beserijaya@yahoo.com .Tapi kena ingat jugak, mungkin perubatan dia sesuai untuk isteri saya tapi tidak pada anda. Kerja Tuhan kan….