Jom...

Wednesday, March 30, 2011

SINAR PAGI -4MAC-VIDEO 2.m4v


Aku suka dengar Sinar. Maksud aku stesen radio Sinar FM.

Pagi-pagi melayan radio sinar amat cool. Setiap pagi isnin hingga jumaat, aku melalui perjalanan yang agak jauh untuk ke tempat mencari sesuap nasi. Seawal pagi memang gila dia punya mengantuk.

Dalam keadaan mamai tak mamai, perjalanan aku teruskan. Hanya suara mereka bertiga yang menemani aku. Di samping beberapa batang rokok yang sempat aku nyalakan.

Ya!...sempat juga sekurang-kurangnya 3 batang rokok aku habis, sebelum sampai ke tempat mencari rezeki.

Terima kasih Sinar..terutama Salleh, Kerel dan Kak Raja...

Kalian memang best!..

Wednesday, March 23, 2011

: PERLU :





Bila tengok balik hasil kualiti gambar di atas...Sah!

Aku perlukan sebuah Scanner..Nak kena beli sebutir. Ada siapa siapasini yang pemurah?

Derma lah sikit ke aku...buat modal.

Salam...

Sunday, March 20, 2011

kad parking auto pay.

Terkenang cerita seorang sahabat aku yang mula-mula pakai kereta, tapi parking di tempat yang pesen guna resit bayar auto-pay.

"memang aku tak pernah pun." ujar dia menegaskan ketidakpernahan menggunakan parking pesen pesen autopay.

masa nak keluar.

tekan masuk...dia tendang semula. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk. tendang keluar. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk, tendang keluar. galang tak juga bukak.

cuba tengok kad itu.

ceh!..kad bisnes malaun mana ntah...yang warnanya putih, sama macam kad parking.

Terus dia jadi marah pesen marah ke diri sendiri. Bila jumpa kad parking, lantas dijolok masuk ke mesin.

tekan masuk...dia tendang semula. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk. tendang keluar. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk, tendang keluar. galang tak juga bukak.

?????


Datang mamat lain...

"encik kena bayar dulu..baru guna"

ooh ya ka?...sambil dia pandang belakang. kereta berderet. Pemandu masing-masing buat muka macam nak telan orang..

hehehhehe..

Saturday, March 19, 2011

Jalan-jalan cari pasal..pakej sekali dengan sesat cari jalan tak jumpa sekali gus..


Penghujung cuti sekolah, sempat juga aku bawak kedua paru-paru aku ni ke Penang..Jalan jalan sebab org sebelah aku mendaftar di USM...

Di kesempatan ini, mereka berorientasi di USM..aku dan paru-paru cabut lari keluar menuju Quennsbay Mall...Difahamkan ada pusat Bowling situ..sekali pergi takder pulak..

Adik kak sudah masam masam manis...dipaksa nya aku cari sampai jumpa. Memang dah takdak..Setiap guard yang aku jumpa, semua aku tanya. jawapan tetap sama.

"Di sini takda..kat bukit jambui adaa.."

Dengan jawapan itu jugaklah aku bersama dua paru-paru aku melilau cari jalan menuju bukit Jambul dari Quensbay..memusing musing...akhirnya jumpa jugak..(bila balik semula ke USM baru perasan..aleiihhh...dekat ja..yang tadi rasa punya la jauh).

Ada short cut...aku guna long cut..

Adik bergaya sebelum membuat lontaran longkang...

kakak juga bergaya, sebelum lontaran longkang disempurnakan dengan cukup sempurna..heheheh

"tengok aa,..tengok aaa..mesti strike punya.."

"Ini bola aa...ringan saja..gua lontar senanggg ja"..kata dia setelah dialihbahasa ke ayat aku..hehehehe

Gaya mau lebih..!

Merenung nasibbbbb..menuju ke Pin atau ke longkang..hehehhe

"Tabik tuan baba..."

Dah lama sebenarnya tak main bowling ni...Kali terakhir, dua tahun lepas...Sebelum ni, nak cakap riak tu takda la, tapi nak buat strike tu senang senang ja dapat buat. Nak spin, nak hook semua aku tak tahu...Aku tahu baling straightt ja...itu pun strike...tak payah nak bengkok bengkok badan meleding konon konon bola itu akan ikut badan melencong mencari poket..hehehhe..

Pada paru-paru aku nasehat dan beri petua macam macam..

" nak straight, lepas lontar, tangan lintas ke telinga". kata aku

" Mata jgn tengok Pin...tengok tanda atas lane depan kaki...sure bole pergi betul punya"

" tarik napas sebelum gerak nak lontar"..

dan macam macam lagi..tentang lane..tentang bola....skill individu...menentang diri sendiri...ntah apa la aku pesan..

"tengok baba buat"....dan lantas aku menunjukkan balingan pertama...

paru-paru berdebar menunggu strike..

tapi.

HAHAHAHAHAHAHA...

"BABAAAAAA...................LONGKANGGGGG.."..

dejei...
Macamnana boleh ke longkang..sedangkan skill sepenuhnya sudah aku guna..

Moral of the story:..Jangan tunjuk ajar sebelum buat lontaran...tunjuk ajarlah selepas lontaran ketiga..lontaran pertama, lu belum tahu lagi menjadi ke tak..

keh keh keh...

Friday, March 18, 2011

hikayat merong mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa...

Menjadi topik perbualan, perbincangan malah perdebatan dalam kalangan masyarakat yang sememangnya dahagakan hiburan berstatus tinggi setinggi Hollywood.

heh!!..Penanda aras aku, pastinya Hollywood.

Cakap banyak pun tak guna. Nak tahu, kalian pergi tengok sendiri. Aku tak reti nak preview-preview filem nih....

Cuma boleh aku cakap filem ini memang best. Dari sudut filem, maksud aku. Tahniah, kepada KRU sebab dapat membuat aku terbuai dengan angle shootnya..sekejap datar, kejap dari bawah..kejap terasa macam terbang tinggi tengok bawah...

Cuma babak bergaduh parang parang itu saja yang nampak kelam kabut...tersekat-sekat.

Lagi satu, aku musykil kenapa tajuk itu yang dipilih. "Hikayat Merong Mahawangsa"..kenapa tidak "Merong Mahawangsa" sahaja. Fokus kepada Merong itu sendiri...Sebagaimana filem PGL, atau Asoka (SRK)...Tidak perlu guna Hikayat...

sebab, jika disebut hikayat...cuba kita rujuk apa yang ditulis oleh Profesor pada tulisan di bawah;

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa

oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Hj Salleh


Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.

Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

SUMBER:. Dari SINI.

Hikayat amat luas skopnya..tak tercekau sebuah filem nak garap semua sekali....

Apa apa hal pun, filem ni best berbanding filem filem keluaran tempatan yang lain...

Cuma tak jelas, Bagaimana Merong boleh dapat zuriat...bila masa embok (embok ke nama budak yang dijaga pakcik Kesum tu?) dipermengandungkan!!...kahwin?..tiada babak mereka berkahwin pun....

Lagi satu, tiada gambaran tentang sebuah kerajaan..(Langkasuka) digambarkan. Sedangkan di dalam dialog menegaskan Merong itu adalah raja Langkasuka setelah diberikan sebilah keris yang diperbuat daripada tahi besi yang jatuh dari langit..(fuhh..)


Atau aku terlepas tengok, masa aku keluar sekejap untuk melepas hajat...(sejuk ya amat panggung wayang di Taiping Sentral. Terkucil aku..)

****

Thursday, March 17, 2011

aktiviti di kala cuti...


Entri sebelum ini aku buat siang tadi...Spontan tertulis begitu apabila melihat kedua paru-paru aku berkelahi sesama sendiri. Bergaduh. Memekik-mekik.

Bukan bergaduh betul-betul pun. Lebih ke bergurau tak ketahuan hala. Bila ditanya,

"boringgg la baba..." jawab mereka serentak.

Aku faham. Cuti-cuti sekolah untuk pelajar sekolah. Bukan untuk guru. Aku ada kerja nak dikerjakan sepanjang cuti. Sedangkan anak-anak bercuti. Nak tak nak, hujung minggu ini aku kena bawak mereka berjalan-jalan jugak. Bawa lah kemana pun, asal keluar sekejap dari rumah ini. Jika tidak, mahu jadi tongkang pecah rumah aku...

Ok, Itu lain...Cerita yang lain,

Aku dengan kumpulan Selumbar Emas berjamming dua kenduri berturut hari minggu lepas. Cerita selanjutnya aku muatkan di dalam blog aku yang satu lagi...Jika sudi, sila lah ke sana.

Wednesday, March 16, 2011

Cuti...

Bila tak cuti nak sangat cuti..

Bila dah cuti, boring gilerrrrrrrrrrrrrr..

n3 ala ala status FB..keh keh keh...

Thursday, March 10, 2011

Kelas hujung dalam kalangan kelas mereka...

Rata rata semua sekolah di seluruh negara, hatta sekolah di negara Uganda sekalipun tentu sibuk sekarang ini. Mesti kucar kacir pelajarnya menjalani peperiksaan ..hehehehe..

Heh!

Aku. Time-time minggu exam memang aku suka. Suka sebab time gini, sekolah cukup cool...Sunyi, aman serta tiada pencemaran bunyi menusuk ke telinga dengan suara sumbang menyembang budak-budak umpama tokey ikan menjerit-jerit di pasar.

Bila menunggu murid menjawab, aku umpama belatuk memaguk batang pokok..tersengguk-sengguk. Dek nak menghilangkan rasa ngantuk serta bosan...aku melukis..

Beberapa subjek aku, dah tentu budak budak kelas tu...selalunya yang ada karekter la..

Senang nak tenyeh...

Dan....aku snap guna HP, ok...aku punya Scanner, lahanat hantu mana bagi rosak...nak beli baru, duit tak cukup...





Ini budak kelas paling hujung dalam banyak banyak kelas form 4..keh keh keh...

Lain kali gua cerita pasal sorang-sorang budak-budak kelas paling hujung dalam kalangan kelas mereka ini...