Jom...

Saturday, December 31, 2011

tanpa tajuk...

fuh!

Lama tak lama tak update blog ini sehingga aku lupa yang aku ada sekeping blog.

Di pagi yang weng weng kepala berat pening sakek nyut nyut, aku gagahi mencoret sesuatu (perghh...)

Tahun 2011: satu imbauan.

Macam macam benda berlaku dalam tahun 2011 yang bakal ditinggalkan menjadi sejarah. Peristiwa demi peristiwa. Acara demi acara. Adegan demi adegan.

semua aku simpulkan dalam satu perkataan.

SEGHABUK....

Aku harap tahun yang mendatang ini, yakni 2012 menghadirkan sirna kebahagian kepada aku.

Bahagia dalam keimanan, ketakwaan (yang semakin longgarr, aku rasa)
bahagia dalam kewangan
bahagia dalam kekeluargaan
bahagia dalam kerjaya
bahagia dalam percintaan...


noktah.


Tuesday, November 15, 2011

::Gathering member x-TI Penang::

Berbaloi ...

3 hari 2 malam, jumpa kawan kawan lama.

Tak ada langsung gambar yang aku ada. Bapak miskin aku sebab seketul kamera pun tak dapat beli. Hp pun sekadar untuk buat call dan sms. tiada kamera langsung...

Sebahagian X-TI Penang yang hadir. Walaupun tak ramai (asalnya, semua nak datang tapi mengenselkan diri di saat akhir sebab ada hal). Ada hal secara berjemaah gamaknya. kebetulan barangkali.

Betul kata kawan aku nan sorang itu. Katanya kita cuma merancang, tuhan yang menentukan.


Ada banyak jugak gambar aku dan anak-anak. Ehsan kamera kawan kawan..hehehe..

Lupa nak bagitahu. Event ni kami buat di Paradise hotel. Penang.(tapi gambar kat atas ni, masa dinner BBQ di Telekom punya tempat...)

Puas mandi, anak-anak aku....

Bagi aku, kepuasan berjumpa-jumpa kawan-kawan lama (26 tahun ) yang lama dah tak jumpa adalah sangat puas dari segala puas puas yang ada.

Paling puas, bersembang. Semmmmmmbang!!. Dah tak ingat apa topik dah. Bercampur baur. Dari hal sekolah, hal politik, ekonomi, sampailah hal hal penyakit kencing manis, darah tinggi dan batu karang.


...bersambung.

.

Tuesday, November 1, 2011

::moti-basi 1::

Serious aku cakap, aku tak berapa gemar bubuh gambar sendiri. Baik dalam blog mahupun di FB. Aku lebih suka isikan dengan perkataan atau ayat. Sesekali aku letakkan gambar orang lain.

Tapi hari ini, baik di sini, atau di FB aku letakkan gambar ini. Tiada niat lain. Sekadar tatapan anak murid aku. Sejak dua menjak ini, baru aku tersedar yang blog aku ini dibaca oleh anak murid aku sendiri secara senyap. Begitu juga Fb aku...status aku tulis..gambar aku naikkan. Video aku share dari youtube...Aku tidak pasti apa yang berlegar di fikiran mereka tentang diri aku ini..

Namun, aku rasa mereka silap. Silap membuat andaian tentang aku. Terus terang kepada kalian yang membaca tulisan ini, apa yang ada di dalam blog ini atau di FB tidak sama dengan apa yang kamu nampak aku di luar sana. Berbeza. cukup berbeza.

Dalam ruangan maya, boleh aku bergurau. Berbual tanpa ada had. Sesekali mencarut kotey itu biasa. Tapi luar alam maya, maaf. Bukan aku, kalau buat macam itu.

Kenapa aku keluarkan gambar diri ini?..Jawapannya cuma satu. Supaya kalian lihat. Aku yang dah tua ini masih bersemangat untuk belajar. Mencari ilmu. Mencari pengalaman. Mencari pengetahuan. Itu pun tak semua aku dapat. Tak semua dapat aku kuasai ilmu-ilmu yang ada. Banyak lagi yang perlu aku terokai.

Tapi kamu, kalian anak murid aku. Suruh belajar untuk ambik SPM sudah malas. Sudah muak. Sudah give-up. Belum lagi datang saat peperiksaan sudah putus asa dan harapan. Amat malang diri kamu yang punya jiwa yang lemah.

Kamu masih muda. Masih jauh perjalanan hidup kamu. Sedia lah diri dengan bekalan. Jika tumpas di tengah jalan, bekalan itu lah yang menolong kamu...

Aku tahu, anak-anak murid ku sedang membaca tulisan ini.....


...Dalam diam, aku berdoa kamu semua berjaya....Ubah sikap kamu!!!..

Insya Allah...kejayaan mendatangi kamu.

.
hari ini... Tarikhnya 1.11.11...lima terpacak....nanti nak sembang pasal lima perkara..

Sunday, October 30, 2011

::Tutup::

..Boring dah tulis blog ni...nak tutup ja blog ni..





tapi aku tak tahu nak tutup macam mana...

.

Thursday, October 20, 2011

::Cerita di Sebalik Cerita:: 5

...

Kereta yang rosak itu sudah sembuh dari sakitnya. Beliau sudah boleh bergaya megah di jalan raya. Dia. Maksud aku, kereta itu. Eksyen dia berjalan megah, walhal tuannya sekarang jalannya dah jadi senget sebelah.

Nak dijadikan cerita, kakak kereta aku, yakni kereta bini aku, sekarang ini sedang menunjukkan tanda tanda nak sakit. masalah brake. minyak hitam meleleh keluar ikut bawah enjin. Air-cond kadang kadang ok. kadang kadang tak ok. Pengajaran sebelum ini aku dapat, jangan dipaksa jugak kereta yang ada tanda tanda nak sakit itu jalan. Kalau dia rosak akan seksa hidup dan parah pundi kencing.

Jadinya, semalam anak bini ke sekolah menggunakan kereta aku. Kereta dia? simpan di rumah. Tunggu ada duit lebih lebih [kalau ada tapi selalunya tak ada] aku bawa dia ke bengkel. baiki sebelum menjadi lebih parah.

Aku ke sekolah seperti biasa dengan kenderaan 2x2 turbo, yakni motorsikal berjenama honda cawan. Tuan tuan dan puan puan, sila ambil ingat, adalah tindakan tidak berapa cerdik jika musim musim hujan pergi kerja naik motor. Dan, aku sebahagian orang yang tidak cerdik itu.

Pertengahan jalan masa balik sekolah semalam hujan turun. Tak ada ruang untuk berenti. Jadi aku teruskan jugak. Alang alang dah basah, baik terus lenjun. Dah nak balik. Basah pun basah la. (Ya..aku tak bawak baju hujan)

Tiba-tiba teringat ke beg kerja. Dalam tu ada laptop dan buku rekod. Kalau terus juga, pasti basah. Dan dan aku kona masuk ke restoran tepi jalan. Kena jugak hujan tadi. kebasahan.
Sementara hujan reda, aku pekena teh dan cucur udang.


Depan baju basah. Melekat ke badan, kemeja aku.

Tetek jadi sejukkkk.... Puting dia tiba tiba jadi keras..


hahahahah..

*




Wednesday, October 19, 2011

::Cerita Di Sebalik Cerita:: 4

...kereta yang tak biasa aku pandu, di tambah pula dengan status kereta pinjam membuatkan aku memandu tak duduk rapat ke seat. Takut tersilap bawa, terlanggar tebing atau paling lekeh terjun parit.

Dalam berhati-hati sampai jugak ke rumah. Tapi memang dah nak jadi manusia bernasib malang. Tayar kereta pulak kempis. Ntah masa bilanya bocor. Aku dah mula rasa tak sedap duduk. Bukan tak pernah tayar pancit. Tapi kereta yang bukan aku punya itu buat aku jadi serba salah.

Malam itu jugak kami berdua bukak tayar. Dan, menggunakan tayar spare abang ipar aku pergi ke stesen minyak berdekatan untuk pam tayar yang bocor. Aku tak ikut.

.....

Itu cerita masa konvo.....

Ni cerita seminggu selepas konvo. Sepatutnya jubah kena pulangkan dalam masa yang ditetapkan. Dah sidang konvo aku sebelah petang. Mana sempat nak pulangkan. Ofis dah tutup. Jadi aku pulang dengan membawa jubah oren pulang ke rumah. Bajet bajet kereta siap, jumaat depan aku datang ke UKM semula.

Apa ke jadah. bila sampai masa, kereta tak siap. Rupanya kerosakan kereta di luar jangkaan aku. Agak teruk. Ingatkan hanya ratus ratus. Rupanya main ribu ribu beb!!!...

Terpelengong serupa orang bodoh sekejap.(sekejap sikit berbanding masa terkena kencing paklong kering sebanyak RM15 ribu masa buat rumah dulu. Yang tu bengong lamaaaa la jugak!!)

Nak tak nak, aku tangguhkan ke minggu depan hantar jubah. Dalam masa yang sama aku mencongak berapa jumlah denda lewat yang aku kena. Sampai dua kali jumaat, kereta tak siap. Bermakna aku terpaksa pergi naik bas.

Aku lebih suka pergi naik kereta sebab ofis tempat yang nak pergi itu, bukan boleh masuk bas ekspress...kalau naik bas terpaksa aku cari teksi.

Bertolak malam, sampai 3.3o pagi. Tidur kat hentian kajang. * pagi pergi ofis PPS...setel jubah, dengan teksi yang sama aku mintak dia tunggu dan hantar aku semula ke stesen komuter. Balik ke puduraya. Secara ringkas aku cerita ni..

Tapi nak dijadikan cerita lah, malang sekali lagi menimpa aku. Bayangkan, puduraya yang aku warwarkan sangat kemas dan cantik sebelum ini boleh tutup pulak tandasnya. Kakak cleaner tu cakap paip pecah. Maknanya, semua tandas di setiap tingkat di tutup sementara.

"Macam mana saya nak kencing?"..Deymmm...dalam keadaan tertekan sebab kote amat rasa nak terkencing, boleh terpacul soalan macam itu. Nasib baik kakak cleaner itu tak jawab, guna kote!!.

Dalam keadaan berpeluh (sebab panas dan nak terkencing) aku pergi ke kedai mamak seberang jalan depan puduraya itu. Sambil berjalan, sambil seluk poket meraba kotak rokok. Kata kawan aku, untuk kurangkan rasa resah, rokok boleh dijadikan penawar. Aku guna nasihat dia.

Bila dah selesai, aku jadi lega. lapang rasa pundi kencing tadi yang menyekak. Dengan segera aku balik semula ke puduraya kerana bas dah nak bertolak. Raba poket.Cari tiket. Alamak, hilang!!!

Puas klebek, seluk, kerobek, cari. Tak jumpa. Macam mana ni???? Brader bas kata kena cari tiket baru. Jadi aku naik semula ke kaunter tiket minta tiket baru. Celaka. Tak dibaginya. Katanya tiket tu kena cari jugak.

Aku kata bukan tipu. Memang sah aku beli dari dia. Boleh dia buat buat tak kenal. Katanya, kalau tak ada, kena beli lain. Maknanya aku beli dua tiket untuk satu perjalanan. Bertekak juga aku dengan dia. Takkan nak keluar duit lagi. Aku kata dah beli tiket tu..dengan dia lagi...Dia bertegas kata kena beli baru. Ntah la. Mungkin prosedur syarikat dia, sebab tiket ada keratan. Mungkin untuk audit atau apa. Tapi aku peduli apa audit ke apa ke. Dalam poket tinggal lagi tiga puloh dan ringgit-ringgit.

Nak tanya korang la, betul ke kalau hilang tiket kena beli baru, walhal beza masa cuma belas belas minit. Bukan beli semalam. atau kelmarin. kalau betul takpa lah....dah nasib aku. Tapi kalau tak perlu, memang sial la budak tu..berkeras taknak bagi tiket baru...

Sudahnya, aku cakap, Butuh la!!...nak kena beli tiket lagi...!!

Aku blah. Pergi kaunter sebelah. Syarikat lain. Beli tiket lain. Tapi kena tunggu lagi sejam. Nak tak nak aku beli jugak dari sisa sisa duit yang ada. Memang sengkek sungguh masa tu..Dah selesai, aku berjalan ke ruang menunggu.

Di kerusi besi berspan itu, aku tersandar. Merenung nasib diri...Mapoh!!!

Aku fikir ini ujian tuhan gamaknya. ujian dia pada aku. Tiba tiba teringat Ayah dan Mak. Mungkin aku ada banyak dosa dengan mereka. Atau, aku lalai mendoakan mereka agar berada di tempat kalangan orang yang beriman...

....dah la....aku nak stop dah...malas nak cerita lagi.

*

Tuesday, October 18, 2011

::Cerita di Sebalik Cerita:: 3

...perkara pertama yang aku buat semasa pembaringan separa bongok di rumah abang ipar aku ialah men'sms' sepupu aku yang duduk di Shah Alam. Kata tak jadi pergi jumpa dia di sana. Plan asalnya aku akan terus ke Shah Alam. Sambil-sambil itu nak bawa anak-anak ke tempat yang aku tak tahu apa nama. Tempat yang malam banyak lampu kat pokok pokok. Bukan lampu aku syak..Macam L.E.D..ntah...

Dua tiga kali aku tengok gambar orang yang bergambar di sana. Teringin sungguh nak bawak anak anak pergi. Nampak macam best.

Jawapan sms sepupu aku cuma " laaaaeee.." bila aku khabarkan kisah malang di lebuhraya itu. Lepas itu, senyap. Cadang nak cerita panjang, tapi dia macam tak berminat nak tahu. Aku diam je la. Andaian aku, mungkin dia kepenatan dengan 'urusan' dia di sebelah siang. Apa urusan dia, tidaklah aku tahu...tidak langsung dia beritahu apa-apa.

Selesai bab Shah Alam. Bab seterusnya, aku berfikir macam mana nak pergi konvo dan balik rumah Taiping. Dalam berfikir aku terlena...

Esoknya, selepas bersarapan tengah hari...Yakni, selepas makan pagi di waktu tengah hari, aku ke Puduraya membeli tiket bas. Dengan motor abang ipar, aku bergerak ke stesen Komuter UKM. Lama dah tak naik komuter. Nasib baik masih belum lupa tang mana nak sentuhkan kad Touch & Go itu.

Dalam perjalanan secara mengiring dengan kelajuan taktahu km/j itu, aku tetap berdoa supaya dipermudahkan urusan aku. Berharap jangan ada lagi perkara perkara yang berupa nasib malang yang menimpa...

Tapi...Bila sampai di puduraya aku jadi seperti berok masuk pekan. Terpinga-pinga. Serba baharu beb! Kemas.

Selepas diberitahu pak guard, aku naik ke tingkat satu untuk membeli tiket. Jam 9 malam hari selasa. Konvo aku sidang petang. Dan, dijangka selesai jam 5 petang. Bermakna, masih ada masa. Tidak lah nanti aku tergopoh gapah.

Dipendekkan cerita sebelum aku meraban ghata, selesai beli tiket, aku menapak ke stesen keretapi. Sebabnya aku nak direct terus ke UKM.

Gedik kaki dari puduraya ke stesen keretapi membawa aku melintasi Petaling street dan Central market. Dua tempat nostalgia. Terutamanya central market. Tempat aku lepak dengan buah hati lama sambil layan busker main lagu play the funky music. Sesekali hiba rasa di hati wooo bila teringat balik kenangan dulu. nanti bila aku cenang, aku cerita. Sekarang ni aku tak cenang...hehehe...kemudian, naik komuter terus ke Bangi. Bab tiket selesai.

Bab transport ke UKM esoknya belum selesai. Jadi, bila sampai ke Bangi, aku terus ke port teksi. Terus buat booking untuk ambil kami dari rumah abang ipar ke UKM...dan menghantar kami ke stesen komuter selepas selesai konvo aku.

Setakat ini semua seperti berjalan lancar. Sehinggalah malam itu. Dek kerana boring tak buat apa seharian, anak anak aku dah mula merungut. Maka, malam itu aku membawa mereka ke pesta UKM.

Kenderaan?..heh..aku pinjam odyssey abang ipar. Itu lah pertama kali aku bawak kereta panjang gitu. Perkara pertama aku belajar ialah mencari hand brake...manalah aku tahu kereta pesen gitu takda hand brake. Hand brake nya duk di kaki...hahahaha.

Malam itu, kami bersiaran di pesta. Sekurang-kurangnya terhibur jugak anak-anak aku. Kebetulan di pesta itu ada konsert ntah artis mana ntah. Aku tak berapa nak kenal.

"malam esok mawi datang" kata kakak ajk pesta konvo kepada anak aku.

"tak best la mawi...panggil la K-Pop!!" kata adik. Tersengih kakak ajk tu..aku?..pelan pelan buat buat belek key-chain.


...bersambung kisah malang di malam pesta..esok.

.

Monday, October 17, 2011

::Cerita Di Sebalik Cerita:: 2

...kami sampai ke Bangi malam itu jugak. Ya, malam. Sebabnya, kejadian kereta berasap itu sebelah petang. Jam enam lebih kurang. Hari sudah menghala ke arah gelap nak malam. Seiring dengan gelapnya otak fikiran aku tika itu.

Salah satu sebab aku akur dengan cadangan budak beragama hindu penarik kereta itu adalah kerana hari sudah mahu malam. Terbayang kami 4 beranak tercongok atas highway, tercongok bongok tak tahu buat apa.

Aku tiada pengalaman menangani hal hal seperti ini. Tak pernah jadi sebelum ini. Dalam pada itu, aku memandang sekeliling. Lantas terlihat pondok telefon, yakni telefon PLUS....telefon di kala kecemasan.

Aku cuba buat panggilan..haram jadah tak dak respon...masa itu tak terlintas langsung nak fikir yang betulkah telefon itu boleh digunakan..hahahha...

Aku tak pasti fungsinya...Ntah ntah telefon itu mungkin hanya digunakan sebagai perhiasan highway gamaknya. Salah satu elemen kejur lanskap PLUS di highway yang indah beautiful itu!!.

Malam itu. Di rumah abang ipar aku sudah start menjadi bongok tak tahu buat menda. Bukan apa, terbayangkan diri seperti orang buta kehilangan tongkat. Seperti atlit olahraga lari jarak jauh patah kakinya.

Macam macam persoalan menerawang di kepala otak aku. Macam mana aku nak bergerak esok nanti? macam mana nak bawa anak bini ke UKM untuk majlis konvo? macam mana?

Malam itu dahi aku hampir berlekuk dek lengan yang aku letak.

...bersambuung.

Sunday, October 16, 2011

::cerita di sebalik cerita::

Lamanya tak hapdet blog..

Ada yang merindui entri baharu. Ada yang call tanya. Ada yang sms. (nasib baik tak ada yang datang ketuk pintu rumah tengah malam, mintak hapdet blog)....melampau tul..hahhaa...

Dan kepada sahabat-sahabat yang bertanya itu, aku pohon maaf. Bukan sebab tidak mahu buat entri baharu. Cuma tiada idea untuk menulis.

Cuma kali ini ada benda nak dikongsikan. sebelum itu, aku nak tanya kalian. Pernah dengar pepatah (betul ka, atau apa hah?)...kata orang;

"sudah jatuh ditimpa tangga"

maksudnya; kesusahan yang datang bertimpa-timpa. Tak dapat nak tepis.

Al-kisahnya, seperti yang diketahui, aku berkonvo setelah tamat pengajian. Sebelum ini sudah aku lampirkan cerita tersebut.

Di sebalik kegembiraan itu, juga terpalit rasa sedih. Kononnya kegembiraan itu mahu dikongsi bersama anak dan isteri. Tapi malang...

Di pertengahan jalan semasa hendak ke Bangi, yakni dekat dekat nak sampai ke Tanjung malim, aku tak perasan langsung air kering. Yang perasaannya bila sedar air-cond tak sejuk...kemudian rasa kereta tersengguk guh guh guh....

Tengok meter...alamak...temp dah naik....tak sempat berenti, tiba-tiba...

bushhh!!!.....kereta aku meletup. Berasap berkelun kelun depan mata. Tak nampak jalan. Cuma yang sempat aku buat, tarik stereng menghala ke kiri jalan, terus menghala ke rumput.

Nyaris nyaris tak lajak ke parit tepi highway itu. Anak bongsu aku tergolek bawah bila aku brek mengejut. Terpinga-pinga semua anak bini.

Aku?...lutut ketar. Apa nak buat...bukak pintu, pelan-pelan aku keluar. Bukan sebab apa. Aku takut rebah. Kaki ini terasa macam tak ada tulang. Lembik lutut..

Bukak bonet. Asap keluar berkelun kelun. Bau tengik. Hangit. Dan yang paling teruk lagi bila di 'muncung panjang' dek bini...Jika tak sabar, panjang cerita..

Dipendekkan cerita, terpelengong kami 4 beranak di situ. Ikut hati memang rasa nak marah. Tapi jenis tak tahu nak marah ke siapa. Kereta itu akhirnya ditarik keluar highway, menuju ke bengkel berdekatan (Baca: bengkel pesen cekik darah)

Kata mekanik itu, kereta kena tinggal. Kena bukak. Hmm..apa cerita nak tinggal kereta di situ. Macam mana nak pergi Bangi?...selasa konvo. Hari ini ahad...sempat ke dia bikin dalam masa dua hari?

Kalau tak sempat, macam mana aku nak datang ulang alik menziarah kereta aku yang sakit di Tanjung Malim, sedangkan aku di Taiping? Betul ke dia boleh buat? Boleh percayakah tinggalkan kereta di situ?

Pelbagai persoalan yang timbul...semua nya bikin semak lagi aku punya otak. Sudahnya keputusan yang aku ambil, towing balik ke Taiping. Masuk bengkel kawan. Tapi gila bapak dia punya kos....bapak tak kepala bapak pun, terbang duit aku RM700 untuk bawa kereta tu balik ke Taiping...

Aku sekeluarga ke Bangi dengan kereta abang ipar. Dia datang dari bangi ambil kami di Tanjung Malim. Dalam kereta aku diam. Bini diam. Abang ipar diam. Anak sulong diam. Anak bongsu diam. Tak terkata apa.

...bersambung.

Monday, October 10, 2011

::akhirnya::


Akhirnya, setelah penat berulang alik dari kariah kampung ke kariah kedua.

setelah penat bergelumang dengan buku dan buku dan buku...

setelah otak disemak sendat dengan pelbagai masalah...

Setelah jiwa dipengaruhi pelbagai onak sehingga menjadi kacau bilau...

setelah semua nya selesai, aku mampu untuk sebaris dengan kawan kawan, berbaris menuruni tangga DECTAR menuju pentas.

Permulaan surat diterima setelah ayahanda menghembus nafasnya. Tidak dapat melihat aku berjubah oren..

Akhir surat konvo, diterima setelah Bonda menghembus nafasnya. Juga tidak dapat melihat aku berjubah oren...

Rupa-rupanya...masa itu amat pantas!!

****

Wednesday, August 24, 2011

::entri last sebelum raya::

kenapa ujung ujung ramadhan, kita jadi serupa tidak alim dah?

Cakap dah mula merapu. Dah mula mengata, mengumpat. Hal baju raya. Hal kueh raya. Banding membanding. Kutuk mengutuk.

Walhal, semasa awal ramadhan kita bertekad dan pasang hajat nak berubah. Nak buang perangai huduh. Azam cukup tinggi.

Kenapa di hujung hujung ramadhan, azamnya semakin berkurang. Sama seperti berkurangnya jemaah teraweh. Berkurangnya saf di surau atau masjid.

Kenyataan diatas aku tujukan khas kepada diri sendiri. Tiada kena mengena dengan korang.

Nampaknya, perangai huduh aku tak dapat diubah sempena ramadhan tahun ini..

Harapkan dapat berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan...

selamat hari raya aidil fitri..
minal aidil wal fa izin

Salam.

Monday, August 22, 2011

::SMS dari langit:::


"Baba pergi mana ni kenapa tak bagi tahu.dah nak dekat buka puasa dah.balik cepat tau jangan lambat nanti allah marah nanti.nak allah marah kalau tak nak balik cepat
"


pergh....Ini sms aku dapat kelmarin. Datangnya daripada Hp bini. Tapi yang menulis itu, aku tidak pasti samada bini aku, anak yang sulung atau anak yang bongsu...

Yang pasti bukan bini sebab dia tak pernah bahasakan aku sebagai baba...Pastinya datang dari anak-anak aku. Tapi aku tak tahu yang mana satu. Suspen woo kena warning macam tu...hahahaha.

Puas aku siasat tanya...seorang pun tak mengaku...sampai sudah aku tak tahu siapa yang tulis dan send sms tu..aku syak, jika tidak yang sulong pasti yang bongsu. Dan begitulah sebaliknya sebab anak aku hanya ada dua orang. Seorang sulung dan seorang lagi bongsu.

Masa aku terima sms ni, memang aku lesap dari rumah. Masa itu jam menunjukkan pukul 6.59 ptg. Hampir-hampir sangat untuk berbuka.

jangan silap faham. jangan mudah berprasangka, beb. Gua bukan lesap dari rumah lari pergi siam. hehehe..

Aku keluar untuk mencari sekeping dua CD nak layan selepas berbuka. Adik pesan bunga api. Aku tak layan. Dia merengek minta belikan. Aku buat buat belek rumput. Bila dia leka, aku cabut keluar...

Dan, aku syak memang dia yang tulis.

sampai sekarang ....

Tiga-tiga (Bini, adik dan kakak) semua tak mengaku tulis..HAHAHAHA

....


Thursday, August 18, 2011

::mood raya::

Raya dah nak dekat....baju raya tak beli lagi...agak-agak, sah ke dak raya jika tak beli baju baru?.

Ini status yang aku buat, dan letakkan di status Facebook. Bukan apa, sekadar mengingatkan diri yang aidilfitri bakal menjelang minggu depan depan.

Terkenang masa dulu...kecik kecik dulu. Masa sekolah rendah. Masa itu trend kasut johnson cukup in punya. Tahu macam mana kasut johnson?..hahahaha...

Aku tak pasti masih ada lagi ke tak kasut pesen gitu.Rasanya ada lagi. Dulu johnson yang aku pakai, ayah aku beli pesen pvc tak silap. Bukan pure kulit. Pvc tak pvc pun, bila berjalan rasa semenggak ja..

Sedikit info, kasut johnson tika itu jenis high cut..ada zip tepi...Yang bestnya, bila ramai ramai berjalan raya, nampak serupa satu platun askar berkawat. Kasut sama.

masalah lain timbul bila keluar rumah beraya. Masing masing lupa kasut sendiri..hahaha..Ada kes yang tertukar kasut. mana tidaknya, semua sepesennn ja...

Bila dah jadi ayah, aku juga membelikan baju raya untuk anak-anak aku. Cuma caranya sedikit berbeza. Aku cuma bagi duit ke mama dorang, dan mama dorang yang pergi beli..aku?..aku lepak dalam kereta..layan sinar FM....

Berbeza sungguh aku dengan ayah. Dulu ayah sendiri yang mebawa aku ke supermarket membeli baju raya. Pernah sekali, ingat ingat lupa dah, kami sekleuarga pergi shoping baju raya di supermarket sebelah malam. Tiba tiba lampu padam.

Rupa-rupanya supermarket dah nak tutup.Pintu depan dah tutup rupanya. Kena turun ikut pintu belakang. Dulu-dulu shoping baju raya sampai supermarket tutup kira standard la...Bukan sebab shoping tak hinggat nak balik, tapi supermarket tutup awal..

Seingat-ingat aku, jam 9.30 dah tutup. Nama-nama supermarket sekitar Taiping itu pun sudah tinggal nama saja sekarang ni. Banyak yang dah tutup...Dulu Ada supermarket Taiping...Supermarket Karton dan Supermarket Larut Matang...Tapi semua dah tak ada dah..bangunan masih ada, tapi kedai lain ambil alih..


..Baju raya korang dah beli?.




Tuesday, August 16, 2011

::Libang-Libu::

Dah empat lima hari, badan tak berapa nak sedap. Rasa suweng-suweng. Tahu suweng-suweng?

tak tahu sudah..(kan tasek kan?..hahaha)

Hidung pulak berair sahaja. Kejap kejap srut..kejap kejap srut...

"Cuba cabut hidung tu..Jemur di ampaian. Balik kerja, pasang balik" Cadang Jantan budiman. Cuba berlawak bodo sempena bulan tidak makan dan minum waktu siang.

"mana boleh" Jawab aku. Dalam hati juga berkira-kira berlawak bodoh.

"Ooo..tak boleh, ek?. Mesti la tak boleh, kan. Nanti nak bernafas ikut mana?" Kata jantan sambil mengekek ketawa dengan lawak yang diciptanya sendiri.

" Bukan lah..tak boleh sebab musim hujan. Nanti hidung lemas!!"


....tolong la gelak!!..kelakar nak mampus dah aku rasa lawak ni..


hahahaa...

Sunday, August 14, 2011

::Blues::

Mengah dek makanan yang menjulur masuk ke perut...aku berehat rehat sebentar. Aku syak, nasik berbuka tadi belum sampai perut panjang. Masih berlegar legar di sekitar esofagus..

Hujan la pulak kat luar rumah. Biasanya, jika hujan hujan begini, hati aku auto berdebar-debar. manakan tidak, hati terkenang rumah kandang zirafah aku itu. Ada sekali, hujan tak lah lebat mana, tapi air masuk membanjiri bilik anak aku. Bocor!!

Ni semua kerja paklong kurus kering yang buat rumah aku dulu. Hasil kerja tangan beliau lah atap jadi tak sempurna. Kekdahnya, jika hujan, air akan meleleh masuk. Dah banyak kali mintak alitoq and the gang membaiki semula.

Tak juga molek. Asek asek bocor ja...

Yang sebenarnya, rumah kandang zirafah itu belum lagi aku masuk. Walaupun kunci dah dapat. Yang jadi lebih sebak apabila kunci rumah aku dapat dari kontraktor alitoq dari seberang, sehari sebelum arwah Mak pengsan dan dikejarkan ke Hospital. Hari itu juga mak pengsan tak sedar diri 3 hari. Pagi rabu, khamis dan Jumaat pagi jam 9 dia menghembuskan nafas terakhir.

Bermakna, sejak dia tidak sedar diri [Koma], aku tidak dapat mendengar suaranya. Aku tidak pasti dia mendengar atau tidak. Walaupun aku tahu dia koma dan tidak membalas kata-kata aku, tapi aku cuba juga berbual dengan dia.

Di saat itu, aku mengusap-usap kaki dia..keras. Tidak bergerak..Ku raba-raba bawah kakinya..Pehanya, pinggangnya...Semuanya rapat ke katil. Tiada ruang. Astagfirullah, kata aku dalam hati. Ku renung mukanya. Ku lihat hidungnya.

Aku memandang kak. kakak memandang aku. Sama sama mengerti. Sama sama memahami. Pengalaman kami menjaga arwah Ayah dulu memberitahu kami suatu alamat.

Lantas, petang khamis itu, kami sudah mula membaca Yassin . Bergilir-gilir. Semua sanak saudara sudah dihubungi. Berita mengenai keadaan arwah Mak sudah tersebar. Maka petang itu, mak menerima kunjungan sanak saudara, sahabat sekampung. Masing masing membacakan Yassin bergilir-gilir.

Malam jumaat itu, kami adik beradik sudah tidak pulang kerumah. Masing-masing berada di sekitar emak. Aku dan abang, tidak berada di dalam wad. Kami lelaki tidak dibenarkan berada di dalam wad. Hanya...

aduss...bila bila la aku sambung....tak buleh menaip pulak dah...sebak.

...

Tuesday, August 9, 2011

::Sahur::

Jam di muka laptop ini menunjukkan angka 2:59. Bermakna hampir sangat sangat jam 3 pagi. Ya, pagi!

Kelopak mata yang atas belum mahu bersenggama dengan kelopak yang bawah. Masing masing keras membatu, tanpa salah satunya meliuk menggoda yang satu lagi. Kekdahnya, aku terkebil-kebil.

Lantas aku turun ke bawah semula. Dan cuba untuk menyiapkan tulisan ini, sehinggalah bini aku panggil untuk bersahur.

Dalam kesunyian ini, terkenang pada Bonda. Arwah dah pergi meninggalkan kami. Pergi dia bertemu dengan pakwenya yang terlebih dahulu di tempatkan di sana. Semoga kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Pasti suasana di sana harum semekar apa pun aku tak tahu nak buat perbandingan. Sebab aku belum pernah ke sana.


Tiba-tiba aku jadi sebak!!...


..Dan bini aku masih belum memanggil untuk makan sahur...

Rupanya, lagi banyak aku fikirkan untuk tulis, maka makin susah untuk menzahirkan apa yang aku fikirkan tadi. Fikirkan tentang kedua (arwah) Ayah dan emak...

Tiba-tiba air mata menitik!!...

*pause*

Lama tak bercerita, jadi Heng pala otak nak menyusun ayat...

*Play*

ku mainkan lagu ini...sambil-sambil menyeka air di kelopak mata.



Dan, aku tidak mampu lagi untuk teruskan niat aku menulis tentang ayah dan mak. Biarlah segala kenangan itu tersimpul kemas dalam hati. Niat tadi nak kongsikan bersama kalian warga Blog...tapi bila nak menyusun ayat, aku sebak. Nak menaip aku jadi sebak...

sorry la eks....Aku bercerita tentang hal-hal lain la, nanti...

Aku nak makan nasik sat....

Salam....

Tuesday, August 2, 2011

tuai padi antara masak...

esok jangan, layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan, rindu-rinduan...

apa kaitan pantun ini dengan entri aku, ntah lah...Hari ini, 2 ramadhan. Bermakna sudah dua hari kita berpuasa. Harap-harap tahun ini cukup puasa aku...Tahun-tahun lepas pun cukup jugak.

Sesaja merayap tadi ke laman web UKM.

Pergh...Tamat Pengajian/Konvokesyen..Dan, lepas raya nanti jika umur masih di kandung badan dapatlah aku menyarung jubah dan memakai topi 4 segi berambu-rambu itu. (dan sejambak bunga barangkali). Dulu masa konvo first degree dulu, haram sekuntum bunga pun tak dapat..keh keh keh.



Banyak perkara berlaku dalam tahun ini. Lebih tepat sejak dua menjak ini. Semua tersenarai kemas dalam otak. Nak jugak aku ceritakan disini satu persatu. (sebenarnya, semua aku dah masukkan dalam entri blog....cuma tak publishkan...biar simpan dalam draft...) Biar menjadi rahasia...hihihi..


Jika tidak terlambat.....Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan blog aku...yang sedang baca, jarang jarang baca, atau tak baca langsung! blog ini.

Selamat berpuasa...dan selamatkan puasa anda!

Monday, July 25, 2011

Semangat yang hilang

Cadang nak pos sekali dengan video clip kumpulan XPDC, tapi gila saghan pulak kata dek orang. Yang pastinya, sepanjang hari ini dan hari-hari sebelumnya, semangat badan seperti merajuk membawa diri keluar.

Bungkus kain baju, hilang entah ke mana. Tinggal empunya badan ini terkontang-kanting sengsorang.

Semuanya menjadi hambar. Apa yang biasa aku buat untuk hari isnin ini, haram tak menjadi. Duduk di kerusi bilik, rasa nak ke kantin. Pergi kantin, rasa nak buat kerja. balik semula ke meja..Rasa nak pergi kantin...Kelas langsung tak mari mood nak masuk.

Kelas pulak kebetulan tak banyak..kekdahnya aku nganga bodo di meja....

Cuma satu yang dapat aku buat. Log-in Blog ini (yang lama ditinggalkan) dan buat satu entry.


dipendekkan cerita:..Jumaat lepas, 22.7.2011..Jam 9.04 pagi Bonda aku yang tercinta telah ke Rahmatullah...Pinta aku pada kawan sahabat..sedekahkanlah Fatehah untuk beliau. Dan sedekahkan semangat kalian yang kuat itu pada aku.

Al-Fatehah.
.

Saturday, July 16, 2011

BUK BAK BUK BAK <--tajuk mesti huruf besar, ye Encik!!

Kerja memerlukan tenaga. Tenaga memerlukan sumber. Sumber tenaga untuk menjadi bertenaga adalah nasi, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk aku. Nak masak nasi, perlukan beras. Nak beras perlukan duit. Nak kan duit, perlu bekerja.Dan, berbalik semula seperti tadi. Kerja memerlukan tenaga. Tenaga memerlukan sumber...

Nak aku ulang semula.?, ok. Tak perlulah. Semua dah faham.

Fokus utama kitaran di atas, adalah kerja. Dan, sekarang ini kerja aku sudah mula setel. Kerja-kerja duniawi yang satu itu juga sudah setel. Heh!!

Tesis aku sudah diserahkan ke semua pejabat-pejabat yang memerlukannya. Pejabat Fakulti, Pejabat Pusat Pengurusan Siswazah dan Pejabat Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan.

Kondisi aku sekarang, seperti P.Ramlee ketika dia menyanyikan lagu dalam filem Madu Tiga.

"Heiii..Senangnya dalam hatiiii......"

Dalam senang senang hati, sebenarnya secara ikhlkas aku mengaku. Bahawa hati aku masih lagi tidak dapat menyembunyikan rasa gundahnya. Masih lagi tidak dapat me'muted'kan suara Buk Bak Buk Bak.. beliau.

Kenapa?....
.
.
.
.
.
Ada laaaaaaaaaa..takkan semua nak cerita, ye dak?..

hehehe...

Aisey..lupa nak beritahu. Tadi masa tidur sebelah petang, dekat dekat nak senja datang satu mimpi. Dalam mimpi itu, aku jumpa duit. Sebijik macam dalam gambar di bawah.

Bila gamaknya dapat aku pegang duit sebanyak ini ?


.

.

Thursday, June 30, 2011

Satu larian...

....Bikin Semua orang kelam kabut.

Korang tahu ke tak tahu ni?. Sabtu ini tanggal 2 hb Julai akan diadakan satu program besar. Sebesar cita-cita pencetusnya untuk mencatatkan diri dalam buku records of Malaysia. Penyertaan larian terbesar yang pernah diadakan.

Program 1m1s1m...atau dalam perkataan penuhnya 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..

hmmm.....korang tahu tak?. Program itu akan dilaksanakan di Taiping. Tepi tepi sekolah aku sekarang ini. Bila dah dekat, secara autonya pelajar-pelajar di sini terlibat sepenuhnya. Jangan kata pelajar, malah guru kesemuanya terlibat...

Maka, sekolah aku dan sekolah yang tepi-tepi yang lain juga akan terkena karan kelam kabut ituuuuuuuuuuuuuuuuu.......

Pandangan aku, semua ini suatu pembaziran. Bazir masa. Bazir wang. Bazir tenaga. Yang untungnya puak puak kapitalis yang hidupnya bila bangun tidur ingat duit, sampaiiiiii dia tidur balik semula.

Tiba tiba teringat semalam, seorang budak kelas peralihan datang ke meja kerja aku.
Kata ketua kelas tadi. "cikgu, kelas saya adalah yang sangat bising. Tiada boleh berdiam". Dan. Aku pulak jadi terdiam....
Dan kata kata itu, aku qoutekan dalan status FB aku..hahahhhaaa..

Kenapa jadi begini ?

Sebabnya, cikgu takdak dalam kelas. Bukan sebab cikgu tak masuk kelas. Tetapi dah kena keluar sekolah ke tempat event itu. Raptai, raptai, raptai.....persiapan, persiapan, persiapan...

Suka kah cikgu. Gembirakah cikgu-cikgu yang pergi itu?...Jamin kerat siku. Semua pergi sebab diarah. Tak pergi kena bambu...Kesannya?..Anak murid yang tiada guru.

Betul..aku dengar ada dua tiga orang yang cakap. Mesti ada guru ganti. Baik. Aku terlibat secara terus dalam hal hal ganti mengganti guru. Amat celaka rasanya, bila guru yang nak mengganti pun tidak cukup. Takkan nak ambil pekerja kantin ganti kelas guru yang keluar itu?

Apa jadi pada budak budak yang tiada guru?...Apa punya sistem la sekolah di Malaysia ini-..Dah lama dah perkara ini berlaku...Bila ada kes ponteng, salah kan guru tak masuk kelas. Tapi?....guru kena arah buat segala macam kerja yang terpaksa keluar kelas..

Macam dejei!!

.

Friday, June 24, 2011

::Duniawi::

Kau pernah memandu kereta dari Taiping ke Bangi dan balik semula pada hari yang sama?

Aku pernah.

Semalam paling sejarah dalam sejarah hal hal pemanduan kereta aku. Selalunya, jika ke sana [kariah kedua, dulu] aku akan bermalam. Sekurang-kurangnya satu malam. Penat beb, drive sorang-sorang. Kalau ada makwe di sebelah, lain cerita, beb.

Urusan duniawi aku nan satu ini, sudah nak ejakulasi. Skittttt ja lagi. Tinggal nak lepas semakan tesis gaya UKM...Gila bapak tension aku tunggu.

Pesen suruh datang guna SMS yang aku tak tahan tu. Bayangkan, dapat SMS suruh datang check pukul 2.30 petang. Sedangkan waktu itu adalah hari persekolahan. Mana nak cekau cuti. Terpaksa jugaklah menebal muka dan ketat-ketatkan muka minta simpati Boss, untuk keluar awal. Jam 9 lebih aku dah keluar...Belasah drive tak hengat nak berenti.

SMS untuk tukar tarikh pun tak berbalas. Call tak larat nak call. Tak berjawab.

Sampi Bangi, jam 2 lebih. Bila dah semak, aisey man..banyak pulak mistake..Kena buat lain. So,borang biru untuk kelulusan menjilid kulit tebal masih belum dapat ditanda tangani...Minggu depan kena ngadap lain. Bawak deraf murni, tunjuk ke dia..

Pergi lagi, minggu depan...Nampak gayanya, minggu depanlah aku ejakulasikan tesis aku ini...




.
kalau dia tak sain jugak borang biru itu, aku sua borang nikah....mintak dia sain.
(muda lagi adik yang buat kerja itu. Dan, aku andaikan dia belum menikah..hehehhe)

*

Wednesday, June 22, 2011

::Nombor::

Jika nak tahu perkembangan kawan-kawan, kena bukak blog dia. Mungkin ada catatan, yang secara sedar atau tidak, menceritakan tentang perkembangan beliau...

Sebentar tadi aku membuka blog aku sendiri. Untuk tahu perkembangan diri sendiri..

hehehe..

Kau tahu?...Cantik kan nombor bilangan counter tu?

.

Tuesday, June 21, 2011

::Projek::

Kata budak nizam lewat komen balas beliau dalam N3 Topengnya itu...

cikgooden,
topeng yang ada tisu paper ker..?
sabarlah bro... yang dah tinggi, biarlah tinggi. ada gunanya nanti... hahaha..

Rupanya, apa yang dicakapkan itu, ada kebenarannya...Tadi otak aku sudah merangka satu projek untuk 'tempat bela zirafah' aku itu...Jika nasib aku baik, masyuuukkk..jika tidak bernasib baik...
Lingkuppppp....

apa projek?...

tunggguuuuuuuu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tunggu la sampai tahun 2053. Apa projek pun takdak...cakap saja lebih, aku nih...hahahahaha.


*

Sunday, June 19, 2011

::Hari Bapa::

Di Facebook, Blog tak terpermanai banyaknya nukilan yang aku jumpa menyentuh pasal hari bapa. Ada yang berkata, hari bapa adalah setiap hari. Bapa perlu disanjung setiap masa. Bukan hanya sehari dalam setahun. Malah ada juga yang berkata sambutan hari bapa bukan amalan budaya kita.

Walau apa sekalipun yang diperkata orang, dalam diam tak diam itu, sedikit sebanyak hati aku tersentuh jua. Tiba -tiba tadi, aku jadi melampau teringat sangat ke arwah ayahanda.

Tambahan pula diri aku sekarang dilanda gundah dek terbayangkan 'tempat bela zirafah' aku itu. Jika dulu, apa apa keputusan yang aku nak buat, wajib dirujuk dulu kepada ayah. hatta, untuk pernikahan aku sendiri, ayahanda yang tetapkan. Kerjaya aku sebagai guru, juga adalah kerana menuruti kehendak dia. Aku banyak mengikut kata dia.

Apa kata dia, dia kata aku. Jika sekarang ini dia masih hidup, pasti aku tidak dilanda gundah dek 'tempat bela zirafah' itu. Sesungguhnya hati aku jadi tidak sedap. Tidak senang. Tidak ketahuan punca. Hilang punca. Berkarut marut.

Lantas, secara spontan di status FB aku menulis " Hati digamit rindu...pada siapa ingin mengadu...pergh!!"

Teringat saat ayah sakit. D waktu ini juga aku akan bersama-sama dia. Mengurut kaki dan peha kurusnya yang sakit. Aku tanya dia, sakit sangat ke ayah?.

"macam kena hiris, din". Kata ayah. Saat itu terbayang sebilah pisau yang tajam di tekan perlahan-lahan ke daging peha. menghiris sikit demi sedikit. sehingga keluar darah meleleh...dan diulang lagi hirisan pisau. isk...

Juga terkenang di saat ini, ayahanda terketar-ketar tangannya menyambut tudung botol berisi morfin yang aku sua padanya. Makan ubat ni ayah. Selalu ayat itu aku sebut.

"Bukan ubat, din..ni dadah".

Dia tahu itu bukan ubat yang menyembuhkan sakitnya. Morfin itu cuma untuk mengurangkan sakit dan tekanan yang ditanggungnya. Sekurang-kurangnya kesan Morfin itu membantu dia melawan rasa sakit...Bila habis kesannya..

Ayah pasti mengerang. Ya Allah...dari suara dan nadanya itu, aku tahu ia amat seksa. Sungguh!

Ketika aku menaip ini, tidak sedar air mata mengalir...

Sejak ayah tiada ini, banyak keputusan yang aku buat adalah silap. Sebabnya aku tiada tempat untuk aku bertanya dah luahkan isi hati. Jika ada, tak sama. Orang sebelah juga tidak mampu memahami.

...

::Tinggi::

Dalam kesempurnaan ada jugak ketidaksempurnaannya...

Begitu juga Ali Indon. Dua tiga hari ni aku memuji beliau dan kapitan-kapitannya bekerja. Tapi hari ini aku sedikit terkilan....
Porch rumah aku gila bapak tinggi dia buat...tidak balance dengan rumah yang ada..serupa kemah kenduri kawin di depan rumah!!Gila bapak cepat dorang buat kerja....pagi aku pergi, petang siap pediri kuda kuda..dua hari tak pergi, siap pasang syiling...Tegur pun tak guna dah...

Memang. Aku buat rumah tak ikut Pelan. Aku ikut dan. Padan muka aku (dan keluarga aku).

hmmm...boleh ternak zirafah di situ...

maka,

Aku mencipta satu ayat bagi memujuk diri sendiri....terlajak kereta ada gear gostan. Terlajak kentut, merasalah baunya. Dan. Aku merasa bauannya yang sedikit menyenakkan kepala.

maka (lagi sekali),

Aku cipta satu lagi ayat. Dalam ketidaksempurnaan itu ada keindahannya.

maka (lagi lagi sekali),

Aku redho dengan ujian tuhan terhadap aku. Mungkin Dia mahu melihat setebal dan senipis mana iman aku terhadapNya.


Malas sudah aku menulis tentang Ali Indon ini.

Noktah.
.


Update:

...dapat teguran dari kawan (yang tidak la berapa kawan sangat)..katanya, "blog hang ngarut..kosong ja..tulis ntah apa-apa..cikgu apa tulisan kosong". Dan dia menyambung..."buatlah tulisan yang berilmiah". kata dia. Dan aku menjawabnya di sini...

"Kawan, ....nasihat aku cuma satu. jika mahu sesuatu yang berilmu,berilmiah, berguna untuk korang...pergi cari kat tempat lain..kat sini mmg tiada yang ilmiah pun..."

Maaf.
.

Thursday, June 16, 2011

::wali::

"Indonesia ramai alim ulamak..." kata seorang sahabat di malam itu..Ramai juga alim ulamaknya yang bertaraf Wali.

"Memanggg.." Jawab Ali Indon nan seorang itu. Ada sikit sikit nada riak.

Start dari situ, perbualan kami melangkau jauh. Topik perbualan semuanya sekitar seberang Selat Melaka. Tentang perkembangan masyarakat Islam di sana. Sehingga lah kepada fakta-fakta sejarah.

Sehingga muncul dalam perbualan kami tentang Wali-wali Allah. Wali Songo. Dan begitu bersungguh-sungguh Ali bercerita...

Cerita tentang Wali Songo;

Semua pasal wali-wali di sana....

Hinggalah ke pasal wali band<---ntah macam mana boleh masuk pasal wali band..hahahahaha..





Jom karoke lagu ni....Annossement!!! annossement!!..kata Saleh Yacob

Wednesday, June 15, 2011

::pucuk::

*
Ekoran daripada kerja-kerja membikin rumah aku itu disudahkan oleh pihak Indonesia, maka aku mewakili pihak Malaysia, dengan ini mengisytiharkan bahawa kedua-dua negara ini adalah satu rumpun.....dan satu bauan kretek Surya!!


*

Tuesday, June 14, 2011

::Ali Indon::

Orang yang sambung bikin rumah aku adalah orang indon. Serius aku cakap, mereka ini benar benar bekerja. Maksud aku, benar-benar ingin membuat kerja. Soal bayaran tidak aku berkira, jika kerja dan kederat mereka tidak pernah bercuti.

Hari-hari buat kerja. Dalam masa 2 minggu, bahagian dalam rumah sudah siap. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dah boleh angkat tilam katil untuk aku berbaring tidur. Juga bilik air untuk aku bersiram dan berak.

Dapur..? ya.. dapur tak mengapa. Makan di kedai..hehe..

Cuma tadi. Cuma budak-budaknya sahaja yang bekerja. Dalam celahan bauan kretek Surya, aku mencari ketuanya, iaitu Ali Indon. Tetapi dia tiada di situ.

Maka, aku pun menghantar sepucuk sms.

"Hang tak balik mai sini ka?...Aku bertanya. Itu pun selepas budak-budaknya memberitahu yang beliau ini telah ke Pulau Pinang.


"Ya ni ndak honduwei blk lah.." sms dia...

Hah!!..Honduwei????

On the way kut...

HAHAHAHAHHAHHAHAHA...


**Up-date.:::: Supa tahikk!!!!!!!!


Sunday, June 12, 2011

::Isabella::

*

"Isabelllaaaaaaaaaaaaa..." Jerit adik. Hah?..Mana datang Isabella ni pulak?

Haih...macam macam paru-paru aku dua beradik ini. Rupanya mereka berdua sibuk menelek kucing di luar rumah. Untuk pengetahuan semua, depan rumah aku, ada satu almari. Lebih khusus, ia adalah sebuah stor kasut yang penghuninya bukan sekadar kasut, tapi termuat di dalamnya segala mak nenek benda termasuk gergaji kayu dan tiub motor lama!

Ada seekor ibu kucing [Isabella, namanya] siapa entah, guna stor kasut itu jadi bilik bersalin dia. Dapat anak empat ekor. Comel...memang comel. Dari jauh aku tengok mereka berdua rajin membelek anak kucing itu. Sayang sesangat..

Nampaknya mereka sedang mendalami ilmu mengasihi binatang bernama kucing seperti saranan Lisa Surihani dalam Radio Sinar.

Tapi sayang...
...
Aku tak lah suka sangat kucing.

"Boleh la baba" rayu kak dan adik....

Jawapan aku tetap muktamad. Tidak boleh bela kucing. Sori. No!. Nehi! La'!!!!..

.
*Gambarnya akan diup-load kemudian. Ada dalam Handphone aku. Tapi sayang, Blutuh Handphone Aku tiba tiba mati pucuk...tak buleh nak up...Rosak la pulak...Nak kena beli Hp baru ni..dan dan teringat Galaxy tab....meleleh ayaq lioq....

*

Saturday, June 11, 2011

kerja........sampai mati!

Di pagi begini tiba-tiba teringat kepada paru-paru aku yang dua ini. [sila baca:pagi, sebab aku menaip entri ini waktu pagi. maksud aku, jam 4.38 pagi]

Saat ini sudah masuk hari sabtu. Esoknya ahad. Dan, lusanya isnin.

Isnin. Sudah mula sessi persekolahan separuh masa kedua untuk tahun 2010 ini. opss..2011.

Separuh masa kedua nak bermula. Semasa rehat dua minggu selepas separuh masa pertama apa aku buat?

Tidur?
Jalan-jalan makan angin?
tolong emak cat rumah?
.
,
,
Entah. Cuti persekolahan aku kali ini seperti nampak-saja-cuti-tapi-buat-kerja-macam-tak ada masa lain nak buat-semua-nak-dibuat-jam ini-kasi siap-jugak!.

Kepada kalian sahabat dalam kalangan guru, selamat kembali bertugas.

Juga kalian yang bukan dalam kalangan guru, juga selamat kembali bertugas. Terutama kepada golongan bapa dan ibu yang ada anak masih bersekolah. Selamat jua kembali ke sekolah, sekurang-kurangnya untuk menghantar anak.

Cerita lain;

1. Rumah aku sudah hampir siap. Tak lah besar dan teguh jika dibandingkan dengan Khir Toyo dulu [renovate rumah makan belanja RM 6 juta]. Cuma rumah aku itu cukup sekadar didiami aku, isteri dan dua anak aku. Tidak lebih dan tidak kurang...

2. Tesis aku: Fuh...seperti yang digembur-gembarkan.....masih belum mendapat ke'tandatangan' untuk kelulusan selepas membuat pembetulan. Jangkamasa 3 bulan yang diberi, semakin hampir luput tarikhnya. Damn!!!....

3. Urusan kerja kerja sekolah juga mencapai NKRA di tahap terkial-kial nak persiapkan....Herh!!

4. Urusan emak....Along, angah...dan bapak si along dan si angah...jua bikin beratttttt di kepala ku.

5. ..................

****

Aiksss?....4 sahaja?...ku fikirkan banyakkk...

Baik,

Apa yang aku cuba tulis di atas adalah sekadar satu eksperimen [jika tak salah] aku, tentang aku sendiri. Selalu juga aku [juga kalian yang lain] merungut-rungut tentang kesibukan diri.

"aduuuu..banyaknya kerja nak kena buat." Getus hati aku [dan kalian].

Gitulah selalu dialog yang kerap aku sebut sebut [begitu juga orang lain]. Dan. malam ini [pagi sebenarnya] aku [dan orang lain] cuba menyenaraikan semula perkara-perkara yang buat aku [dan orang lain juga] rasa terlalu sibuk dan rasa macam, banyakkkkkkkkkk kerja nak kena buat....

Secara spontan. Tanpa diedit.

Hanya mampu menaip 4....mmm...4 itu banyak ke?...tanya aku kepada diri aku sendiri [dan orang lain juga].

Maka,....

aku [dan orang lain juga] dah dapat point itu sekarang....

Sebenarnya aku [dan orang lain juga] ini tak lah sesibuk mana...tak lah 'banyakkkk kerja nak kena buat' pun sehingga terlupa kepada kawan-kawan dan tidak berhubung langsung hatta sepucuk sms bertanyakan khabar.....

huh!!



.


Wednesday, May 25, 2011

Aku lupa bubuh tajuk...


rumah..ooo rumah....memang tension jugak aku bila difikir fikirkan...


Dah habis duit, tapi kerja tak siap...

Silap sendiri. Tersalah pilih orang yang bikin. Ibarat kata, bukan salah ibu mengandung..Tapi salah paklong itu yang merupakan seorang pembuat rumah yang dipercayai ramai tetapi mengkencing aku dengan slowwwwwwwwwwwwwwwwwwwww..hingga aku terduduk. Termanggu bodo.

Sekarang aku dah cari pembuat yang baru..Harap harap kali ini tidak lagi dikencing...Mudah-mudahan


Monday, May 16, 2011

masalah

Apa kena dgn blogspot ni?...

haram kejap ada..kejap hilang..

Wednesday, May 11, 2011

Demam...

Merujuk kepada Tajuk di atas,

Anak aku demam. Bini aku demam. Anak aku yang seorang lagi, panas badannya menaik skit. Confirm, demam jugak. Aku?...belum lagi.

Tapi senoneng badan cenderung ke arah itu.

Kesimpulannya, Kami demam secara berjemaah.


Sekian.



********

Cerita lain;

Tadi membaca kisah Penyampai radio mengejar cita-cita menggenapkan kuota berbini empat.

Katanya, dia tidak menganggap berbini ramai itu sebagai bermadu. Tetapi sebagai...



Jemaah.

hehe.....(cenderung ke arah islamik, alasannya itu)

Sunday, May 8, 2011

Alhamdulillah...

Syukran Jazilan Ila Allah hu Subhanahu Wa Taala..

...akhirnya, Aku selesai juga menamatkan peperiksaan Lisan seperti yang digembar-gemburkan sebagai amat mendebarkan dada aku sepanjang minggu lepas.

Jumaat sessi viva aku..tapi petang khamis aku dah tercongok di bangi. Mencari-cari tempat penginapan. Sebelum itu, ke kedai gunting Mydin, sg. Tangkas....trim rambut, misai dan janggut<-----detailkan aku bagitahu....

Teringat tempat di sekitar jalan Reko ada Reko Inn...gua stay situ...Malamnya ada pasar malam...ntah apa konsep ntah..tapi nampak di papantanda, gaya gaya Islamik gitu...

Dan....Ada satu restoran ikan bakar...baru bukak aku jangka. Last aku pergi sana belum ada lagi restoran ni....Maka, dinner aku malam tu.....di Situ....

Sebagai seorang insan yang tak lah banyak mana duit dia...aku hanya mampu mengoder ikan kembung.....jadi lah....sekadar dapat tenaga untuk menarik kain selimut...


ini saja yang aku orderrrrrrrrrr....


ini dia punya halegerrrrrr...





Malam itu, aku tak lena tido.....bedebar, beb.


Paginya, aku tiba awal....seawal 8.30....

hehehehe..awal lah tu sebab Viva start pukul 9. Tempat pertama aku tuju, bilik penyelia aku. Namanya Dr. Abdul Razaq Ahmad.

Tak kenal?...tak kenal sudah.

Tapi sekarang dia dah dapat title Prof. Madya...Tahniah Razak<----biasanya aku panggil dia Razak, jika dia tiada di depan aku..Kalau berdepan aku panggil dia, Dr..

Nak di jadikan cerita, masa itu juga aku dapat call dari En. Asrol (nama sebenar),. Pegawai yang incas viva-viva untuk student di Fakulti Pendidikan. Ada perubahan tempat. Sepatutnya di Bilik Cambah Minda. Bertukar tempat ke bilik Gerbang Minda (Tak best nama bilik bilik sini, kan?)

Sambil menunggu, sempat melilau memerhati sekeliling. Hampir 6 bulan aku tidak ke mari.



Sempat mengambil gambar Gazebo @ Wakaf @ tempat untuk student duduk menyiapkan kerja @ tempat tunggu kawan @ sekadar pembaziran.

Fikiran aku masa itu, bercampurbaur. Macam-macam masuk kepala. Tapi satu pun bukan pasal tesis..hahahahha..teringat rumah renovate aku, budak budak silat, jadual waktu sekolah, soalan exam yang skemanya aku belum buat lagi dan macam-macam.. hingga melalut sampai ke Hatnyai....Ntah apa faedah aku berfikir macam itu, saat saat sebelum masuk bilik?....ntah....tak tahu laaaa....Setan yang direjam memang setan. Pandai hasut aku berfikir macam macam di saat aku dilanda gabra.

Sememangnya aku cukup gabra dalam viva tesis ini. Gabra aku bersebab. Yang paling utama, persediaan tidak cukup. Maklumlah, dah lama sangat aku tak sentuh hal hal duniawi aku yang satu ini.

Bayangkan, sepatutnya tarikh viva tidak lebih dari 3 bulan selepas submit ke Fakulti...Tapi aku?...Aku submit bulan Nov 2010 lagi... Ini bulan Mei 2011 baru kena panggil...Itu pun selepas aku mendesak supaya percepatkan...Jika tidak, awal Jun....Apa ke hae, punya lama nunggu...

Semasa disoal-soal, aku dah ingat-ingat lupa apa kajian aku itu...Malam sebelum tu, aku ingat apa aku buat..bila siangnya, jadi lupaaaa..

Sudahnya, aku belasah ja....Harap-harap janganlah lulus aku itu, sebab mereka kesian...Biarlah sebab usaha yang aku dah buat....

Merenung pintu yang terbuka...


Merenung petugas menyiapkan persiapan yang perlu disiapkan sebelum aku kena bersiap-siap....

Tapi, apa apa hal punnn....


***
Syukran Jazilan Ila Allah hu Subhanahu Wa Taala..

...akhirnya, Aku selesai juga menamatkan peperiksaan Lisan seperti yang digembar-gemburkan sebagai amat mendebarkan dada aku sepanjang minggu lepas.

Gua dah boleh lupakan debaran dada dek hal duniawi yang satu ini...Di khabonya, gua lulus dengan pembetulan sikit sebanyak, atas cadangan pembaca....

Dia cadang, gua akur jer..Yang penting dia Luluskan gua, sudah...

Ok...
Tamat pengajian separuh masa pertama.....sekarang gua rest....
Separuh masa kedua, betul-betulkan kan sikit tesis...submit....pas tu tunggu surat konvo...

fieewittttttttttt.....

Friday, April 29, 2011

Akhirnya...

...Aku dapat juga surat panggilan untuk viva aku. [yang aku tunggu sejak bulan Nov tahun 2010]
gila bangang punya lama penantian aku....

Viva?....

Bukan kereta perodua itu, tapi...

peperiksaan lisan...

Ya...Lisan..

[ayat ini yang buat aku gerun....]

Saudara/i adalah diminta menghadiri peperiksaan lisan tersebut bagi mempertahankan tesis saudara/i...










...

er...peperiksaan lisan ni takde A, B, C, D, eks?....

Aku dah gabra....


Cis..lama tidak mengapdate blog...skill menulis entri sudah terbang dari badan dibawa angin. Semuanya terjadi gara gara aku bergiat cergas dalam arena perFBian.

Cam tak guna betul FB tu kan, kan kan kan...hehehee

Ayat aku sudah semakin pendek, rengkas dan sedikit serupa dejeiii....


kemaskini:

Sedang bergelutan dengan segala jenis fail dan bahan yang berselerak di sana sini. Membuat persediaan untuk Peperiksaan Lisan<----rupanya aku nak masuk Exam>...hmmm..patutlah gabra semacam...

Wednesday, April 13, 2011

::Malam::

Sekarang malam. Tak lah malam. Cenderung nak ke subuh.
Tak boleh lena. Kepala berpusing-pusing. Maaf. Maksud aku, otak.

Sambil-sambil buat kerja. Sempat jua menjeling Facebook. Seperti biasa, sempat mengapdate status. Aku menulis seperti ini:
Kerja siang membawa ke malam. Tidak mustahil, jika suatu masa nanti akan terjadi setiap hari seorang murid tercedera dipukul guru, ekoran kegagalan guru mengatasi stress!!!!!!...Pihak berkenaan, sila Prihatin.
Aku geram!!!!

Sekarang malam. Tak lah malam. Cenderung nak ke subuh.
Tak boleh lena. Kepala berpusing-pusing. Maaf. Maksud aku, otak.

Wednesday, March 30, 2011

SINAR PAGI -4MAC-VIDEO 2.m4v


Aku suka dengar Sinar. Maksud aku stesen radio Sinar FM.

Pagi-pagi melayan radio sinar amat cool. Setiap pagi isnin hingga jumaat, aku melalui perjalanan yang agak jauh untuk ke tempat mencari sesuap nasi. Seawal pagi memang gila dia punya mengantuk.

Dalam keadaan mamai tak mamai, perjalanan aku teruskan. Hanya suara mereka bertiga yang menemani aku. Di samping beberapa batang rokok yang sempat aku nyalakan.

Ya!...sempat juga sekurang-kurangnya 3 batang rokok aku habis, sebelum sampai ke tempat mencari rezeki.

Terima kasih Sinar..terutama Salleh, Kerel dan Kak Raja...

Kalian memang best!..

Wednesday, March 23, 2011

: PERLU :





Bila tengok balik hasil kualiti gambar di atas...Sah!

Aku perlukan sebuah Scanner..Nak kena beli sebutir. Ada siapa siapasini yang pemurah?

Derma lah sikit ke aku...buat modal.

Salam...

Sunday, March 20, 2011

kad parking auto pay.

Terkenang cerita seorang sahabat aku yang mula-mula pakai kereta, tapi parking di tempat yang pesen guna resit bayar auto-pay.

"memang aku tak pernah pun." ujar dia menegaskan ketidakpernahan menggunakan parking pesen pesen autopay.

masa nak keluar.

tekan masuk...dia tendang semula. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk. tendang keluar. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk, tendang keluar. galang tak juga bukak.

cuba tengok kad itu.

ceh!..kad bisnes malaun mana ntah...yang warnanya putih, sama macam kad parking.

Terus dia jadi marah pesen marah ke diri sendiri. Bila jumpa kad parking, lantas dijolok masuk ke mesin.

tekan masuk...dia tendang semula. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk. tendang keluar. galang tak juga bukak.

tekan lagi..masuk, tendang keluar. galang tak juga bukak.

?????


Datang mamat lain...

"encik kena bayar dulu..baru guna"

ooh ya ka?...sambil dia pandang belakang. kereta berderet. Pemandu masing-masing buat muka macam nak telan orang..

hehehhehe..

Saturday, March 19, 2011

Jalan-jalan cari pasal..pakej sekali dengan sesat cari jalan tak jumpa sekali gus..


Penghujung cuti sekolah, sempat juga aku bawak kedua paru-paru aku ni ke Penang..Jalan jalan sebab org sebelah aku mendaftar di USM...

Di kesempatan ini, mereka berorientasi di USM..aku dan paru-paru cabut lari keluar menuju Quennsbay Mall...Difahamkan ada pusat Bowling situ..sekali pergi takder pulak..

Adik kak sudah masam masam manis...dipaksa nya aku cari sampai jumpa. Memang dah takdak..Setiap guard yang aku jumpa, semua aku tanya. jawapan tetap sama.

"Di sini takda..kat bukit jambui adaa.."

Dengan jawapan itu jugaklah aku bersama dua paru-paru aku melilau cari jalan menuju bukit Jambul dari Quensbay..memusing musing...akhirnya jumpa jugak..(bila balik semula ke USM baru perasan..aleiihhh...dekat ja..yang tadi rasa punya la jauh).

Ada short cut...aku guna long cut..

Adik bergaya sebelum membuat lontaran longkang...

kakak juga bergaya, sebelum lontaran longkang disempurnakan dengan cukup sempurna..heheheh

"tengok aa,..tengok aaa..mesti strike punya.."

"Ini bola aa...ringan saja..gua lontar senanggg ja"..kata dia setelah dialihbahasa ke ayat aku..hehehehe

Gaya mau lebih..!

Merenung nasibbbbb..menuju ke Pin atau ke longkang..hehehhe

"Tabik tuan baba..."

Dah lama sebenarnya tak main bowling ni...Kali terakhir, dua tahun lepas...Sebelum ni, nak cakap riak tu takda la, tapi nak buat strike tu senang senang ja dapat buat. Nak spin, nak hook semua aku tak tahu...Aku tahu baling straightt ja...itu pun strike...tak payah nak bengkok bengkok badan meleding konon konon bola itu akan ikut badan melencong mencari poket..hehehhe..

Pada paru-paru aku nasehat dan beri petua macam macam..

" nak straight, lepas lontar, tangan lintas ke telinga". kata aku

" Mata jgn tengok Pin...tengok tanda atas lane depan kaki...sure bole pergi betul punya"

" tarik napas sebelum gerak nak lontar"..

dan macam macam lagi..tentang lane..tentang bola....skill individu...menentang diri sendiri...ntah apa la aku pesan..

"tengok baba buat"....dan lantas aku menunjukkan balingan pertama...

paru-paru berdebar menunggu strike..

tapi.

HAHAHAHAHAHAHA...

"BABAAAAAA...................LONGKANGGGGG.."..

dejei...
Macamnana boleh ke longkang..sedangkan skill sepenuhnya sudah aku guna..

Moral of the story:..Jangan tunjuk ajar sebelum buat lontaran...tunjuk ajarlah selepas lontaran ketiga..lontaran pertama, lu belum tahu lagi menjadi ke tak..

keh keh keh...

Friday, March 18, 2011

hikayat merong mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa...

Menjadi topik perbualan, perbincangan malah perdebatan dalam kalangan masyarakat yang sememangnya dahagakan hiburan berstatus tinggi setinggi Hollywood.

heh!!..Penanda aras aku, pastinya Hollywood.

Cakap banyak pun tak guna. Nak tahu, kalian pergi tengok sendiri. Aku tak reti nak preview-preview filem nih....

Cuma boleh aku cakap filem ini memang best. Dari sudut filem, maksud aku. Tahniah, kepada KRU sebab dapat membuat aku terbuai dengan angle shootnya..sekejap datar, kejap dari bawah..kejap terasa macam terbang tinggi tengok bawah...

Cuma babak bergaduh parang parang itu saja yang nampak kelam kabut...tersekat-sekat.

Lagi satu, aku musykil kenapa tajuk itu yang dipilih. "Hikayat Merong Mahawangsa"..kenapa tidak "Merong Mahawangsa" sahaja. Fokus kepada Merong itu sendiri...Sebagaimana filem PGL, atau Asoka (SRK)...Tidak perlu guna Hikayat...

sebab, jika disebut hikayat...cuba kita rujuk apa yang ditulis oleh Profesor pada tulisan di bawah;

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa

oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Hj Salleh


Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.

Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

SUMBER:. Dari SINI.

Hikayat amat luas skopnya..tak tercekau sebuah filem nak garap semua sekali....

Apa apa hal pun, filem ni best berbanding filem filem keluaran tempatan yang lain...

Cuma tak jelas, Bagaimana Merong boleh dapat zuriat...bila masa embok (embok ke nama budak yang dijaga pakcik Kesum tu?) dipermengandungkan!!...kahwin?..tiada babak mereka berkahwin pun....

Lagi satu, tiada gambaran tentang sebuah kerajaan..(Langkasuka) digambarkan. Sedangkan di dalam dialog menegaskan Merong itu adalah raja Langkasuka setelah diberikan sebilah keris yang diperbuat daripada tahi besi yang jatuh dari langit..(fuhh..)


Atau aku terlepas tengok, masa aku keluar sekejap untuk melepas hajat...(sejuk ya amat panggung wayang di Taiping Sentral. Terkucil aku..)

****

Thursday, March 17, 2011

aktiviti di kala cuti...


Entri sebelum ini aku buat siang tadi...Spontan tertulis begitu apabila melihat kedua paru-paru aku berkelahi sesama sendiri. Bergaduh. Memekik-mekik.

Bukan bergaduh betul-betul pun. Lebih ke bergurau tak ketahuan hala. Bila ditanya,

"boringgg la baba..." jawab mereka serentak.

Aku faham. Cuti-cuti sekolah untuk pelajar sekolah. Bukan untuk guru. Aku ada kerja nak dikerjakan sepanjang cuti. Sedangkan anak-anak bercuti. Nak tak nak, hujung minggu ini aku kena bawak mereka berjalan-jalan jugak. Bawa lah kemana pun, asal keluar sekejap dari rumah ini. Jika tidak, mahu jadi tongkang pecah rumah aku...

Ok, Itu lain...Cerita yang lain,

Aku dengan kumpulan Selumbar Emas berjamming dua kenduri berturut hari minggu lepas. Cerita selanjutnya aku muatkan di dalam blog aku yang satu lagi...Jika sudi, sila lah ke sana.

Wednesday, March 16, 2011

Cuti...

Bila tak cuti nak sangat cuti..

Bila dah cuti, boring gilerrrrrrrrrrrrrr..

n3 ala ala status FB..keh keh keh...

Thursday, March 10, 2011

Kelas hujung dalam kalangan kelas mereka...

Rata rata semua sekolah di seluruh negara, hatta sekolah di negara Uganda sekalipun tentu sibuk sekarang ini. Mesti kucar kacir pelajarnya menjalani peperiksaan ..hehehehe..

Heh!

Aku. Time-time minggu exam memang aku suka. Suka sebab time gini, sekolah cukup cool...Sunyi, aman serta tiada pencemaran bunyi menusuk ke telinga dengan suara sumbang menyembang budak-budak umpama tokey ikan menjerit-jerit di pasar.

Bila menunggu murid menjawab, aku umpama belatuk memaguk batang pokok..tersengguk-sengguk. Dek nak menghilangkan rasa ngantuk serta bosan...aku melukis..

Beberapa subjek aku, dah tentu budak budak kelas tu...selalunya yang ada karekter la..

Senang nak tenyeh...

Dan....aku snap guna HP, ok...aku punya Scanner, lahanat hantu mana bagi rosak...nak beli baru, duit tak cukup...





Ini budak kelas paling hujung dalam banyak banyak kelas form 4..keh keh keh...

Lain kali gua cerita pasal sorang-sorang budak-budak kelas paling hujung dalam kalangan kelas mereka ini...

Sunday, February 27, 2011

Kelam kabut...

Kalian pernah rasa kelam kabut..kelam kabut maksud aku, segala kerja nak kena siap cepat.
tapi masa tak berapa nak cukup..

korang pernah?

aku pernah.

dan,

sekarang ini, segala macam mak nenek benda nak dibuat. Dengan hal sekolah. Game budak budak bola, rumah aku, gigi aku, kereta aku, pasu bunga pecah tak berganti, anak-anak, bini-bini..
ohhh....semua nak pikir..

izin aku fikir sekejap.

malam esok aku cerita satu persatu..

Monday, February 21, 2011

paklong 2

Kata Maher Zain, Insya Allah...

Kata Anuar Zain, Aku lah lelaki yang selaluuuuuuu, uuuuu, uu...

Kata Paklong Haji Zain.."mu bila nak pegi rumah paklong?"


Kata aku.......Bila bila lae...

Sunday, February 20, 2011

paklong...


Saudara paklong yang saya hormati,

saya harap dan sentiasa mendoakan agar paklong sihat-sihat sejahtera.

Izinkan saya buat satu pertanyaan.


"Bila nak siap?.Tak larat nak berulang alik jauh dahhhh...."

Thursday, February 17, 2011

FUCK!!!

Hari ini aku dapat satu perkara cenderung-cenderung ke Motivasi.....


Dikhabarkan kepada aku, oleh seorang sahabat baharu aku. Katanya, jika ingin kerja bagus, kita perlu FUCK!!!.

What the hell?>...


F = Fokus
U = Untuk
C = Cemerlang
K = Kerja..


kih kih kih...

Sunday, February 6, 2011

tadak kerja..


Ini gambar aku cuba buat semalam..Dah lama tak melukis.....cuba-cuba mengkartunkan Datuk Mahamud Abdul...yang selalunya, jika kita mengikuti musabaqah alQuran peringkat antarabangsa, pasti nampak muka dia.

Selalunya jadi Mc bersama-sama Mahathir Lokman (bahasa Perancis)..seghok seghik seghokh seghihhh..

Nak jadi cerita, tadi, kakak dah menTouch-up gambar itu. Di tambahnya Ahmad dan mengcokelatkan bibir Datuk ini..hahahahahah...

Bila di tanya kenapa?

Saja...tadak kerja.


Ini lah akibat cuti lama sangat...Mujur esok dah bukak sekolah. Tak lah serupa tongkang pecah rumah aku ni..


Selamat belajar, anak-anakkku.. Paru-paru aku....(NurulKhairina dan Nurul Izzah)...


*

Friday, February 4, 2011

Petua ilmiah daripada jantan budiman...

Korang pernah rasa tension akibat singki tersumbat?

Ya!!..aku pernah. Dah dua hari singki rumah aku tersumbat. Air yang mengalir keluar, slow nak mampus. Ibarat banjir di musim hujan. Lambat benar nak surutnya. Tapi tadi aku menjadi lapang dada. Masalah singki tersumbat selesai...

Selalunya dapur menjadi kawasan puak-puak bini. Selalunya juga, puak laki jarang di beri peluang untuk campur tangan dalam hal hal perdapuran. Segala susun atur, deko, peralatan, dan hal ehwal dapur di tangan mereka. Tapi.....bila singki tersumbat, puak laki la kena tala. Kena setel....(tak pulak nak setel sendiri..hahahaha)

Seperti golongan puak laki yang lain, aku tidak terkecuali. Kena jugak setel masalah itu.

Tapi aku ada satu petua. Kata orang, untuk melancarkan semula air di singki yang tersumbat, perlu jirus dengan air panas. Aku dah buat. Selalunya berjaya. Tapi kali ini tak berjaya pulak. Air memang keluar. Tapi slow serupa kencing bewak. Lamaaaaaaaaa baru habis.

Ada seorang sahabat aku bagi satu lagi petua. Katanya, sebelum dijirus dengan air panas, perlu diletakkan garam. Petua yang dibaginya tidak lengkap aku rasa. Tak pulak dikabornya garam kasar atau garam halus?.

Sudahnya tadi aku dah keliru samada nak guna yang kasar atau halus. Jalan penyelesaian, aku guna yang kasar. Beli sekati tadi. Ok. Berjaya melawaskan saluran singki. (nasib baik ok. Jika tidak aku dah nak beli lagi 5 kati)

Di sini, aku perturunkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah puak-puak laki ini.

Bahan yang diperlukan;

Garam kasar sekati
Periuk satu
Air paip
Dapur gas

Cara-cara:
1. panaskan air dalam periuk. Sementara air itu cukup panas, bahagikan garam kasar tadi kepada tiga bahagian.

2. Bila air panas, jirus habis air panas seperiuk tadi. Kali pertama tanpa bubuh garam. Tujuannya untuk memberi kejutan pertama kepada lemak-lemak dan minyak yang menjadi punca kepada kesesakan di saluran singki.

3. Seperti langkah pertama, jerang lagi sekali air seperiuk. Sementara menanti air panas, seeloknya tuang garam tadi, sehingga menutupi lubang singki tadi. Biar nampak membusut pun tak apa.

4. Bila air dah menggelegak, tuang air panas seperiuk itu di atas busutan garam tadi. Bruhhhhh!!!...Biar dia situ.

5. Ulangi langkah pertama tadi...Takung lagi air seperiuk dan panaskan. Ulangi langkah 4, sehingga habis 3 bahagian garam tadi.

6. Setakat ini, sebenarnya saluran singki sudah lancar. Minyak dan lemak garenti cair dan aliran air keluar dari singki laju macam air terjun.

7. Jerang lagi satu periuk air. Dan kali ini diijirus tanpa bergaram. Peringkat ini terpulanglah kepada kalian nak buat ke tak. Tapi, aku buat. Sekadar nak pelepas geram tension. (ikut hati, aku masak lagi air panas..jirus lagi. Tapi dah tak larat nak tunggu air masak..hehehe)


Sekian, entri ilmiah aku..Hahahahaha...(banyak lah kau punya ilmiah)

*

malas nak tulis tajuk....

gua cuti seminggu sempena CNY..


p/s:. entry, ala-ala status fesbuk...

Sunday, January 30, 2011

cerita diri sendiri

Sessi sekolah dah masuk ke minggu ke lima. Aku rasa macam semalam ja bukak sekolah. Masa rasa cukup singkat. Cepat. Sesak nafas.

Dalam masa yang sama, macam-macam benda nak dibuat. Dengan terlantik secara paksa jadi guru jadual waktu buat jiwa raga aku sengsara. Manakan tidak, tak pernah seumur aku kerja buat jadual. Kena pulak program yang baru aku dapat. Satu hal nak explore, satu hal nak agih-agih subjek untuk dibahagikan kepada guru-guru. Tapi akhirnya, setel jugak kerja. Dari sudut yang lain, aku bersyukur diamanahkan kerja puaka itu.

Sekurang-kurangnya, aku belajar sesuatu.

Urusan 'duniawi yang satu itu' dah sampai ke penghujung dah...Lepas raya cina, aku mungkin viva. Harap-harap selesai dengan jaya. Jika tidak, mungkin aku ke Putrajaya untuk minta ehsan kurangkan bayaran balik biasiswa yang aku dah pidyah habis, sebulan 900.00 selama dua tahun itu.

Terbaru, kumpulan aku [KGSE] dipelawa untuk bergendang mengiringi anak-anak Gayong buat demonstrasi. Bertempat di Taman Tasik Taiping. Sempena program Le Tour de Langkawi atau juga dikenali sebagai "orang kayuh basikal berlumba-lumba jelajah Malaysia dari Langkawi, tengok siapa sampai dulu dan masing-masing cuba mendapatkan gelaran raja bukit, raja pecut atau raja buah<---opss, ini durian sudah booked, ok.








Cerita selanjutnya, di SINI.


Cerita lain. Juga berkisar kepada usaha nak mengkelamkabutkan tuan dia. Rumah yang nak diduduki itu perlu diubahsuai. Kasi lebar sikit. Supaya senang nak letak sudut IT di ruangan rumah.


"Ini bilik adik, aaaa"

Dia sudah booking. Kakak punya bilik di sebelah. Nah. Ambik sorang satu. Puas hati.


Cerita yang lain. Gigi gua dah tak diselamatkan lagi. Perlu dicabut. Bermakna, 1.5% kehenseman aku sudah hilang akibat ghoghak...Tidak mengapa. Ini kerana masih ada 98.5% yang berbaki. Masih banyak lagi untuk menyedapkan hati tuan dia.