Jom...

Friday, October 29, 2010

Teruja...



Kreatif sungguh siapa yang buat video clip ini....Sah berada dalam mood jiwang. Tak pun sedang frust menonggeng...

Sesekali layan lagu-lagu di you tube memang mengujakan.

Cuma sesekali terfikir. Rajin anak-anak muda kita. (aku syak ini kerja orang muda. Tak pasti pulak jika ini sebenarnya kerja tokwan! ataupun opah!)



~gua layan dulu lagu ni, Ok!.



~

Wednesday, October 27, 2010

empat perpuluhan dua juta yang diminta, hanya tiga ratus ribu sahaja yang diberi...cukup kah?

*
Aku pernah mengeluarkan satu entri tentang kebakaran sekolah kebangsaan Jelai. Sekolah anak aku. Sekolah aku dulu. Dan sekolah emak aku jugak. Ya!..sejarah sekolah ini amat panjang.




Tapi ada satu hari itu, malang tidak berbau. Yang berbau adalah kesan kebakaran. Habis semua khazanah ditingkat dua bangunan tersebut hangus dijilat api.

Itu dulu. Punca kebakaran ketika itu masih tidak diketahui. Masih di dalam siasatan Bomba. Dan, sekarang ini aku pasti puncanya sudah dikenalpasti. Perkara ini dah lama. Bulan puasa lepas. Tak mungkin Bomba lembab menyiasat. Cuma, hasil siasatan tidak didedahkan.

Kebetulan tadi, aku bersembang-sembang pekena teh dengan salah seorang guru di situ. Yang kebetulan lalu menyinggah untuk makan (atau minum)

"huh...dapat 300 ribu ja, deng". kata dia.

Apa yang 300 ribu?.

Repair bangunan.

Repair ja?.

Ya.

Tak dapat bangunan baru?

Dakkkkkk!!

Ermm...berbeza dengan apa yang aku dengar-dengar semasa hari kejadian di sebelah petang dan keesokkannya. Ketika itu datang manusia bergelar YB wakil rakyat berjanji yang dia akan usahakan untuk mendesak pihak atasan untuk mendapatkan bangunan baru.

Ada juga datang pihak dari Jabatan Pendidikan mendendangkan rentak lagu janji yang sama. Akan cuba untuk meminta bangunan baru daripada pihak atasan.

Dan, ada juga desakan daripada pihak PIBG (suaranya mungkin bernada kampungan) juga rentak lagu janji yang sama. Akan cuba untuk mendesak dan minta pihak atasan untuk mendapatkan bangunan baru.

Tapi pihak atasan bagi hanya RM300,000.00.

Timbul soalan. Cukupkah nak buat bumbung dan repair segala kerosakan dengan hanya duit sejumlah itu?..

Entah lah......

Yang pasti. Anak-anak sekolah itu, sekarang belajar di merata-merata. Kantin, Bilik Muzik, Kelas terapung-apung...........terawang-awang.

Itu yang diluahkan sahabat tadi.



Ibarat kata Karam Singh Walia

"Hanya Jauhari Menganal manikam"
"Ibarat lembu punya susu, sapi mendapat nama"
"Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan"


Wallah Hu A'Lam.

*

Tuesday, October 26, 2010

Iyo lahhhhh....

Berita penuh sila lihat di sini


Aku terpanggil untuk memberi respon terhadap berita ini. Dua tahun bergelumang dengan buku (konon la,)..dalam jurusan Pendidikan Sejarah. Meneliti beberapa kajian yang telah dibuat di peringkat Sarjana, Kedoktoran, malah di peringkat ijazah pertama. Kesemuanya, menurunkan permasalahan yang sama.

Sejarah membosankan. Kaku. Jumud dek pengajaran yang bercorak hafalan semata. Murid mengingat fakta-hafal-ingat-hafal-ingat. Masa peperiksaan, luahkan semula. Hamburkan di kertas jawapan.

Kemudian berbagai cara dicadangkan supaya menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Belajar dalam kesukaan. Kegembiraan. Fun!..

Tapi dalam masa yang sama, objektif mata pelajaran Sejarah amat tinggi untuk dicapai. Sebut pasal patriotisme, rujuk kepada mata pelajaran Sejarah. Sebut pasal cintailah negara. Sebut pasal perpaduan kaum, rujuk mata pelajaran Sejarah. Semua Sejarah.

Ada kes Nawawee...pun sebab dia "buta sejarah".

Baru-baru ini, mata pelajaran Sejarah dah jadi wajib lulus. Ertikata lain, subjek Sejarah dah sama seperti subjek BM, yang jika engkau tidak lulus BM, engkau gagal SPM...

Sekarang. Jika engkau gagal BM dan Sejarah engkau gagal SPM!...

Bertambah beban guru-guru di aliran kemanusiaan. Rata-rata guru BM juga mengajar Sejarah. Begitu juga sebaliknya.

Ingat lagi PPSMI?...guru-guru matematik, Sains dan Bahasa Inggeris mendapat imbuhan ketika PPSMI dijalankan. (malah dapat lap top...)

Sekarang guru kemanusiaan dapat apa?.....insentif?...(bebulu ja aku dengar)

ok! ok!....aku dengar kalian cakap. Guru umpama lilin. ngajar je la..jangan banyak soal.

Tapi ini bukan banyak soal atau tidak. Tetapi perancangan!

Dicadangkan mata pelajaran Sejarah diajar dengan kaedah dan teknik yang dapat menarik minat pelajar. Membuat rombongan, kerja luar, contohnya.

Ada yang mencadangkan kaedah drama, forum, perbahasan, lakonan..entah apa apa lagi lah kaedah yang boleh membangkitkan semangat dan keseronokkan belajar.

Cadangan memang mudah. Perlaksanan yang payah. Ibarat, memukul angin. Senang menghayun tangan. Tapi kesannya?....sendiri letih!

Hmmm.....Pada aku, cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah ada kena mengena dengan kontrak sosial. Hal yang semakin berani anak anak Malaysia mencabarnya. Walaupun telah tertulis di dalam perlembagaan. Hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera sudah mula tercabar. Semua dibincangkan dalam persidangan UMNO.

Bila aku menulis tentang isu ini, pasti aku akan digelar Racist....betul aku Racist. Racist dalam konteks negara kita Malaysia. Racist aku bukan di dalam akuarium Amerika. Mahupun Afrika Selatan. Tapi Malaysia. Kena ingat itu.

Sepatutnya, perkara ini dah ditangani sejak dulu. Bukan sekarang. Apabila keadaan semakin teruk (dibaca UMNO: seperti kehilangan pegaruh).


Tahun depan, aku balik ke sekolah. Mula mengajar seperti dua tahun lepas, setelah tak pergi kerja selama dua tahun! Tak tahu apa nak jadi selepas ini dengan sistem pendidikan negara kita ini. Dasar cepat berubah-ubah. Serentak dengan berubah-ubahnya aturan politik negara.

HUH!...

*
*

Saturday, October 23, 2010

Secarik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua...(sempat, jika dia tidak mati kena sembelih)



Gambar-gambar di atas aku dapat daripada album rakan Facebook aku. Sekolah lama. Sekolah yang tiba tiba, aku teringatkan arwah Ayahanda. Dia lah yang membawa aku masuk ke sekolah ini.

Di sekolah ini aku pernah belajar. Segala-galanya tentang ilmu. Ilmu untuk bekalan di hari tua sementara masih hidup di dunia sehinggalah Ilmu untuk bekalan Akhirat. Pendek kata, untuk dunia dan akhirat jua..

Tapi ada juga ilmu hal hal duniawi yang aku dan rakan-rakan cipta sendiri....untuk bekalan hidup di asrama hantu jepun lalu belakang itu.

Ya!..Facebok...kekadang dorang gatal sebut pesbukk...

Ramai berpendapat Facebook satu fenomena. Ya!..betul. Bukan fenomena dR. Rozmey tu..itu, mengarut....

Maksud saya, laman web jaringan sosial.

Iya!..lagi sekali. Daripada nama laman itu. Jaringan. Sosial. Jika kamu rajin, sila ke kamus dewan untuk mencari makna istilah ini. Jika tidak rajin, cukup sekadar berada di sini. Baca hingga habis, apa yang saya tulis.

Sama seperti nama yang diberi..Tempat itu memang banyak jaring. Jika terperangkap, susah untuk membolosi keluar. Kecuali kita bijak dan punyai kesungguhan.

Selama aku bergiat dalam laman web itu, cuma bersosial yang aku dapat. (Maaf. Rasa tidak selesa berbahasa diri saya...saya...lemas!). Memang di situ tempat yang memang sesuai untuk mencari kawan. Kawan lama. Kawan baru. Atau kawan yang jenis makan kawan. Kawan biasa. Malah kawan luar biasa dari kalangan manusia yang biasa-biasa.

Wednesday, October 13, 2010

Majlis Persaraan Ustazah Mariam..SDK 2010..

Merenung makanan...


Doa..(sambil merenung pinggan..)


kakak Peaceee...


ketua panitia pendidikan Islam..(Ehem.ehem....sori..batuk skit..)


Yang diraikan....Ustazah Mariam...


Tunggu masa nak ngapp...


Close-up skit...( Nampak seruoa mak mak ja kan...atau serupa tok tok)


Juadah...Yang perlu di sesah licin...
(Aku tak inggat menu..bila tengok gambar ni, baru tahu..ikan tu ikan siakap..hehehe)


segmen sajak.....(sajak la kata dia...tapi macam baca berita ja...)


makan...(Tukang baca Doa, pidyah dulu air tu..hehehehe)


potong kek....(Ya...memang kek...bukan sabun)


back drop....
(sebenarnya banner...banting, bunting..ntah apa nak sebut tak reti..lupa dah)


ustaz Kamaruddin.....lepas ngajar di surau mana ntah, lupa..terus datang...


Laki bini...(Ustaz Kamaruddin dan Ustazah Mariam)


hadiah...


Adik..


Album..


Album..


Album...

Album..


*

Monday, October 11, 2010

10.10.10

Sungguh cantik nombor ini.

Tarikh rebutan pasangan mempelai, mengikat satu perhubungan suci.

Tidak ketinggalan, en. angkasawan kita. Juga melangsungkan majlis persandingan itu tadi.,...Nampak meriah, kelihatan di majlis via Tv3. [ketika n3 ditulis]

"kenapa kena tunggu 5 tahun baru boleh menikah?". Tanya Pak Abu tiba-tiba. Tokey kedai kopi kampung phang libang libu memang suka bertanya itu dan ini.

"kenapa pulak Pak Abu?"...Pak Cek tiba tiba berkelip mata apabila terdengar soalan pak abu.

"Lepas dia turun dari bulan, kena tunggu 5 tahun, baru menikah. Mungkin duduk kat atas, Anu jadi lembik kut...nak kena tunggu 5 tahun baru pulih?" Pak abu mengagak. Ketara konfius.

"HA HA HA....." Pak cek gelak besar. diikuti dengan hirupan air ketum. Sambil mata sepet sebelah. Mulut herot menahan pahit. Namun, demi berdengung digagahi juga.

"Takdak kena mengena la, Pak Abu" balas Pak cek. " Lagi satu, dia bukan pergi ke bulan pun.."

HA HA HA....

....bersambung.


Sunday, October 3, 2010

Kasih disemai, Sayang dituai...Sebuah Memoir...

Tertarik dengan ayat tentang hubungan anak dan ibubapa di dalam buku Kasih disemai Sayang dituai...sebuah memoir (2008: ix), dalam mukaddimah penulisnya :

"...adalah satu regu intim dalam keluarga yang saling perlu-memerlukan.."


Hmmm..Regu Intim...



Jika di dalam permainan berpasukan (takraw atau badminton, contohnya) kerjasama antara regu adalah perlu. Jika tidak, permainan akan tamat lebih awal.

kerjasama dalam takraw, supaya bola tidak jatuh ke gelanggang. Sama seperti permainan badminton. Agar bulu tangkis tidak, jatuh ke gelanggang, atau tersangkut di jaring...


Hubungan ibubapa dengan anak bukan seperti tuan dengan lembu-lembunya...perlu patuh dan taat...makan kata tuan, makanlah lembu-lembu itu...diseret makanan ke kandang..

Nah!..makan la kau rumput-rumput ini..

sendiri ambil, sendiri suap. sendiri makan...Jika tidak, kau akan kelaparan, lembu.

Tapi di sudut hati, pasti. Lembu juga ada keinginannya sendiri. Juga teringin makanan yang lain. Juga teringin, di layan semasa makan. Disuap. Diajak berbual ketika makan. Berbincang. Bertukar-tukar cerita. Bergurau. Bermesra....


Ya!...itu bukan hubungan kita dengan anak-anak kita...Bukan seperti lembu dan tuannya.


Berbalik kepada analogi tadi, regu ini perlu dijaga. Jika tidak permainan rumahtangga akan tamat lebih Awal...sebelum masa ia sepatutnya ditamatkan....

Maaf...

Aku perlu hadiahkan buku ini pada seseorang...setelah selesai aku curi membaca..


salam..