Jom...

Saturday, January 23, 2010

gendang

*

Bila perut terasa lapar, sudah menjadi lumrah alam. Ia akan mengeluarkan sedikit bunyi kruk krak kruk krak. Makin lama makin rancak. Nada dan tempo juga turut berubah. Seolah-olah mendendangkan irama lagu-lagu gendang silat.

Cak pak cak pak.. ting ting.... das....

Dan, terus mengingatkan aku kepada seorang sahabat yang sealiran minat dan hajat. Semuanya satu. Berusaha memertabatkan irama seni gendang silat...Sudah lama tidak bersua.

untuk keterangan lanjut sila ke blog beliau, di sini-->SINI..




*

Saturday, January 9, 2010

Duk tak duk, aku teringat Sabah....kenapa hah?

*

Semenjak dua menjak ini, hati aku cepat tersentuh. Sentap. Mungkin penangan kerja study aku yang aku tak pasti dapat buat ke tak...Rasa nak mengalah. Bunuh diri.

Tiba-tiba emosi dicuit kenangan-kenangan lama. Aku teringatkan tempat aku mula-mula kerja dulu...

Lebih-lebih lagi ada beberapa orang anak murid aku semasa aku berkhidmat di Sabah meng'kontek' aku. Hubungan terputus terasa seperti disambung-sambung kembali. Disirat kemas dalam memori.

Hati aku melonjak untuk pergi semula ke Sabah.

Kawan aku pernah menyebut..

"kalau kau dah mengajar di Sabah, jangan sekali-kali naik Gunung Kinabalu...jika tidak, pasti kau tak dapat melupakan negeri ni..".Kata dia yang dah lama mengajar di sana. Dan, semasa dia bagitahu perkara ini, tempoh perkhidmatannya di sana sudah mencecah 12 tahun . Lama tu.....

"..sampai bila-bila". Dia menambah. Aku menggeleng kepala tanda tidak setuju.

Betul. Aku tidak percaya apa yang dia cakap. Pada aku, Perkhidmatan aku di sana sekadar memenuhi tuntutan posting kementerian pendidikan. Cukup tempoh masa dan haulnya, aku akan pulang ke kampung halaman.

Bila dah balik kampung, tak mungkin aku ke sana lagi. Ibarat cerai talak tiga. Tak boleh dirujuk kembali. Finished ..! Tamated.....!

Tapi...tidak sekarang. Di keheningan waktu nak ansur-ansur mendakap subuh, aku sendirian mengakui kebenaran kata-kata kawan aku itu. Lebih terkesan di lubuk otak, bila aku membelek gambar-gambar lama..........terus Aku scan. Sekadar berkongsi cerita dengan korang, aku uploadkan di sini..

bersama team KRS aku dulu......


Tapi ada satu tempat yang cukup aku nak pergi dua kali jika ada kesempatan......Nak tengok pokok ni sekali lagi. Besar sungguh. Tak pernah aku jumpa dan pegang pokok sebesar ini..hahahahaha!


Salammmmmmmmmissu...


Bulan 6...jika tiada aral, aku mungkin pergi ke Sabah.....tak pun bulan 7...atau 8. Mungkin 9. atau 10...ntah..bulan 11 kut..


*

Thursday, January 7, 2010

Boleh Kenyang ka?....

Tadi aku ke Eprd meninjau bahan tesis. Aku cakap tinjau sebab memang betul-betul aku tinjau..Haram sepotong ayat tak menulis lagi....Masih terkial-kial memilih permasalahan kajian. Bila waktu masuk dekat dekat jam dua petang, perut aku auto lapar. Baru sedar tak lunch lagi...

Punya khusyuk membelek hasil kerja orang hingga aku terlupa ke perut sendiri. Jika khusyuk itu diberi markah, mungkin aku dah boleh lulus, hanya dengan markah khusyuk itu tanpa perlu membuat tesis!...

Tempat makan aku di Cafetaria, area area situ jugak....Tapi yang bestnya, atas meja makan di situ banyak info yang dorang tampal-tampal..

Di meja yang aku duduk, tertulis info ni...aku rasa nak tergelak...lantas segera meng'snap' gambar. Korang tengok la....

Boleh kenyang ka makan macam ni?.......


hahahahaaa.......



Lupa nak bagitahu, aku makan di Cafetaria Bawah Blok Kementerian Kesihatan.....Patut la.


*