Jom...

Tuesday, September 29, 2009

RAYA: Episod 4( makan tgh hari di rumah aku...

*
Ini rumah aku. Silap. Rumah kerajaan. Aku tumpang duduk. Dah 5 tahun aku tinggal di sini. Selama itu lah, elaun rumah dah aku tak merasa. Kerajaan ambik balik sebab aku tinggal di kuarters dia. Buruk siku betul kerajaan ni. Dah bagi, ambil balik. er..er..maaf.

Bukan tentang siku yang aku nak cerita. Masih bab cerita pasal Raya aku. Banyak benda nak ditulis. Aku cadang nak sumbat n3 pasal raya, terus lajak sampai raya haji.

Boleh tak..?..ha ha ha.



gambar ni aku tujukan kepada kerajaan malaysia...ko tengok la..umah ko....sempit. nak buat kenduri pun tak muat makan di dalam..kena sambung tikar makan di luar rumah...


Man_ong dan anak.., Dikuk dan anak Mi.., Loyot (abg ipar aku..) member porong tukugho kapongku...


Bila dah lajak petang, kami sekeluarga bergambar ramai-ramai. tahun ni backgroundnya bukan rumah bercat kuning. Tapi background bukit bukau dan sekolah tempat aku kais pagi makan pagi kais petang makan petang suatu ketika dulu.....



salam..............................

*

Sunday, September 27, 2009

RAYA: Episod 3..( pagi raya di rumah mak mertua isteri aku..dan petang di rumah mak mertua aku

*



cucu-cucu mak....

lepak-lepak makan sambil rilek2 melayan syahdunya pagi syawal.....nak cepat, seprah lapik kueh tarik ja paper lama....resaikel..he he he

ini bukan cucu-cucu mak.....geng marhaban mana ntah....ha ha ha..

mulanya aku tak pasti anak siapa....bila di tenung dan tenang lama-lama...baghu nampak shape....patern muka kawan2..ha ha ha...

anak kawan-kawan kampung aku la jugak.....Dan terus teringat masa aku baya dorang....habih sekampung aku terjah..tak kira rumah sapa..best betul!....

Ni Shahizan..sepupu aku..UUM, Sintok. katanya Profesor madya dah.....tahniah abg...gambar ni aku nak tunjuk kepada kak hida (Ashley)...Ni kawan laki hang...Betui ka?...Suruh dia tengok..Buat kawad Cam. Takut silap orang....Aku pun tak pasti....

Awat abang jadi kecik dari aku ni..ha ha ha...Kuruih posa kut no.? masing-masing sebok, di kesempatan aidlfitri jer la..nak jumpak pun...




salam, semua...


*

RAYA-Episod 2.( Malam raya pekena Teh tarik....ha ha ha...)

*
Pergh..bila dah lama tak jumpa kawan-kawan boleh lupa diri kejap. Bila dah kumpul ramai-ramai, macam-macam cerita keluar. Pung pang pung pang, sembang lajak sampai pagi. Ni semua sebahagian daripada member porong Web Batukugho kapongku....

Raya ketiga ada majlis perjumpaan ahli porong....Aku juga diminta melibatkan diri menjayakan majlis ni..Aku tadak hal....asal nak bergumbira, aku boleh saja. Tolong menyibukkan diri. Tolong menolong apa yang patut.


Ni sembang2 malam raya kedua ni....sambil menunggu masa sesuai nak pasang bunga api...ha ha ha.....tak sempat nak menyevideokan bunga api ni....sempat la ambik gambar sekeping dua. Berbantukan kamera handphone ja, aku ambik gambar ni....



Malam sebelum hari jadi...ramai yang datang menolong bersiap-siap apa yg sepatutnya...Kata Kawan Aku, benda ni bukan paksa...Sukarela.....Betul, sambil aku angguk kepala.

Bahagian Hadiah masih terkial-kial menghabiskan kerja......
mana ahli yang lain.....


Huh..!!!

Semua duduk di luar dewan....tgk bunga api, sedas lagi...gila!. Banyak betul dorang bawak balik....senyap-senyap ja pasang........dum dam dum dam.....ha ha ha...Meriah betul.

Di fahamkan, semuanya diseludup dari siam, melalui betong....Dua malam beturut-turut dorang ni hantam bunga api..terang benderang dunia pekan Batu Kurau tika itu. dan, malam kedua, Prof jai pun keluarkan bunga api yang dia bawak balik.....nah!,,berperang sakan.. tapi yang bestnya, semuanya bapak2 budak yang main.. Masa ni anak2 tengok ja..pak pak main.

Tahniah.....tahun depa kita sewa lori treler..., bawak balik bom pulak. ha ha ha


************

Saturday, September 26, 2009

Bila semua dah start taruk n3 raya, aku juga tidak ketinggalan...RAYA - episod 1

*
Hari Raya di tempat aku....

rokok pertama di pagi aidil fitri yang syahdu...sebelum bertolak ke rumah mak aku


Dan sempat pulak bergambar, bila balik daripada sembahyang sunat aidil fitri....

emak nan sorang....

Pagi okey..bila tengah hari, cuaca agak mendung. Bila hari beralih petang, nah kau...hujan turun mencurah-mencurah. menderuuu.....itu cerita di petang raya.

Tapi, sebenarnya sehari sebelum raya pun, hujan dah membanjiri jalan menghala ke pekan Batu Kurau. Banjir kilat. haaa.........

gambar ni aku cilok dari blog tok serunai....member kapongku.
Cerita lebih lanjut........Tengok sini.

Dalam deruan air hujan dan dentuman guruh di petang raya pertama, aku hanyut diulit mimpi. Hanya terjaga bila perut terasa lapar. Jam menunjukkan pukul dah dekat-dekat nak maghrib. Tak tahu la pukul berapa. Fuh! gila sedap layan tidur waktu petang.

Malam. Mata tak dapat lelap. Turun Pekan. Join kawan-kawan pekena teh tarik. Siapa sangka malam raya kedua dah ada kedai buat teh tarik.

Pung pang pung pang punya sembang. Sedar tak sedar, sembang sampai lajak ke pukul 3.30 pagi. Mata pedih. balik rumah sambung tidur.......ha ha ha...Meriahnya raya.

Ini sekadar intro....
.
.
.
.
.

Thursday, September 17, 2009

selamat hari raya....

*


Di penghujung Ramadhan ini, kita sudah mula terasa bahang-bahang nak sambut raya. Dan, bahang yang paling best, masa bakar lemang.

Begitu juga dengan lagu lagu raya. Kemana saja kita pergi, lagu-lagu raya saja yang akan berkumandang. Dalam radio, jgn cakap lah....selang 5 minit, lagu raya, selang 5 minit, lagu raya....Pastu ada pulak ucapan-ucapan selamat hari raya...memang muslimin betul.

Aku?...pun begitu juga la rasanya. Jadi cukup tak muslimin jika aku tak buat ucapan sikit-sikit sempena aidilfitri kan...

(..korang tgk la, ayat aku tulis ni...ha ha ha...macam gampang...bersepah. N3 di buat waktu siang..di bulan posa....gini la gaya nya... Cadang nak tulis panjang pasal nak sambut raya....pasal kueh batang buruk..pasal kerepek pisang..pasal maruku...pasal ketupat daun palas...pasal lemang..pasal mercun..bunga api..pasal zakat fitrah..pasal...pasal kueh bahulu..kueh bahugua..dan macam2....Tapi semua idea ilang entah ke mana. Idea ni ada sahabat. wasap wasap okok. Dek waktu siang, takleh wasap...sama juga dia pun..ilang)

Jadi dah takde benda nak tulis, aku nak buat ucapan sajalah... Selamat menyambut hari raya aidil fitri (bagi besar sikit.....volumenya!ha ha ha) kepada sahabat handai yang menjengah ke blog aku ni. Samada yang telah meninggalkan jejak lepak lepuk, atau pun sesiapa yang sekadar masuk baca, atau sekadar masuk nak tahu, pastu mengata belakang...

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN....


sebelum terlupa...Nak bagitahu la, Blog aku bukan blog politik....jadi jgn harap nak jumpak artikel pasal perjuangan membela bangsa dalam ni...tempat len ada..pegi cari sana!


*

Friday, September 11, 2009

pak teh cha.........aku terkenang..

*


Bila keseorangan, sunyi ja rasa. Terkenang pulak pada gendang, serunai dan gong. Dah lama tak main benda alah ni. Dulu sebelum berkariah di daerah Bangi ini, sering juga aku berkunjung ke rumah Zul, di kpg paya, Batu Kurau untuk bergendang. Bergendanglah kami, alang alang ....terus ke waktu sahur.

Itu dulu. Sekarang dah tak jumpa saat-saat begini. Masing-masing sibuk. Kumpulan gendang Selumbar Emas hanya tinggal nama. Jarang sudah kami berlatih. Berweng-weng, mendengungkan telinga mengalunkan irama cak pak ting ting doh ini...Aku rindu suasana itu...

gambar gendang aku dulu...gendang ppd daerah sebenarnya...Ini lah set gendang yang dibawa ke hulu ke hilir.

Di saat ini juga, aku terkenangkan seorang guru tua. Seorang guru yang pernah mengajar aku tentang BISMILLAH Serunai..Seorang guru yang cukup aku sanjung. Guru tua yang sebaya arwah ayah. Rakan sepermainan arwah semasa bergendang di waktu muda.

Pakteh Cha. Nama yang sering di panggil bagi merujuk kepada guru tua ini. Nama yang sudah dikenali jauh. Hatta si Peniup serunai kumpulan gendang gemala kasturi juga mengenali beliau. Dalam kesempatan ini, aku cuba bercerita tentang pak teh cha. Tidak pandai menyusun ayat, jadi aku hidangkan gambar untuk kalian tatap.

gendang di rumah pakteh cha.....gendang yang menjadi mainan aku suatu masa dulu...


pakteh menunjukkan cara memilih gendang yang sesuai dgn diri pemain...tinggi gendang mesti setakat telinga pemain jika diletak diatas riba.


salah satu cara gaya pegang gendang...


pakteh bukan saja buleh main..malah membuat gendang....aku kagum.



sebahagian daripada kulit yang digunakan untuk membuat gendang...kulit lembu, kambing.


salah satu kaedah menjemur kulit gendang, sebelum dipotong mengikut saiz yang diperlukan.


sebahagian rotan yang sudah diraut kemas, sebagai penarik kulit gendang


gambar pakteh cha masa muda2 dulu....gambar yang di gantung di dinding rumah dia...tahun bila aku tak pasti..tapi lama dah la..



sebahagian artikel tentang pakteh cha dalam sebuah tabloib..tulisan saudara Usu Azha...jurnalist kelahiran batu kurau..sila ke blog beliau.


gambar beberapa tahun dulu...kakak, adik, dan afiq (anak amran)..ketika mencuba gendang2 yg memang sentiasa ada di rumah aku...


pakteh cha sekarang...

gambar yang aku ambil..dua bulan sudah...


Pakteh.

Sesungguhnya aku merindui pak teh sebagai guru aku...aku sentiasa berdoa agar pakteh sentiasa tabah dan kuat melawan sakit yang ditanggung. Harap pak teh cepat sembuh....nanti aku pegi jumpa pakteh. Buleh kita bersembang panjang. Minta maaf. Dah lama aku tak ke rumah pakteh...

Untuk mu pakteh, aku buat kan n3 khas ini. Aku tahu, walaupun pakteh tak jumpa blog ini, tapi aku nak pak teh tahu.....Aku berbangga dengan pak teh. Walaupun aku bukan anak murid yang cerdik, atau dalam ertikata yang lain, tak banyak yang aku dapat, tapi pak teh tetap ku anggap sebagai guru aku. Dunia dan akhirat.

pakteh,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
.
.
.
.
.







Friday, September 4, 2009

Puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan tidur dari pagi hingga ke petang...

Minggu lepas aku balik berpuasa bersama keluarga. kakak dan Adik ku berikan semangat untuk berpuasa. Aku tazkirahkan tentang padhilat2 puasa. Sekadar yang aku tahu. Namun pemahaman adik agak terhad. Dia cuma paham tentang fadhilat upah duit raya. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Aku tak kesah tentang itu. Cuma nak mereka tahu, tentang rukun yang satu ini. Aku kira mereka pasti akan keletihan berpuasa. Namun telahan aku agak meleset. Bahkan sepanjang hari mereka cergas. Ngalahkan bapaknya....(tak cergas sebab kekurangan nikotin dan tar dalam badan...)

Nak nak pulak masa tu memang cuti sekolah. Happy la...tak payah ke sekolah. Sepanjang hari nak main. Aku risau mereka tak tahan. Cara yang selamat, aku suruh mereka diam ja..Tengok tivi...buat apa kekdah yang tak meletihkan. Bukan apa, takut bila dah letih, minta buka pulak puasa tu.

Badan dah makin mengembang, mana boleh tinggal-tinggal puasa.

Bila petang. Kemungkinan kudrat yang ada tak banyak digunakan sangat. Jadinya, tenaga berlebih. Dibantainya main bola. Aku tak perasan pun. Bila sedar riuh rendah ja di luar. Sekali tengok ..he he he...

Ayie...tunjuk handal...he he he.

Gelecek, kak........gelecek...

padang stadium tak rata...jawapan dia..., bila di tanya kenapa bola asyik masuk celah kangkang jer...

Sesi bergambar semasa rehat separuh masa pertama...juru gambar baru bangun tidor..

***************

Esoknya adik demand nak bukak puasa di Kenny Rogers. Aku pandang mama. Mama pandang aku. Pandangan mama meleret ke poket aku. Hmmm....masih berisi.

Ok!..jom berbuka di kenneisssssssss.......Rojoh!

kakak dengan muka muslimah, menanti dgn penuh sabarrrr...

Adik..
jap jap tengok jam..jap jap..tengok jam........Sabar dik, sabar yer..he he he..

sudut ini cukup seksa aku nak snap.....tak fokus ke muka...asyik mengira buih air lemon tea..ha ha ha

Sabarrr kak...................

....................lama aku perati dia menghayati lekukkan dan aroma muffin

Tak sanggup menunggu lama...he he he


ambik kau!..he he he.................puas hati.


Malam yang cukup rojeh punyaaaaaaaaaaaa.......

Esok kita mari lagi, baba nak?...cadang adik..


ya...esok, puasa ke tujuh tahun depan pulak..he he he....



*