Jom...

Thursday, April 30, 2009

cuti...

Bila dah start cuti, agak jenuh la aku membaca Yasin... Tambah2 malam jumaat pulak ni.......

Tuesday, April 28, 2009

Siri Tayang gambar anak #2: Taman Tasik taiping….

Bila sebut taman tasik Taiping, jelas tergambar dalam bayangan sebuah tasik yang luas, pohon besar kiri dan kanan jalan. Serta suasana yang aman, damai lagi menyenangkan. Sebab tu, jika kepala korang berserabut. Dan tiada tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran. Aku syorkan korang pergi ke taman tasik Taiping. Sungguh!...disini kita akan terasa kedamaiaannya. Seiring dengan nama Taiping itu sendiri yang bermaksud kedamaian yang abadi…kata kawan aku, seorang guru sejarah!... (er..er..aku syorkan korang pergi petang. Jika pergi malam, aku tak pasti korang dapat tenangkan fikiran atau sebaliknya…ok!..he he he)



Jika korang ada anak kecil, sebaya anak aku, elok kalian bawak main-main di sini. Bebas. Free. Tak kena caj. Jika nak kena caj pun, bila bayar harga ais krim yang dibeli. Ataupun rojak buah potong yang sorang apek tu jual atas motor dia.

Ada sekali tu aku bawak anak aku main-main di Taman Tasik Taiping ni. Petang. Hampir hampir waktu nak senja gitu. Tempat budak budak main. Seronok la depa kan. Aku?...seronok jugak. LAYAN JAAAA….

Cuma aku agak musykil dan heran. Kenapa tempat tu dah tak macam dulu. Semakin suram. Alat-alat permainan nya pun dah lusuh. Ada yang rosak. Aku sempat snap dua tiga keping gambar. Aku agak kerosakan alat permainan di sini boleh mencederakan budak budak yang main. Agak membahayakan.

Cuba lihat gambar dibawah ni….

Rumput pun dah tak berapa best! dengan lecah dan becak disana sini


Buaian dah tinggal besi ja...


Ni pun sama....tinggal tiang ja...mana buaiannya?..


nampak kan...berlubang pecah...Cuba korang bayangkan jika anak kita sedap sedap melunsur, berseluar pendek atau memakai skirt...sedap sedap ja dia menghiris peha anak anak kita!


Lobang!.....


Ni gambar sempat aku ambik...adik sorang ni nak menggelungsur, tapi sempat di tahan kakak dia. bayangkan jika dia terus melungsurrr...dan peha dia terhirissss..isk..isk..tak leh bayang!




Cikgooden: Tak kira la sapa jadi kerajaan, tengok2 la sama tempat ni. Selamat rakyat, selamat negeri....

Saturday, April 25, 2009

Siri Tayang gambar anak #1: Berfoya-foya….

Jangan lupa tunggu lagi 10 tahun…


Awas!
Jgn terkejut jika dua bersaudara ini menempa nama di arena permotoran dunia.

He he he….

Aku cukup suka menghabiskan waktu cuti berfoya foya bersama anak aku. Dekat-dekat je…sambil-sambil jalan lepas tution. Sempat jugak la bergambar atas motor depan panggung wayang Taiping Sentral. Pawagam. Tempat biasa kami jika ada kelapangan. Tak kira la cerita apa. Masuk ja. Layann…..

Lepas tution pi makan-makan la, lapaq. Jangan kata depa, aku sendiri pun. Tempat kesukaan adik n kakak. Mana lagi?... Mee hot Plates ...





tak sempat air sampai dah start makan, pastu gaduh la panasss..ha ha ha




Apa la yang best sangat rasa mee tu tak tahu pulak aku. Ada la sekali aku try. Sebab nak tahu tang mana sedap Mee jenis Pinggan Panas nih…

Tahu apa rasa dia..!...Ceh. haram jadah,

Punya la sedap. Patut la dorang selalu mintak makan. Aku pun dah mula ketagihan. Asal ada masa ja mesti singgah sini. Makan. He he he….

Cikgooden: Tak nak bagi tahu kat mana kedai ni…yang tahu dok diam diam. Jgn bising. He he he…

Friday, April 24, 2009

Panik…

Panik…Ada satu hari tu. Dalam dua minggu lepas. Tak silap aku 8/4/2009 hari rabu, aku ada balik umah kejap. Sambil tu aku pegi sekolah lama. Jumpa kawan dan anak murid seko dua. Dah lama tak jumpa, ada la dua tiga orang anak murid mai salam. Tegur. Tanya khabar apa lebih kurang.

Nak di jadikan cerita, waktu tengah hari, masa nak keluar, tiba tiba sekolah jadi kecoh. Apahal?. Histeria apa tengah hari rembang nih. Kena rasuk setan ka?...Mana mungkin. Sama macam lembu, Setan pun tengah sedap sedap tidur masa ni. Nak merasuk pun tak best. Kata dia. (Barangkali. Aku agak je….he he he.)


“Cepat cikgu ada pelangi keliling matahari.”…..Iyer?..
“ada awan tertulis kalimah Allah” ….iyer?...
“Cepat keluar tengok…”………..


Semua budak keluar kelas. Tercangak-cangak memandang langit. Sungguh. Waktu tu, tengah panas. Hampir jam satu tengah hari. Kelibat pelangi membulat melingkari matahari. Cantik sangat. Hebat ciptaan Tuhan. Jarang berlaku. Bila peluang dah ada, budak-budak menerpa keluar untuk melihat. Kecoh jugak la sekolah. Yang sebenornya, Aku faham sangat trik depa nih. Sesaja buat kecoh. Dapat la lari dari kelas kejap. Hi hi hi…kalut tak belajar. Bukan ada apa pun.


Sambil tersenyum sempat aku snap gambar gelagat budak-budak sekolah. Kemudian aku bertolak keluar untuk ambil anak balik sekolah.

**********
Tak tahan dengan soalan adik dan kakak.

“baba ada nampak setan kena panah tak?” tanya adik, cemas. “hah?..setan mana pulak ni, dik?” balas aku. Lalu dia menceritakan perihal fenomena tadi. Pelangi melingkari matahari. Dan awan yang membentuk tulisan Allah. Tapi imaginasi dia lagi tinggi. Dibayangkan awan tu setan yang terkena panah.

Kakak juga. Sama macam adik. Ketakutan. Aku tanya depa, sapa yang buat cerita?..Cikgu bagi tahu. Alahai cikguuu…..aku tersenyum sendirian.


Cikgooden: Teringat suatu masa dulu, masa kemunculan objek-objek di langit. Budak2 asrama semua insaf berabis. Menangis. Bertaubat. Tapi dulu la…dulu. Sekarang ni, budak budak yang menangis sakan tu, macam mana cerita dia?...masih ingat tak lagi taubat dia.. …….Eheemmmm.






Tuesday, April 21, 2009

Nurul Ashikin yang aku kenal...

Sabtu, 18.4.2009 menjadi tarikh bersejarah bagi insan bernama Nurul Ashikin. Beliau merupakan bekas anak murid aku. Tahun 2001, aku pulang dari Sabah dan ditempatkan untuk berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai . Ketika itu, Ashikin ini dalam tingkatan empat atau lima kalau tak silap aku. Aku dah tak ingat. Sekarang ni dah besar dan sudah jadi bini orang. Mungkin sembilan bulan lagi akan jadi pulak, mak orang. Jika rezeki dia menjadi.

Kebetulan, grup gendang aku dijemput untuk meraikan majlis beliau. Pada mulanya aku sendiri tidak tahu siapa yang jadi mempelai dalam majlis ini. Sehinggalah aku terpandang pengantin perempuan berbaju kuning air, menggenggam bunga, berdiri menunggu kekasih hati di muka pintu rumah.


Oh!..budak ni. Baru teringat. Dulu-dulu aku suka mengusik dia. Orangnya mudah tersenyum. Kata lah apa saja. Usik lah sesedap mulut, dia hanya tersenyum. Manis. Dan sekarang di hati kecik aku, besarlah harapan agar dia bahagia dengan orang tersayang pilihan hati. Aku suka bila anak-anak murid aku bahagia. Terasa seperti anak sendiri. Walaupun mereka mungkin tak sedar. Malah tidak mengetahui pun.Sebenarnya ada ramai lagi bekas anak murid aku yang sekarang ni dah besar panjang. Ramai juga yang sudah berkahwin. Malah yang punyai anak juga ramai. Bila dikenang, masa begitu cepat berlalu. Dulu, aku melawak dan mengusik dorang. Tapi sekarang, alahai…nak melawak macam dulu pun kena fikir dua tiga kali..ha ha ha.

Sebenarnya bukan tentang dia yang aku nak cerita dalam n3 ini. Aku nak bercerita pasal aktiviti kumpulan gendang Selumbar Emas aku. Semenjak aku belajar, dah kurang aktiviti kumpulan yang dapat aku sertai. Maklumlah, aku nun jauh di Bangi. Manakala aktiviti grup, di kampung. Di Batu Kurau. Mana nak sempat ‘kelik kapong nak godan gendang’. Jangan kata nak bergendang, berserunai. Nak bermesra dengan anak bini pun tak sempat. Jika balik pun, ada la dalam dua tiga hari. Hari-hari lain aku ke Kuliah dan belajar (sungguh!, aku tak tipu haih..he he he.)

Masa aku mula mula belajar dulu, sempat juga aku berpesan pada rakan-rakan grup. Walaupun aku tak dapat nak aktif, tapi grup jangan bubar. Buat lah setakat mana yang mampu. Memang itu harapan aku. Semasa ketiadaan aku pun, grup ni dapat bergerak. Ada beberapa majlis yang dorang main, tanpa kehadiran aku. Baguslah. Sekurang-kurangnya grup ini tak mati. Tak tenggelam.
gambar yang diambik oleh cameraman amatur, berumur 9 tahun..hi hi hi...
kakak tukang ambil gambar, kamera tu dah jadi milik dia...ikut sedap dia ja...


Kebetulan saja aku bercuti, dan majlis ini berlangsung kena dengan cuti. Jadi dapatlah aku main. Dah lama tak godan gendang. Tangan mula rasa gatal-gatal kekebasan akibat menepuk gendang dalam keadaan tak sedar diri tak henggat donia. Ketagih la katakan!..he he he.

Majlis ni, amat meriah mengikut perspektif kapong aku. Sungguh!. Jika kalian ke Batu Kurau, kalian akan dapat menyaksikan kemeriahan kenduri kampong. Walaupun sekarang ni dah jarang sangat acara acara berbentuk tradisional dibuat. Ada la sesekali dapat jumpa. Bergantung pada kehendak tuan rumah. Kebetulan bapak Budak Ashikin ni, yang juga seorang guru, masih berminat mengekalkan acara tradisional. Maka dapat lah, generasi muda sekarang ni menyelami acara tradisional Melayu.

#

Bermula dengan acara mengarak mempelai dengan paluan gendang Hadrah. Ya, Hadrah. Di kariah aku, popular dengan paluan Hadrah. Bukan Kompang. Sedikit info tentang gendang hadrah. Ia dimainkan secara beramai-ramai. Anggota kumpulan antara 7-12 orang. Ada tiga bentuk gendang yang dimainkan. Ianya dikenali sebagai gendang Anak, gendang tingkah dan gendang Ibu. Gendang ibu memerlukan bilangan ahli yang ramai. Yang dok buat riuh tu gandang ibu la. Capak gedung gedung, capak gedung gedung!..iramanya mengiringi lagu yang dinyanyikan.

Gendang tingkah, juga dikenali sebagai tekong, bahagian pemati lagu. Penukar rentak. Isk..Susah nak terang pulak dah. Ok!..Senang cerita, gendang tingkah ni, adalah bahagian nak pemati tang tendoh! (kata orang kariah aku)..Ni laras bahasa kapong aku. Mampuih korang tak faham..Ha ha ha..

Ada satu lagi gendang anak. Tugas dia cukup best!..bahagian peningkah, penyambung irama rentak gendang ibu. Susah nak mainkan gendang anak nih. Hanya orang yang terer saja layak pegang dan mainkan. Jadi sapa sapa yang main gendang anak ni, kira terer la. Rasa kembang la sikit!. Makam dia tinggi dalam gendang penghadrahan ini. Itu tafsiran aku. Aku berani cakap sebab, aku juga pernah bergendang hadrah ni. Seronok. Dia punya syeh! lain macam. Sambil tangan menepuk gendang, mulut menyanyikan lagu. Menjerit. Melalak. Sampai timbul urat Mareehh…takde sapa peduli.

Gendang hadrah ini tugasnya bukan sahaja mengarak mempelai. Malah sampai ke dalam rumah. Dorang biasanya main lagu di depan pelamin. Semasa pengantin bersanding, dialunkan lagu lagu pengantin. Dalam rumah. Pernah sekali aku ikut. Panas Ya.. rabbbi. Tuhan saja yang tahu. Peluh membasahi baju. Tetamu pulak masa tu la berasak-asak nak melihat pengantin bersanding. Masa tu la geng hadrah belasah gendang, menjerit menyanyi naik syeh tak henggat donia..ha ha ha!. Rasa meriah.

Kemeriahan ini ikut perspektif masyarakat kariah aku. Bagi orang dari kariah, negeri atau tempat lain mungkin tak masuk kepala. Mungkin tak rasa kemeriahan tu. Barangkali terasa pelik dan heran. He he he…lebih lebih lagi masyarakat bandar. Dah tentu rasa pelik kan. Tapi ini lah nak aku bagi tahu. Budaya tradisional kampung aku.

Dah puas bersanding dalam rumah. Bersanding pulak di luar rumah. Masa ni, tugas kumpulan hadrah dah tamat. Baton tugas diserah pulak kepada kumpulan silat. Masa ni la, grup aku main. Bermain lagu, bersilat diselangselikan dengan lagu-lagu popular, lagu-lagu selingan buat penghibur tetamu yang hadir. Walaupun ada lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ, namun kemeriahan tradisional tidak dipinggirkan. Sebab tu, masa acara bersilat ni, DJ berenti tugas. Lagu-lagu di’stop’kan sementara.

Majlis diteruskan dengan permainan silat, sehinggalah habis pertunjukkan daripada empat pasangan silat. Dalam majlis ini hanya empat pasangan silat saja. Baguslah. Tak letih dada aku meniup serunai. Kalau tak. Mampuih aku….
Jika dulu-dulu, masa aku kecik-kecik dulu, pasangan silat memang takde had. Sapa sapa rasa berhajat nak bersilat, dipersilakan. Kekadang tu sampai 7-8 pasangan. Masing-masing menyukarelakan diri untuk bersilat. Kemeriahannya lebih terasa. Berbanding sekarang, dah ramai yang tak berminat untuk bersilat. Terutamanya generasi muda sekarang. Tak tahu sebab apa. Malu?.Segan? tak Klass? Atau tak standard di fikiran mereka?... Ntah la…tak dapat aku meneka. Namun, tak semua macam tu. Masih ada lagi yang berminat. Tapi tak ramai. Hanya beberapa kerat saja. Bagi aku, Jadii..la. Sekurang-kurangnya masih ada lagi…

Sebab itu, aku masih menyimpan niat dan hasrat untuk mempertahankan acara tradisional ini. Pernah aku suarakan dalam n3 terdahulu, aku tak mampu nak buat sorang. Aku perlu berteman. Harap teman-teman aku menyokong hasrat aku. Walaupun ada suara suara sumbang mempeleceykan usaha aku. Aku masih beristiqomah dalam gerak dan jalan aku. Biar ada pihak yang cuba menggagalkan hasrat. Aku tetap dengan cara aku. (Fuh!....Gila semangat aku ni..)

Cikgooden: Bila dengar paluan gendang Hadrah, rasa nak menikah la pulak..Ha ha ha ha!
(cadang nak upload video....panjang sangat, tak larat nak tunggu...tgu len kali la..,ekk!..)

Wednesday, April 15, 2009

Siri Terkenang Waktu Dulu: Cerita-cerita Ayah #4

Teringat aku pada arwah ayah. Selalu berpesan pasal maslahah. Lebih lebih lagi tentang bangsa dari kaum sebelah. Yang asal datang berhijrah. Dari negeri yang pecah belah.

Aku mendengar dengan mulut ternganga. Kekadang Arwah bercerita sambil korek telinga. Bercerita pasal bangsa Kaf lam ya Nga. Menurut cerita arwah ayah, kita kena sentiasa berwaspada. Dengan Bangsa kaf lam ya nga, buat baik berpada-pada.

Dorang ni suka membodek. Bila dengar jangan rasa pelik. Cakap pulak berbelit-belit. Depan cakap lain. Belakang kalu, lain pula cakap. Agaknya depa ni terlebih makan kicap. Sebab tu badan ada banyak gelap.

Kata arwah ayah lagi, jika kita jumpa ular dan bangsa kaf lam ya nga, pukul dia dulu. Bukan nak kata sebab aku dah berbulu. Cuma rasa nak bagitahu. Lama aku fikirkan sejak dulu. Sehingga sekarang baru aku tahu. Maksud arwah macam dia cakap dulu.

Dengan dorang ni tak boleh baik sangat. Sebab tu kita kena beringat-ingat.

Mula-mula memang, nampak perangai macam, alahai…baiknya! Tapi Lama lama kita pulak nak dihenyaknya. Ketika masih belum dapat apa-apa punya la baiknya. Tapi bila dah dapat, kepala kita dipusingnya. Chittt….!

Situasi yang lain:

Ada satu cerita arwah ayah tentang bangsa kaf lam ya nga nih. Dah lama aku simpan dalam pala hotak aku. Kisah seorang warga kaf lam ya nga yang bekerja di sebuah estet. Tak jauh dari kariah aku.

Ada la satu pagi tu…

“apa kerja sekarang aney?..” tanya arwah ayah.

“biasa la amat…dulu tempat jugak’. Balas aney semasa arwah terserempak dengannya dalam sebuah kedai kopi suatu masa dulu.

“Amacam sekarang, ada baik ka kerja sana tempat?’’ tanya arwah terikut-ikut nahu dan idgham si aney ini.

“Baik, kerja pun ada bagus jugak. Belakang ada sikit atas jugak.” Aney yang malu-malu babi menerangkan pasal kerja dia. Arwah buat buat tak berapa tahu walhal dia dah plan nak pekena si muka malu malu babi ini.

“Sudah jadi manager ka?”..usik arwah.

“Tarak la mat…tarak!.. tarak! Sikit bawah jugak” pintas cepat aney. Sambil tangan mengipas laju isyarat bukan.

“Ya ka?..jadi kuli ka?”

Chittt…cit..cit…Chittt…Tarak!.. Tarak!. Sikit atas…” . Secepat kilat aney menjawab.

“mandur ka?" sahut arwah ayah.

“haa…ada butui itu. Kassim!..teh tarik dua”
(terus order air…ha ha ha)

Arwah senyum. Tahu dah. Perangai bangsa ni saja nak bagi kita sebut kerja dia. Nak dengaq kita kata dia best ja.


Cikgooden: Bila aku keluarkan n3 macam ni. Apakah pandangan korang yang baca ni tentang aku?.…Adakah aku rasis?...perjudis?. prasangka?...ikut korang nak nilai apa. Terpulang. Cuma, berhati-hati la.


.

Sunday, April 5, 2009

bukit Selambau dah jadi Bukit SeMumbai...apa cerita nih!

Thursday, April 2, 2009

Mengapa anda mesti merokok?

Cantik sungguh tajuk entri ni. Diambil sempena sebuah artikel yang aku pernah baca dulu. Aku jumpa artikel ni dalam timbunan buku koleksi aku. Saja nak share dengan kawan-kawan. Alang-alang dah petik huruf-huruf kat laptop nih, …aku taip apa yang aku rasa nak tulis. best pulak. Nyut, nyut, nyut jer rasanya…

Sakit otak sekarang nih. Rasa nak mampus. Tak siap-siap esei aku nih…apa ke jadah tak jumpa kesimpulan. Berpusing-pusing. Berbelit-belit. Lantak. Biar berbelit otak pembaca esei aku nanti.ha ha ha!

Berbalik kepada tajuk entri ni, tulisan Adi Alhadi tak silap aku. Penulis yg cukup aku segani dan respeki…tajam sindiran dia. Sama jugak macam penulis Mishar. Aku senaraikan nama-nama penulis majalah gila-gila. Bagi aku, majalah kartun gila-gila bukan sebarang majalah. Terutama angkatan dulu, penerajunya. Sungguh!.

Berbalik kepada tajuk entri ni, daripada artikel yang aku baca lama dah. Masa muda muda dulu. Kecik jer bukunya. Nipis. Ada gambar kartun hasil lukisan Jaafar Taib. Pelopor kartun jungles jokes. Aku suka lawak dia. Matang tahap cipan. Sungguh!

Berbalik kepada tajuk entri ni, mengapa anda mesti merokok?...jangan tanya aku apa jawapan.
Sila baca…

Kalau anda seorang perokok, tentu anda telah menempah satu rangkaian pengalaman yang cukup hebat jika dibandingkan dengan orang lain. Maklumlah pengalaman anda sentiasa berasap dan berapi!

Anda pun tahu kita digalakkan menanam tembakau. Tapi pada masa yang sama kita tidak pula digalakkan merokok. Dan ini sering menyebabkan kita keliru. Ya la, takkan daun-daun tembakau tu nak dijadikan bunga rampai ataupun nak bagi kambing makan?...mabuk melelong pulak kawan tu nanti.

Pun begitu, kempen anti-merokok giat dijalankan. Kekadang tu tak berkesan jugak. Masih ada lagi makhluk tuhan terjueh mulut, menyedut asap. Kekadang tu rasa sedih. Kesian kepada perokok-perokok ni. Maklumlah sejak kebelakangan ini mereka selalu menjadi mangsa kempen, tukang-tukang nasihat memberikan ceramah. Jadi artikel ini menyediakan sesuatu untuk membantu mereka. Moga moga selepas ini mereka berbangga menjadi perokok.

Katakan umur anda sekarang ni menjangkau 35 tahun dan telah bersubahat baik dengan rokok semenjak umur 16 tahun, yakni ketika masih pucat lesi bila disergah guru disiplin. Ertinya anda telah menjadi perokok selama 19 tahun.

Katakanlah semenjak tempoh itu hitung panjang anda merokok dua bungkus sehari. Oleh kerana dalam setahun ada 365 hari, maknanya anda telah merokok sebanyak 19 tahun X 365 hari X 2 bungkus. Jumlahnya 13, 870 bungkus, kan? Berdasarkan purata harga rokok sekotak sejak mula anda hisap sehingga sekarang adalah RM5. Setiap tahun harga rokok naik. Kita tolak faktor kenaikan harga rokok selepas belanjawan saban tahun. Kita kira setakat sekarang. Lagi 20 tahun mungkin harga melambung nilai sebijik banglow. Sapa tahu!.

Baik dalam tempoh 19 tahun tadi, anda telah membelanjakan RM69,350 untuk membeli rokok. Betul tak?...Maaf, aku tidak kira dalam PPSMI..

Sekarang anda bayangkan pula anda akan hidup kira-kira 25 tahun lagi dan sepanjang tempoh itu anda sanggup meredah hujan ribut apabila bekalan nikotin terputus. Ertinya anda masih bersedia untuk merokok setiap hari selama 25 tahun akan datang.

Tanpa menambah kadar yang sedia ada, masih tidak menggunakan PPSMI, anda tentu akan menghisap kira-kira 18,250 bungkus lagi (2 bungkus X 365 X 25 tahun). Dengan mengira sebungkus rokok tetap berharga RM5, anda akan membelanjakan RM91,250 bagi jumlah 18,250 bungkus rokok yang anda hisap itu.

Baiklah, kita tinggal dulu soal ni. Kita kira soal lain.

Kata pakar kesihatan, merokok boleh memendekkan umur perokoknya. Dan anda sendiri tahu, nyawa bukan boleh disambung-sambung macam kita sambung talian strimik aku yang dah kena potong sebab tiga bulan tak bayar dan mencecah RM366.70 itu. Jadi pakar kesihatan menganggap merokok akan menyebabkan kita mengalami kerugian umur. Betulkah begitu???. Satu teori yang kurang jelas juga ada mengatakan bahawa setiap batang rokok boleh memendekkan lima minit umur penghisapnya.

Oleh kerana anda telah menghisap 2 bungkus sehari, semenjak 19 tahun, Kita start balik analisis kita. Ini bermakna anda telah membakar 277, 400 batang (13, 870 X 20 batang) Kalau setiap batang rokok mengorbankan 5 minit umur anda, bermakna anda telah mengorbankan 1, 387,000 minit daripada umur anda dengan menghisap 277,400 batang rokok.

1,387,000 minit!!!!! Satu jangka masa yang lama bukan?. Maklumlah, jika dicongak menggunakan PPSMI, ianya sama dengan 23,116.6 jam atau 963.1 hari atau 2.63 tahun. Bagaimanakah dengan jangka hayat anda yang akan anda korbankan melalui rokok jika anda tidak berhenti merokok dalam tempoh 25 tahun akan datang?

Kiralah sendiri, 18,250 bungkus X 20 batang X 5 minit. Tidakkkah ianya berjumlah 1,825,000 minit atau 30,416 jam atau 1267.3 hari atau 3.47 tahun!.

Maknanya anda sudah berjimat!..Diandaikan anda berbelanja sebanyak RM30 sehari untuk membiayai segala aspek kehidupan.

Oleh kerana anda telah kerugian hayat atau umur anda kira-kira 2.63 tahun semenjak mula merokok sampai sekarang, bermakna anda telah menjimatkan perbelanjaan harian anda sebanyak RM28, 798.50 ( 2.63 tahun X 365 X RM30). Oleh sebab anda telah ‘memendekkan umur ‘ anda sendiri bermakna jumlah itu anda berjaya selamatkan!

Dengan menggunakan kadar perbelanjaan yang sama, bagi tempoh 25 tahun akan datang, yakni dalam tempoh 3.47 tahun itu anda tentu dapat menjimatkan kira-kira RM37,996.50 (3.47 X 365 X RM30).

Nah!..cuba anda bentangkan belanjawan kehidupan anda kepada penasihat anda.

Jumlah duit yang anda bakar (kerana 19 tahun merokok) = RM 69,350

Jumlah duit yang akan anda bakar ( lagi 25 tahun nak merokok)= RM91,250

Jumlah duit yang berjaya dijimatkan (kerana memendekkan umur 2.63 tahun)= RM28, 798.50

Jumlah yang akan dijimatkan (kerana nak pendekkan umur 3.47 tahun lagi)= RM37,996.50

Tanpa perlu anda masuk Universiti Utara Malaysia, Sintok untuk belajar prinsip Akaun. Guna congak saja. cuba anda cari jumlah duit yang berjaya anda jimatkan. RM66,795.00 (RM28,798.50 + RM37,996.50). Ini adalah harga jimat sebab anda tidak perlu berbelanja untuk menampung kehidupan, kerana kehidupan anda ketika itu tidak memerlukan perbelanjaan. Dalam KUBUR..! takde parkson Grand nak shoping!

Tunjukkan kepada penasihat anda. Jadi kalau tukang nasihat anda itu mengatakan “Orang hisap rokok ini semuanya bodoh” Anda berhak jawab, “sapa kata? Kami sebenarnya orang pandai, dan berjaya menjimatkan duit kami sebanyak RM66,795.00 dengan menghisap rokok.

Tapi jika ditanya tukang nasihat, “Habis macam mana dengan harga air mata isteri yang mungkin menjadi janda dan air mata anak yang menjadi anak yatim sebelum masa yang sepatutnya?”. Anda tak payah lah nak berdebat.

Angkat punggung. Perlahan-lahan bangun dan berundurlah dari tempat itu. Kalau berasa sayu dengan pertanyaan itu pun, pergilah menangis jauh-jauh.

Sekian………pada diri aku sendiri!...Dan, kawan-kawan perokok tak kira apa jenis rokok, dunhill, saat, marlboro, malah Sempoerna A menthol sekalipun, INGAT-INGATLAH DIRI!........

Cikgooden: Dah berenti………Beli.